Jom-lah FIKIR (A Guide on Transforming Thoughts For Your Wellbeing)
June 21, 2024 No Comments
Saya jumpa buku bertajuk Jom-lah FIKIR ni waktu temujanji di klinik psikiatri baru-baru ini.
Ianya di edit oleh DR. Phang Cheng Kar (M. D. ) & Dr. Firdaus Mukhtar (Ph. D.) dan available dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Buku ini me cerita kan tentang 10 patterns (a. k. a. thinking errors). Ini adalah antara kesilapan pemikiran.
- 1.Black & White Thinking
- 2.Labelling
- 3.Unfair ccomparison
- 4.Mind Reading
- 5.Fortune Telling
- 6.Discounting Positive
- 7.Blaming Self
- 8.Emotional Reasoning
- 9.Killer Words – Must, but, why
- 10. Perfectionist Thinking
Contoh adalah seperti berikut.
- Black & White Thinking – samada salah atau betul sahaja. Contohnya bila kita tidak berjaya mendapat tempat pertama, kita fikir kita gagal. Atau apabila kawan kita tak memihak kepada pendapat kita, kita rasa dia tak mahu bersahabat dengan kita lagi.
- Labelling – Kita labelkan certain kaum dengan certain behaviour. Seperti Melayu semua…atau semua perempuan (atau lelaki) macamni…
- Unfair Comparison – Kita buat perbandingan yang merendah-rendahkan kita (atau orang lain). Contohnya kita fikir kawan kita pandai tapi kita sebaliknya. Atau keadaan kita yang kuat bekerja sebelum sakit berbanding selepas sakit.
- Mind Reading – Membuat kesimpulan sendiri tentang fikiran dan perasaan orang lain. Contohnya kita rasa pasangan kita tidak suka dengan kita lagi. Atau meneka-neka perasaan majikan kita.
- Fortune Telling – Menjangkakan perkara buruk bakal berlalu dari sesuatu yang telah berlaku. Contohnya air tumpah akan menyebabkan hari yang buruk sepanjang hari. Atau meneka yang penyakit kita mungkin lebih buruk dari apa yang doktor diagnosis.
- Discounting Positive ialah menolak apabila orang memuji kita. Kita kata kan ia hanya tuah dan bukan tindakan kita. Atau hanya melihat perkara buruk dalam seseorang berbanding banyak perkara baiknya.
- Blaming Self ialah sering mengatakan diri kita bersalah dengan sesuatu yang berlaku. Contohnya anak degil dan tak mendengar kata kerana kita bukan ibu yang baik.
- Emotional Reasoning ialah membuat keputusan berdasarkan emosi contohnya tiada mood hari ini. Atau berfikir yang kita tak akan dapat melakukannya dan hanya akan memalukan diri sendiri.
- Killer words ialah perkataan yang persoalan yang tidak membantu untuk kita mencari penyelesaian. Contohnya kita tanya “Kenapa dia selalu cari salah saya. Dia sepatutnya hormat saya.”
- Perfectionist Thinking – Kita selalu mahu semuanya sempurna. Contohnya kita kena dapat semua A dalam peperiksaan. Saya tak boleh sakit dan demam, saya kena siapkan semua kerja.
Cara untuk menguruskan kesalahan pemikiran ini ialah :
- Tanya semula diri kita “Apa bukti yang menyebabkan kita cakap macam tu?” “Any penerangan?”1
- Tanya diri kita adakah kita sedang buat thinking errors? Bagaimana saya boleh berfikir dengan lebih baik. Jika anak saya ada isu ini apa yang akan saya kata pada ya?
- Yakinkan diri kita. Semua ini boleh di uruskan dengan baik. Cuba untuk terus melakukannya. Masuk dalam problem solving mode.
- Sekiranya ia sangat sukar, cuba lihat sekeliling jika ada ibubapa lain yang menghadapi masalah yang sama. Atau individu lain dengan penyakit yang sama.
- Fikiran kita bukan fakta. Ianya macm awan, macam burung, macam kucing yang datang dan pergi dalam hidup kita. Tarik nafas dan tenangkan fikir an kita dahulu. Baru kita akan mudah bertindak selepas berfikir.
Semoga membantu dan bermanfaat perkongsian ini!