Kenali SEO dalam Website

November 5, 2021 by No Comments

Sebagai seorang penulis konten atau artikel untuk mempromosikan perniagaan, sudah tentu sedikit sebanyak anda kenali SEO dalam website, bukan? SEO mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam meningkatkan lagi mutu perniagaan bagi pemasaran digital.

Perkembangan pemasaran digital di Malaysia kini semakin memuncak dan orang ramai di luar sana mula sedar akan kepentingan untuk melebarkan sayap dan pengaruh di dunia maya. Jadi, menerusi entri kali ini Cik Min akan berkongsi mengenai kenali SEO dalam website. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapat daripada Instagram Lunaworks.co, yang merupakan syarikat terkenal dalam online marketing dan content writing.

1. Mari Kenali SEO dalam Website

Pertama kali dengar pun, mesti ada yang tidak tahu sepenuhnya apa itu SEO, bukan? Ya, masa kali pertama Cik Min dengar pun Cik Min agak “blur” tapi tak mengapa, kalau tak tahu boleh belajar. Anda semua perlu menguasai apakah itu SEO sebelum belajar mengaplikasikan teknik SEO dalam penulisan di website anda.

  • SEO adalah teknik yang digunakan dalam penghasilan konten pemasaran secara dalam talian.

SEO merupakan teknik yang anda boleh gunakan dalam menghasilkan konten pemasaran dalam talian misalnya, anda mempunyai perniagaan tudung. Jadi, anda perlu memperkenalkannya dengan lebih terperinci tentang perniagaan tersebut. Semua itu boleh dilakukan dengan menggunakan SEO dalam website yang telah ditetapkan.

  • SEO adalah kependekan daripada perkataan “Search Engine Optimization”.

Perkataan SEO tersebut sendiri menggambarkan bahawa anda boleh menggunakan alat ini untuk menghasilkan artikel yang mencapai standard yang berkualiti untuk perniagaan anda.

  • Teknik ini merupakan cara mengoptimasi website agar mendapat ranking teratas di hasil pencarian Google.

Dengan pemilihan kata kunci yang sesuai membolehkan artikel anda berada pada ranking teratas di Google. Jadi, pengguna internet dapat melihat konten atau artikel perniagaan anda!

  • Dengan SEO, website akan mudah ditemui oleh pengguna internet.

Memang tidak dapat dinafikan, SEO membantu pengguna internet mencari website yang mereka mahukan. Hal ini kerana, teknik SEO digunakan untuk hampir semua website.

  • Bahkan, kebanyakan traffic website datang dari pencarian organik (SEO).

Semasa anda mencari di laman Google berdasarkan kata kunci yang anda mahukan, terdapat artikel yang mendahului tempat pertama. Ia merupakan artikel yang diterbitkan dengan menggunakan SEO.

  • SEO adalah percuma kecuali jika menggunakan tools yang berbayar.

SEO tidak mengenakan sebarang bayaran dan anda boleh menggunakannya untuk membuat artikel perniagaan anda. Anda juga boleh menggunakan tools yang biasa seperti “reset keyword“, “backlinks dan sebagainya.

2. Mengapa Penting Kenali SEO dalam Website

Sebagai seorang yang terlibat dengan pemasaran digital, anda harus mengetahui mengapa pentingnya SEO dalam website.

Kenali SEO dalam Website
Sumber: Merpati Blue

Memastikan Sesuatu Konten Mendapat Carian Teratas di Google

SEO banyak membantu usahawan di luar sana untuk menjadikan artikel mereka sebagai artikel yang mendapat carian teratas di Google. Anda tidak perlu bimbang kerana dengan mengikut teknik SEO, artikel anda pasti menjadi pilihan pengguna internet.

Memberi Hebahan Mengenai Perniagaan Secara Umum

SEO secara tidak langsung, dapat membantu memberi hebahan kepada pengguna internet tentang perniagaan. Misalnya, anda mempunyai banyak perniagaan dan anda boleh memilih untuk menulis artikel menggunakan SEO dalam website.

Kenali SEO dalam WebsiteMeningkatkan Jumlah Engagement Website

SEO penting bagi meningkatkan lagi jumlah engagement website. Apabila website anda mula didaftarkan di platform Search Engine bagi SEO, impak trafik bagi website akan mula meningkat. Hal ini disebabkan oleh website anda telah pun berjaya mendapat tempat carian di search engine.

Meningkatkan Kualiti Sesuatu Konten dalam Mempromosikan Produk atau Servis

Menerusi SEO ia dapat meningkatkan kualiti sesuatu konten dalam mempromosikan produk atau servis. Misalnya, anda dapat membuat jenama dan produk sendiri. Seterusnya, dapat mewujudkan kredibiliti melalui penghasilan kandungan yang berkualiti dan diakui ramai.

Kenali SEO dalam Website Membantu Meningkatkan Jualan Perniagaan

Penggunaan SEO dalam website dapat membantu meningkatkan lagi jualan perniagaan anda. Hal ini kerana, perniagaan anda lebih dikenali menerusi hebahan maklumat dan konten perniagaan yang dilakukan di dalam Google.

Memastikan Pengguna Internet Menemui Website Anda dalam Carian Kata Kunci yang Berkaitan

SEO penting dalam memastikan pengguna internet menemukan website dalam carian kata kunci yang berkaitan. Misalnya, pengguna internet melayari kata kunci “kedai makan” dan Google akan mengesyorkan artikel atau konten anda berada di dalam carian teratas. Sebagai penulis anda boleh kenali SEO dalam website dengan lebih mendalam agar menarik lebih ramai pengguna internet untuk membaca artikel anda!

Contoh Website Free

Sekiranya anda seorang usahawan dan mahu menggunakan website sebagai jaringan perniagaan digital, di bawah ini merupakan contoh website percuma yang boleh anda gunakan:

  • WordPress.com
  • Wix
  • Weebly
  • Jimdo
  • Site123
  • Webflow
  • Strikingly
  • Ucraft

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Kenali SEO dalam Website Perniagaan kali ini. Diharapkan agar artikel ini berguna untuk memberikan panduan buat para usahawan di luar sana. Baca juga entri terbaru tentang tips online marketing di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.