LunaStory.com

Blog Malaysia

 
  • Home
  • LunaStory.com | Blogger Malaysia
  • Advertorial
  • Retail
    • Restoren
    • Sports Massage
    • Bakery
    • Event Management
  • Hiking /Trailing
  • Travel
    • Jepun
    • Malaysia
    • Morocco
  • Movie
  • Resepi
    • Kelas Belajar SEO
Menu
  • Home
  • LunaStory.com | Blogger Malaysia
  • Advertorial
  • Retail
    • Restoren
    • Sports Massage
    • Bakery
    • Event Management
  • Hiking /Trailing
  • Travel
    • Jepun
    • Malaysia
    • Morocco
  • Movie
  • Resepi
    • Kelas Belajar SEO
  • Risiko Beli Ubat Online

    risiko beli ubat online featured image

    Entri kali ini adalah berkaitan dengan risiko beli ubat online kerana LunaStory komited untuk menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Program Perkhidmatan Farmasi. Pada bulan Oktober ini, kempen kesedaran “Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian” sedang begitu aktif dijalankan. Semoga apa yang dikongsikan di halaman ini bermanfaat buat pembaca semua ya.

    “Ada apa dengan ubat”

    Hampir semua penyakit ada penawarnya. Kalau demam, ada ubat demam. Kalau selsema, ada ubat selsema. Kalau sakit-sakit dan lenguh badan, semestinya ada ubatnya juga. Zaman sekarang, kalau Google di dengan kata carian “ubat sakit badan” mesti jumpa punya iklan ubat untuk gejala tersebut. Ataupun lagi mudah kalau anda biasa dengan aplikasi e-commerce marketplace di gadget seperti L*zada, Sh*pee, C*rousell dan sebagainya. Siap boleh bandingkan harga lagi antara satu produk dengan produk yang lain!

    lambakan jenis media sosial menjadi kegemaran orang ramai untuk membeli ubat online
    Satu, dua, tiga, empat;
    Tekan – tekan terus dapat.
    Eh  ðŸ˜…

    Sempat pula admin buat pantun dua kerat. Tapi betul lah kan? Bukan ubat sahaja, nak cari suplemen kesihatan dan barang ‘make-up’ pun dah tak perlu keluar dari rumah. ‘Order’ sahaja online, esok dah sampai barang ke tuannya.

    Pada admin, badan nak pakai lama kan. Jadi, admin biasakan diri dengan membaca akhbar online juga untuk mengetahui jika ada hebahan kepada orang ramai sebagai keselamatan sebelum mula membeli sesuatu produk, terutamanya produk yang melibatkan kesihatan.

    Admin terbaca di akhbar baru-baru ini menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, yang daripada awal tahun ini sehingga September 2019, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah merampas banyak produk berdaftar yang bernilai RM31 juta. (link) Kalau anda baca dengan lebih lanjut, produk yang dirampas tersebut ternyata mengandungi kandungan berbahaya seperti racun berjadual.

    Dengar perkataan “Racun” sahaja dah gerun kan? Bayangkan racun penyembur lipas. Sembur dekat lipas terus keras kejung ia. Kalau isi kandungan penyembur tadi ada dalam kosmetik yang tepek dekat muka muka, tak ke haru jadinya?

    saban hari selalu terbaca berita amaran produk yang dirampas kkm
    Berapa banyak perkataan “racun” muncul bila Google daaa~
    Terus hilang selera nak cuba pakai lipstik baru ke, compact powder baru ke, dan sebagainya kan walaupun iklannya sangat menarik ¯\_(ツ)_/¯

    Kenapa Berisiko Beli Ubat Online Ya?

    Seperti yang telah admin sebut awal-awal tadi, badan kita kan nak pakai lama. Tidak salah jika kita terlebih berhati-hati sebelum klik butang “order” sebelum membeli ubat yang kita cari. Lagipun, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi sentiasa mengingatkan orang ramai untuk pastikan semak sebelum klik. Ada banyak isu yang timbul bila ubat senang sangat terjual tanpa kawalan.

    Logik tak kalau barang yang dijamin baik, selamat dan bermutu tinggi susah nak dapat? Dalam konteks artikel ini, susah contohnya adalah seperti sama ada produk tersebut adalah produk asli, berdaftar dan diperakui keselamatannya. Jangan terkejut jika produk tersebut yang anda biasa guna adalah produk tiruan bila anda beli terlalu senang untuk di klik dan murah, lebih-lebih lagi di internet ya 😉

    Menurut laman web Program Perkhidmatan Farmasi KKM, antara risiko beli ubat online atau penyebab status produk ubat yang terjual di internet diragui adalah seperti berikut:

    • keselamatan , kualiti dan keberkesanannya kepada pengguna tidak dapat dipastikan.
    • khidmat nasihat yang lengkap mengenai penggunaan ubat-ubatan tidak diperolehi.
    • terdapat risiko pembelian produk palsu yang boleh menyebabkan kematian.
    • boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak dijangka seperti alahan yang teruk, sesak nafas secara tiba-tiba atau sesuatu keadaan yang memburukkan lagi penyakit yang dihidapi.
    • tiada kesan penyembuhan kerana mengandungi bahan aktif yang salah atau langsung tidak mengandungi bahan aktif.
    antara risiko beli ubat online dari kempen kkm

    Memperkenalkan Lembaga Iklan Ubat dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah

    Di negara ini, setiap promosi iklan ubat dan supplemen kesihatan perlu diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan Malaysia.

    laman web yang ditutup kerana melanggar peraturan lembaga iklan ubat
    Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius dan memantau dengan ketat aktiviti penjualan ubat-ubatan di internet. (sumber gambar dari laman kenyataan KPK pada 6 September 2016)

    Baca di sini 20 jenis penyakit yang dilarang untuk diiklankan: Cara Beli Ubat Online

    Sekiranya iklan telah ada kelulusan, maka ia adalah iklan yang benar dan boleh dipercayai. Langkah-langkah ini semestinya adalah cara untuk mengurangkan risiko beli ubat online oleh pengguna-pengguna internet.

    kenapa iklan ubat kena ada kelulusan kkliu kkm

    Antara bahan yang selalu dikesan dalam produk di online adalah seperti berikut. Anda perlu pastikan bahawa produk tersebut perlu didaftarkan terlebih dahulu dengan KKM iaitu ada nombor MAL. Jika anda semak tidak menjumpai nombor pendaftarannya, maka produk tersebut adalah tidak berdaftar dan elakkan daripada membelinya.

    berhati-berhati dengan produk yang dimakan-

    Recap: Antara langkah yang boleh diambil untuk Mengelakkan Kesan Beli Ubat Online

    Dalam artikel LunaStory “Cara Beli Ubat Online” yang lalu, antara ciri-ciri ubat yang berdaftar adalah ubat yang mempunyai kod MAL yang sah serta berpelekat hologram MediTag. Kalau beli di kedai farmasi yang sah, kita boleh masuk kedai dan belek sendiri produk ubat tersebut untuk semak. Kalau beli di internet, kena “order” terlebih dahulu dan tunggu barang sampai kepada kita baru boleh semak.

    ciri ciri ubat berdaftar

    Tahukah anda yang sangat mudah untuk pengguna membuat carian status pendaftaran produk ubat dan barangan kosmetik? Anda boleh melayari laman web ini (link) untuk carian produk berdaftar bernotifikasi.

    carian produk berdaftar bernotifikasi di laman agensi regulatori farmasi negara atau npra
    Isikan maklumat seperti nombor pendaftaran MAL dengan memilih butang “drop down” yang bersesuaian dengan maklumat yang ada pada anda.

    Carian produk berdaftar di laman ini boleh dibuat dengan menggunakan :

    • nama produk
    • nombor pendaftaran
    • nama pemegang pendaftaran
    • bahan-bahan aktif
    • nama pengilang

    Ataupun, muat turun aplikasi carian ini di Google Playstore dengan kata carian “NPRA Product Status”

    npra product status apps store

    Mudah kan? Jika anda ingin mendalami isu ini, anda juga boleh menggunakan hashtag #BiarBetulIklanNi! di laman-laman media sosial rasmi kerajaan. Terdapat banyak infografik yang menarik untuk panduan orang awam ya.

    Selamat melayari internet semua~ Pastikan Semak Sebelum Klik Ya!

    *Disclaimer: Artikel ini sekadar bahan bacaan am dan tidak bertujuan menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan. Sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh ditujukan kepada pihak dan badan yang berkenaan.

    Artikel berkaitan: Selamatkah Beli Ubat Online

    Sumber rujukan utama:

    • Berita Harian 5 Oktober 2019, “Jualan ubat tidak berdaftar dalam talian membimbangkan” – link
    • “Risiko Pembelian Ubat Melalui Internet” daripada laman portal rasmi Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia – link

    Nak kongsikan dengan kawan?

    • Click to share on Facebook (Opens in new window)
    • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
    • Click to share on Twitter (Opens in new window)

    October 8, 2019 / Admin IS / 0

    Categories: Advertorial

    Cara Beli Ubat Online Review Filem KL Vampires

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tentang LunaStory.com

Lunastory.com adalah sebuah blog oleh kumpulan penulis dan blogger Malaysia mengenai lifestyle, produk dan servis yang ditulis untuk berkongsi manfaatnya kepada pengguna Internet di Malaysia.

Ditulis dalam Bahasa Melayu dan berpengalaman selama hampir 20 tahun dalam penulisan blog dan SEO.

Blog ini mempunyai servis untuk menulis mengenai produk dan events yang bersesuaian.

Sebarang pertanyaan untuk quotation servis boleh emel ke lunastory.com@gmail.com

Facebook Page

Facebook Page

Arkib Artikel

  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • December 2016

Top Posts & Pages

  • Prabayar Poslaju : Senarai Harga Kotak dan Sampul Poslaju yang Terkini
  • Ebit Liew : Seorang Da'ie Yang Menginspirasi
  • Cara Tukar Kad Pengenalan Baru
  • Resepi Ayam Penyet yang Mudah disediakan
  • Pati Delima Organik Terbaik Dunia - Olive House
  • Cara Guna Touch n Go Apps TGV
  • Review Filem Geran - BOX OFFICE
  • Pejabat Pos Mid Valley dibuka pada hari Sabtu dan Ahad
  • Khasiat Minyak Zaitun Asli Olivie Plus 30x
  • Dubuyo - Restoren Makanan Korea Halal
Milk Booster

Categories

  • Advertorial
  • Akaun
  • Aktiviti Parenting
  • Bakery
  • Beauty
  • Charity
  • Event Management
  • Hiking /Trailing
  • Hotel
  • Kisah Inspirasi
  • Lunakids
  • Malaysia
  • Morocco
  • Movie
  • Online Marketing
  • Parenting Tips
  • Penulisan
  • Places
  • Poslaju
  • Produk Kesihatan
  • Resepi
  • Restoren
  • Retail
  • Sports Massage
  • Tips
  • Travel

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 3 other subscribers

 

Statistik

Total15007522343
Today1517
This Week35510388
This Month40740636

Artikel Terkini

  • Impostor Syndrome
  • Cara Buat Stamping di LHDN
  • Review Filem Terminator Dark Fate
  • Review Filem MOX Misi Operasi
  • Cara Guna Touch n Go Apps TGV
  • Review Filem Pusaka Top 10 GSC dan TGV

Pages

  • Kelas Belajar SEO
  • LunaStory.com | Blogger Malaysia

Categories

  • Advertorial
  • Aktiviti Parenting
  • Bakery
  • Beauty
  • Charity
  • Event Management
  • Hiking /Trailing
  • Hotel
  • Kisah Inspirasi
  • Lunakids
  • Malaysia
  • Morocco
  • Movie
  • Parenting Tips
  • Penulisan
  • Places
  • Poslaju
  • Produk Kesihatan
  • Resepi
  • Restoren
  • Retail
  • Sports Massage
  • Tips
  • Tips Perniagaan
    • Akaun
    • Online Marketing
  • Travel

Copyright © 2017 Luna StoryTheme created by PWT. Powered by WordPress.org