Belajar Al Quran Damansara – Beana Quran Centre

October 5, 2020 by No Comments

Tuan Puan sedang mencari tutor atau pengajar untuk belajar Al Quran Damansara? Mari Cik Lis kenalkan tuan puan dengan servis Quran tutor, atau Qutor dari Beana Home Quran!

Apa Itu Beana Home Quran?

Beana Home Quran adalah salah satu servis yang disediakan di bawah pusat Beana Traning & Consultancy. Beroperasi sejak tahun 2009 lagi, projek yang khusus untuk memudahkan umat Islam yang berminat untuk mendekati Al-Quran ini mula diasaskan oleh dua individu. Mereka adalah Ustaz Ibnu Abdil Barry, atau Ustaz Barry dan Ustazah Anna.

Moto Beana Home Quran Adalah “Mengaji To Your Doorstep”

Menyedari keperluan untuk umat Islam untuk membaca Al-Quran dan memahaminya adalah sangat diperlukan sepanjang masa biarpun kaedah mungkin berubah seiring dengan zaman, Beana Home menerapkan pembelajaran Al-Quran yang dapat memenuhi keperluan kekangan masa dan tempat selain daripada ilmu sahaja.

Seramai 121 orang pengajar AL Quran terlatih, atau Qutor bersedia untuk menerima pelajar dengan beberapa medium yang sesuai yang fleksible.

Belajar Al Quran Damansara Di Beana Quran Centre

Selain daripada kursus online dan pembelajaran in-house ke lokasi pelajar itu sendiri, Beana Home Quran juga menyediakan Pusat Pengajian Bergerak di Beana Quran Centre, Kota Damansara. Bagi ibu bapa yang inginkan anak-anak untuk mengikuti kelas Al-Quran secara bersemuka di lokasi tutor itu sendiri, opsyen ini sesuai untuk anda!

Iyelah, kalau ada sesiapa terbaca pengalaman Cik Lis mengaji masa kecil-kecil dulu, mungkin ramai yang tak mampu recreate untuk anak-anak zaman ini nak kena berjalan atau menaiki kenderaan ke pusat mengaji yang agak jauh. Jadi, bagi yang tinggal di kawasan sekitar Kota Damansara, tempat ini sesuai untuk anda daftarkan.

Bagi setiap pakej mengaji, pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran Al Quran, makhraj huruf dan asas hafazan. Pendekatan one-on-one digunakan mengikut sukatan pembelajaran yang boleh cukup 50 jam. Dan yang paling penting, setiap 3 bulan pelajar akan mengikuti ujian penilaian bagi mengukur tahap masing-masing!

3 sesi pembelajaran untuk pelajar disediakan pada pagi, petang dan malam. Kelas percubaan juga disediakan dan ianya adalah percuma!

Harga pakej ini adalah RM160 sebulan dengan kelas 1 kali seminggu, 2 jam setiap sesi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk mendapatkan servis tutor Quran atau Qutor di sekitar Damansara boleh melayari atau mendapatkan butiran dengan lebih lanjut di link-link yang disediakan di bawah:

Laman Web | Facebook | Instagram | WhatsApp

Atau hubungi nombor +6011-5223 4111

Alamat HQ Beana Home Quran di sini:

Business Centre, No 1-2 Jalan Sepah Puteri 5/1B Seri Utama, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Atau Tekan Maps Google di sini:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.