Kelas Mengaji Online Beana Online Class
Kelas mengaji online bersama Beana Online Class adalah antara pilihan yang berbaloi jika anda sedang mencari guru mengaji pada masa kini.
Trend Kelas Online
Musim-musim Covid-19 ini, tak berapa selamat nak kerap keluar dari kediaman masing-masing. Malah, ramai majikan sudah membenarkan sesetengah pekerja untuk bekerja dari rumah. Sekolah dan institusi pengajian tinggi juga memaksimumkan pembelajaran dalam talian dengan e-learning.
Bagitulah resam hidup. Kalau tiada akar, rotan pun berguna. Lain macam perasaannya bila tidak dapat bersemuka secara fizikal terutamanya bila menuntut ilmu. Tetapi dengan kecanggihan dunia digital sekarang, perjumpaan dalam kelompok yang ramai menjadi lebih selamat di platform alam maya.
Kalau pelajar-pelajar dari segala lapisan umur, sekolah dan institusi masih dapat meneruskan pelajaran walaupun di rumah bersama dengan guru-guru dengan rakaman siaran langsung untuk silibus seperti yang telah dirancang terlebih dahulu, tak mustahil apa jua pelajaran dapat dilakukan juga seperti biasa kan? Walaupun pelajaran tersebut mungkin nampak lebih sesuai jika dapat dipraktikkan secara fizikal di depan tenaga pengajar.
Bagi yang berminat untuk mencari guru mengajar Al Quran yang dapat mengajar secara online, tak susah nak cari sekarang. Dah banyak pusat-pusat atau individu berpengalaman yang menawarkan servis tutor Quran di Malaysia sekarang.
Bagi yang belum pernah membaca artikel-artikel Cik Lis sebelum ini, mari kita mendekati dengan lebih lanjut program kelas tutor Quran bersama Beana Home Quran.
Kelas Mengaji Online Beana Online Class
Seperti namanya, kelas mengaji online ini dijalankan oleh beberapa kumpulan tutor Quran daripada Beana Home Quran. Beana Home dapat memenuhi keperluan kekangan masa dan tempat bagi yang tidak berkesempatan dengan menggunakan platform mengaji dalam talian.
Keistimewaan Kelas Online Beana:
1|Tenaga Pengajar Yang Mencukupi
Sehingga ke hari ini, tenaga pengajar di bawah program qutor Quran Beana adalah seramai 121 orang. Dengan jumlah seramai ini, pelajar dan tutor Quran boleh berinteraksi secara One on One di medium maya.
2|Sesuai untuk semua peringkat umur
Terdapat tiga pakej yang disediakan oleh Beana iaitu pakej kanak-kanak, remaja dan dewasa. Beana mempunyai program khas dan kurikulum berstruktur untuk mengembangkan cinta anak-anak ke arah kalam Allah dan menjadikan pengalaman pembelajaran mudah dan menarik.
Pembelajaran bagi peringkat permulaan berbentuk interaktif e-learning, sesuai untuk kanak-kanak masa kini bagi menarik minat mereka cinta akan Quran.
3|Waktu belajar sangat fleksibel, mengikut waktu pelajar sendiri
Pelajar boleh memilih hari dan masa untuk kelas sendiri, jika masa pembelajaran yang standard tidak sesuai dengan aktiviti harian sendiri.
4|Boleh request tambahan kelas ulangkaji, jika perlu
Harga pakej ini adalah RM50/jam untuk seorang pelajar. Duduk dekat luar negara pun boleh berQutor!
Apa Kata Mereka? (Ibu bapa pelajar sendiri)
Matlamat utama Qutor Beana ialah “50 jam sudah boleh mengaji Al Quran”
Nak perbetulkan tajwid? Atau menghafal dengan lancar? Untuk diri sendiri atau suami atau isteri mahupun anak-anak? Tak kira masa siang atau malam? Lebih selesa jika belajar online? Atau perlukan tutor yang boleh datang ke rumah dan one-one-one serta sangat penyabar? Bahasa pengantar boleh juga dalam Bahasa Inggeris?
Tuan-tuan dan puan-puan yang berminat boleh mendapatkan butiran dengan lebih lanjut di link-link yang disediakan di bawah:
Laman Web | Facebook | Instagram | WhatsApp
Jom baca pengalaman Cik Luna sekeluarga belajar mengaji dengan Beana Home Quran disini!