Kelebihan WordPress Berbanding Blogspot

November 10, 2021 by No Comments

Tuan dan puan ialah usahawan yang ingin ketahui kelebihan WordPress berbanding Blogspot? Ya, tidak salah lagi sebagai usahawan anda perlu menggunakan website untuk mempromosikan perniagaan anda dalam talian. WordPress merupakan salah satu cara paling popular untuk membina laman web.

Jadi, melalui entri kali ini, Cik Min akan kongsikan dengan anda semua mengenai kelebihan WordPress berbanding Blogspot. Informasi yang berguna ini Cik Min dapat daripada laman Instagram Lunaworks.co

Apa Itu WordPress? | Kelebihan WordPress Berbanding Blogspot

Sebelum anda mengetahui manfaat WordPress, anda perlu tahu apa itu WordPress terlebih dahulu. Menerusi laman web HarizHost menyatakan WordPress merupakan Content Management System (CMS), iaitu sumber bebas dan terbuka untuk membolehkan anda membuat website yang bagus dan sistematik.

Awalnya ia dihasilkan untuk tujuan pembuatan seperti konten blog namun kini, WordPress telah berkembang dan berupaya menjadi salah satu alat yang boleh mengendalikan eCommerce, membership, portfolio dan banyak lagi dengan cara yang sangat mudah dan sempurna.

Kelebihan WordPress Berbanding Blogspot
Gambar sekadar ilustrasi

Manfaat Memilih WordPress| Kelebihan WordPress Berbanding Blogspot

Sekiranya anda berminat untuk membuat website, anda boleh menggunakan WordPress. WordPress mempunyai banyak manfaat terutamanya bagi usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Menjimatkan Masa, Tenaga dan Kos | Kelebihan WordPress Berbanding Blogspot

Sekiranya anda merupakan usahawan yang sentiasa sibuk tetapi mahu menjimatkan masa, tenaga dan kos, tentunya WordPresslah pilihan yang terbaik. Anda boleh mengendalikan website perniagaan anda pada bila-bila masa yang anda mahu. Selain itu, anda juga tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak, hanya perlu duduk di suatu tempat dan menggunakan komputer riba atau tablet. Pastikan ada wi-fi atau internet ya? Nanti tak boleh connect pula!

Sebagai Alat Komunikasi Dua Hala Pelanggan | Kelebihan WordPress Berbanding Blogspot

WordPress juga boleh bertindak sebagai alat komunikasi dua hala pelanggan. Anda sebagai usahawan dapat menggunakan WordPress untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk. Seterusnya, pelanggan dapat melihat perniagaan anda dan membeli barangan anda!

Melakukan Promosi Hanya Sekali Tetapi Hasilnya Sangat Banyak

Dengan WordPress, anda juga boleh melakukan promosi hanya sekali sahaja namun hasil yang diperoleh sangat banyak. Ia mungkin disebabkan perkhidmatan yang WordPress sediakan mampu menjadikan website perniagaan anda lebih baik. Anda juga boleh mempelajari dan menggunakan teknik SEO iaitu Search Engine Optimization dalam website perniagaan anda. Rujuk pautan ini untuk baca mengenai kenali SEO dalam website.

Order Tetap Masuk Walaupun Anda Tidak Online | Kelebihan WordPress Berbanding Blogspot

Sebagai usahawan, anda mesti gembira kerana dengan menggunakan WordPress, order bagi barangan perniagaan anda tetap masuk walaupun anda tidak online. Ya, tentunya! WordPress adalah platform yang sangat sesuai dalam memastikan perniagaan anda menjadi lebih baik dan maju.

Pilihan Terbaik untuk Golongan yang Tidak Mahu Keluar Rumah untuk Membeli-belah

Cik Min rasa sebagai pelanggan, kebanyakannya memang suka membeli-belah di dalam talian kerana ia lebih mudah. Melalui WordPress, kita dapat membantu golongan yang tidak mahu keluar rumah untuk membeli-belah. Mereka perlu klik dan pesan sahaja. Memang senanglah!

Sesuai untuk Suri Rumah dan Orang Bekerjaya

Tidak dinafikan, WordPress memang memberi banyak manfaat iaitu sesuai untuk suri rumah dan orang yang bekerjaya. Pada masa kini, semua orang boleh dikatakan sibuk dan tidak ada masa untuk membeli barangan terus dari kedai kan? Jadi, dengan adanya website perniagaan WordPress dapat membantu mereka membeli barangan yang mereka perlukan!

Usahawan yang merupakan suri rumah atau membuat perniagaan secara kecil-kecilan juga boleh menggunakan WordPress sebagai website bagi perniagaan anda. Sebagai usahawan, anda perlu mengetahui kelebihan WordPress berbanding Blogspot dengan lebih mendalam agar perniagaan anda lebih berjaya.

Kelebihan WordPress Berbanding Blogspot
Gambar sekadar ilustrasi

Beza Blogspot dan WordPress

Anda mesti pernah dengar dan familiar tentang Blogspot, bukan? Namun, masih ada yang di luar sana menyarankan anda menggunakan WordPress. Mesti anda keliru website yang mana perlu anda gunakan untuk perniagaan anda, betul tak?

Blogspot dapat ditakrifkan sebagai sebuah website yang digunakan untuk menyimpan blog yang telah dihasilkan oleh penulis. WordPress pula ialah satu sistem pengurusan konten percuma yang digunakan untuk membina dan menyelenggara website. Kedua-dua Blogspot dan WordPress mempunyai fungsi yang sama iaitu sebagai alat untuk mempromosikan sesuatu produk atau servis yang ditawarkan dalam sesebuah perniagaan.

Selepas anda ketahui kelebihan WordPress berbanding Blogspot, kini anda pula perlu mengetahui apakah perbezaan antara Blogspot dan WordPress.

Blogspot adalah Percuma, Manakala WordPress Mempunyai Dua Pilihan iaitu Percuma atau Perlu Dibayar dengan Fungsi Khas.

Anda yang pernah menggunakan Blogspot mesti tahu ianya adalah percuma kan? Ya, memang tak dapat dinafikan lagi semua orang boleh menggunakannya. Berbeza dengan Blogspot, WordPress dapat dibahagikan kepada dua iaitu percuma atau dibayar untuk menggunakan fungsi-fungsi khas. Walaupun anda memilih menggunakan WordPress secara percuma ia tetap menyediakan perkhimatan yang baik. Dengan anda kenali WordPress dan manfaatnya ia dapat membantu anda menggunakan WordPress dengan lebih baik.

Keselamatan Blogspot Bergantung kepada Akaun Google, Manakala WordPress Mempunyai Beberapa Peringkat Keselamatan yang Boleh Ditambah Sendiri.

Keselamatan Blogspot hanya bergantung kepada akaun Google sahaja. WordPress pula mempunyai peringkat keselamatan yang boleh ditambah sendiri. Blog yang anda bina di atas platform ini akan menjadi hak milik mutlak anda.

Penyesuaian Blogspot Terbatas, Manakala WordPress Bebas untuk Menambah Fungsi yang Pelbagai.

Perkhidmatan dan penyesuaian Blogspot sangat terhad. Walaupun agak terhad, blog masih boleh disesuaikan agar kelihatan menarik dan profesional. Manakala, WordPress pula bebas untuk melakukan apa sahaja mengikut kreativiti atau boleh menambah fungsi-fungsi yang diperlukan dalam website.

Blogspot Dimiliki Sepenuhnya oleh Google, Manakala WordPress adalah Aset yang Disimpan dalam Hosting Dikira Sebagai Hak Milik sendiri.

Blogspot merupakan blog yang menjadi naungan Google dan bukannya “self hosted”. Bagi WordPress pula, ia merupakan aset yang disimpan dalam hosting dan dikira sebagai hak milik sendiri. Anda tidak perlu risau kehilangan blog sekiranya menggunakan WordPress.

Google Boleh Menghapus Blogspot Anda Sekiranya Syarat dan Perjanjian Dilanggar, Manakala WordPress Hanya akan Memberi Warning untuk Menghapuskan Konten yang Berunsur Sensitif.

Menerusi Blogspot, Google akan terus memadam akaun anda sekiranya anda melanggar perjanjian yang ditetapkan. WordPress pula hanya memberikan amaran kepada anda agar menghapuskan konten yang berunsur sensitif. Jelaslah, WordPress lebih mendahulukan kepentingan pengguna.

Pemilihan Tema dalam Blogspot adalah Terbatas, Manakala WordPress Mempunyai Banyak Tema yang Percuma dan Berbayar untuk Digunakan.

Anda boleh menggunakan Blogspot namun pemilihan temanya adalah terbatas. Anda perlu mempunyai kemahiran tertentu untuk customise blog sekiranya tidak mahu mengupah web designer. Pemilihan tema atau template yang terhad akan menyebabkan blog anda sama seperti blog yang lain. WordPress pula menyediakan banyak tema yang percuma mengikut pilihan hati. Anda juga boleh upgrade ke premium theme yang popular seperti Genesis dan Elegant Theme.

Kelebihan WordPress Berbanding Blogspot
Gambar sekadar ilustrasi

Sekarang mesti anda sudah tahu tentang kelebihan WordPress berbanding Blogspot, bukan? Jadi, antara WordPress dan Blogspot yang mana satukah pilihan hati anda?

Baca juga entri terbaru tentang tips online marketing di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.