Hati-Hati Ubat Kurus Online – Sila Ambil Perhatian!
Artikel “Hati-Hati Ubat Kurus Online” ini merupakan artikel ke-7 daripada siri artikel yang ditulis bersempena dengan kempen kesedaran “Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian”. Kempen ini melalui Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika anda sedang mencari maklumat tentang cara berdiet dan terfikir untuk cuba kurus dengan cara mengambil ubat kurus yang dibeli secara online, sila baca artikel ini untuk pedoman bersama.
Kurus: Standard Masyarakat Untuk Kekal Langsing Dulu, Kini dan Selamanya
___
Admin tak faham sebenarnya apa ‘standard kurus’ yang orang kita nak kejar sangat ni. Dan sedih sedikit bila ada mulut yang suka mengata tentang bentuk badan yang tak macam kerengga dan dikatakan ‘gemuk’. So…
Beberapa tahun lepas, semasa admin pergi buat medical check-up di klinik, admin tanya dekat doktor soalan ini:
“Am I ‘kurus’ or ‘gemuk‘?”
After I gave him that ‘soalan maut’, he asked me for 2 things; [1] My height (tinggi) and [2] My body weight (berat badan). Terus doktor tadi bawa keluar kalkulator untuk kira…BMI (Body Mass Index)?
Doktor tadi sebenarnya tak jawab pun sama ada admin kurus atau gemuk. Doktor cuma kata yang BMI admin adalah normal.
“Instead of worrying on appearance, you should be more concerned whether you are healthy or not. KURUS TAK SEMESTINYA SIHAT, Miss X (BUKAN NAMA SEBENAR)”
– Lebih kurang begini lah nasihat doktor kepada admin suatu masa dulu. Hahaha~
Alhamdulillah, semenjak dari hari itu, admin tak terkesan sangat bila orang lain point out pipi cembung atau lengan besar atau apa-apa sahaja ayat yang menjurus kepada body shaming ni. Janji sihat.
___
We are too caught up mengejar kehendak orang lain terhadap kita. What to do. This is what society set up for us. It doesn’t necessarily have to be the body shaming scenario from our close friends and family; sesetengah pekerjaan pun meletakkan syarat untuk kelihatan ‘kurus’ dan cantik, walaupun skop pekerjaan tersebut tak ada kaitan pun perlu kurus atau tidak.
___
Ada banyak contoh lain cerita drama atau filem yang mengangkat standard hanya ‘KURUS ITU CANTIK ATAUPUN DIPANDANG TINGGI.’ Point ini yang menjadikan kandungan utama untuk pengiklanan produk kesihatan atau ubat kurus dengan meletakkan ikon atau duta yang nampak kurus.
Jadi, tidak hairanlah jika banyak lambakan ubat kurus yang dijual secara online. Semua orang tahu produk yang dijual secara atas talian ataupun online ni senang untuk didapati. Pilih dan klik atau tinggalkan komen “Saya Berminat” sahaja di laman yang menjual ubat kurus tersebut. Esok lusa, barang pun sampai.
Namun, pastikah anda ubat kurus online yang anda beli itu selamat untuk digunakan?
Bacaan Bersama: Risiko Beli Ubat Online
___
Trend Pengambilan Ubat Kurus Online Yang Membimbangkan
___
Pada 6 Ogos 2018, satu siaran umum telah dimuat turun di laman Facebook Public Health Malaysia tentang bahan terlarang yang terdapat di dalam ubat kurus.
___
Perasan tak yang bahan terlarang ‘sibutramine‘ mendominasi 50 senarai di atas ini?
Kalau tengok laporan akhbar pula, berapa kali pihak berkuasa membuat rampasan ubat kurus yang ada bahan terlarang sibutramine, terutamanya yang dijual secara online? Antara yang terbaru adalah:
- Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan 12 Mac 2019, “Rampasan Produk Kesihatan Campurpalsu Bernilai RM 1.7 Juta” – link
- Berita Harian Online 27 Jun 2019, “4 Produk Dicampur Racun Berjadual” – link
Kementerian Kesihatan Malaysia, terutamanya menerusi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi sentiasa memantau aktiviti pembelian ubat online. Menerusi hashtag #BiarBetulIklanNi!, diharap orang ramai dapat mengetahui maklumat dan isu semasa tentang bahaya ubat online, terutamanya ubat kurus yang selalu dikaitkan dengan bahan terlarang seperti sibutramine.
___
Hati-Hati Ubat Kurus Online: Sibutramine
___
Apa itu sibutramine?
Sibutramine merupakan bahan aktif yang digunakan untuk mengurangkan selera makan. Penggunaan ubat ini hanyalah melalui diagnosis seorang doktor atau dibekalkan oleh seorang ahli farmasi berlesen dengan preskripsi seorang doktor.
Sibutramine menjadi ubat untuk merawat obesiti di kalangan orang dewasa. Sampai satu ketika, ramai orang mula menyedari kesan sampingan yang serius. Setelah satu kajian Sibutramine on Cardivascular Outcome Study (SCOUT) dijalankan di peringkat antarabangsa, terbukti kesan sampingan bahan aktif tersebut sangat berbahaya jika tidak dikawal. Maka, KKM memutuskan untuk menggantung pendaftaran ubat sibutramine di pasaran Malaysia.
___
Kesan negatif sibutramine
(Dipetik dari laman Telegram Sihat Milikku 25 Julai 2019)
___
Sibutramine tersenarai di dalam sebuah dokumen terbitan Bahagian Regulatori Farmasi (NPRA) sebagai bahan aktif terlarang (Prohibited Active Ingredients) di dalam “LIST OF PROHIBITED ACTIVE INGREDIENTS AND COMBINATIONS.” [sumber: Drug Registration Guidance Document (DRGD), Second Edition, September 2016, Revised January 2019 – link
Untuk ubat kurus yang dikatakan dirumus secara tradisional, pengilang dinasihatkan untuk menguji produk tersebut di Pusat Racun Negara bagi tujuan pendaftaran produk di NPRA KKM yang terjamin keputusan analisisnya. [sumber: prn.usm.my – link]
Orang ramai boleh menyemak di sini [link] sekiranya ingin tahu sama ada produk yang dibeli itu dicampuri dengan racun berjadual atau boleh semak kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan KKM di sini [link]
___
Penutup – Pastikan Semak Sebelum Klik!
___
Hati-hati dengan ubat kurus online. Tahukah anda ada 2 cara paling mudah untuk menyemak status pendaftaran ubat-ubatan?:
- Layari laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara di link ini atau
- Muat turun aplikasi “NPRA Product Status” di Google Playstore.
___
Nasihat admin, daripada anda membuat target untuk badan nampak kurus, lebih baik jika tanam dalam diri untuk mendapatkan badan yang sihat terlebih dahulu. Jadi jangan mudah percaya ya kalau ada penjual online yang mengiklankan produknya tanpa perlu berdiet atau tanpa bersenam jika hendak kurus..memang tak munasabah la kan?
Cuba tinggalkan tanda pagar #biarbetuliklanni! pada ruangan komen pengiklan tersebut. Mulakan dengan membuat pemeriksaan kesihatan berkala dan rajin bertanya kepada pakar yang bertauliah ya.
Malu bertanya, sesat jalan kawan-kawan…
*Kesemua siri artikel bersempena dengan kempen “Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian” telah disemak oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum disiarkan di internet.
*PENAFIAN: ARTIKEL YANG DITULIS DI SINI TIDAK BERTUJUAN MENYEDIAKAN NASIHAT PERUBATAN, DIAGNOSIS, ATAU RAWATAN. SEBARANG PERTANYAAN LEBIH LANJUT BOLEH DITUJUKAN KEPADA PIHAK DAN BADAN YANG BERKENAAN.