Dokumen Sokongan Dalam Perniagaan – AR Success
Diantara dokumen sokongan dalam perniagaan yang penting adalah invois dan apakah itu invois? Ianya adalah sebuah dokumen sokongan yang namanya sama namun untuk kegunaannya berbeza.
INVOIS dalam Kategori Duit Masuk dipanggil Invois Pelanggan
Manakala INVOIS dalam Kategori Duit Keluar dipanggil Invois dari Pembekal.
Invois kepada pelanggan adalah invois yang akan menentukan berapa jumlah jualan kita untuk sesuatu tempoh contoh seminggu, sebulan atau setahun.
Namun ianya bergantung kepada jenis bisnes masing-masing. Jika bisnes anda adalah secara tunai maka jumlah jualan adalah dari resit yang dikeluarkan samada secara manual atau mesin tunai (contoh POS Sistem).
Manakala invois dari pembekal adalah invois yang akan menentukan jumlah liabiliti kita untuk sesuatu tempoh.
Ada beza kan dua jenis dokumen tersebut untuk sesebuah perniagaan.
Dokumen Sokongan Dalam Perniagaan untuk Duit Masuk
INVOIS (Pelanggan) vs RESIT
Penggunaan dokumen sokongan samada Invois (pelanggan) atau resit adalah bergantung kepada jenis bisnes itu.
INVOIS
Digunakan bila transaksi jualan itu secara hutang walaupun hutang itu 1 hari contoh jualan alatulis.
RESIT
Digunakan bila transaksi jualan itu adalah secara tunai, contoh jualan di kedai runcit.
Tuan/Puan boleh faham kan beza diantara invois pelanggan dan juga resit.
INVOIS (Kepada Pelanggan) dan BUKU JUALAN
Namun bagi DS duit masuk, satu lagi DS yang boleh beri maklumat tentang jumlah jualan adalah BUKU JUALAN.
Ramai yang keliru atau sebenarnya tak pasti bila atau situasi bagaimana untuk kita keluarkan invois atau sediakan buku jualan.
Buku jualan disediakan bagi jualan secara tunai atau bila “nature of business” kita tidak sesuai untuk beri invois kepada pelanggan.
Contoh seperti bisnes jual goreng pisang tepi jalan.
Buku jualan disediakan untuk rekod jualan harian bisnes tersebut.
Jadi bagi mereka yang mempunyai bisnes tak sesuai keluarkan invois jangan susah hati atau risau, BUKU JUALAN adalah juga DOKUMEN SOKONGAN.
Kepentingan Dokumen Sokongan Dalam Perniagaan
Tiada dokumen sokongan dalam perniagaan adalah antara situasi usahawan yang pernah dikendalikan AR Success.
Kenapa berlakunya situasi sebegitu? Dari pemerhatian AR Success, sebab-sebab berlakunya tiada dokumen sokongan adalah kerana kebanyakan usahawan tak tahu fungsi atau pentingnya dokumen sokongan. Maka dengan sebab itu mereka tidak simpan resit atau bil bila berbelanja.
Dari maksud dokumen itu kita dapat teka fungsi dan pentingnya dokumen sokongan.
Dokumen penting dalam perniagaan boleh dibaca disini.
Tanpa dokumen sokongan dalam perniagaan, ini bakal terjadi
1. Maklumat transaksi tak dapat diketahui untuk direkodkan
2. Tak dapat nak buktikan adanya transaksi duit keluar masuk.
Jika tiada dokumen sokongan maka tiadalah rekod, maka kita tak dapat
1. Tahu prestasi bisnes kita
2. Sediakan Laporan kewangan dan Laporan Kewangan Beraudit untuk dihantar ke SSM
3. Siapkan Pengiraan Cukai untuk dihantar ke LHDN
Usahawan ingin dapatkan ilmu akaun secara percuma?
Sertai Kumpulan Sokongan AR Success didalam link dibawah khas untuk para usahawan.
Whatsapp Group AR Success
Telegram Mentor Akaun
Facebook Mentor Akaun
Instagram Mentor Akaun
SEKIRANYA TUAN/PUAN SEBAGAI PEMILIK SYARIKAT BELAJAR ILMU URUS AKAUN BISNES SYARIKAT SECARA MUDAH DAN PRAKTIKAL?
ARS JUGA BOLEH MEMBUATKAN USAHAWAN TENANG DAN DAPAT TIDUR MALAM TANPA RISAUKAN URUSAN AKAUN SYARIKAT.
HUBUNGI TERUS :
ROZITA KAMARUDIN
PRINCIPAL, AR SUCCESS
CHARTERED ACCOUNTANT
MEMBER OF THE MALAYSIAN INSTITUTE OF ACCOUNTANTS
MEMBERSHIP NO: 26195
Beritahu no kod ‘ARSLUNA’ ke nombor 019-626 3206 yang membolehkan Tuan/Puan mendapat potongan harga untuk servis pensyarikatan dan juga akaun bisnes.
Untuk urusan temujanji, boleh ke:AR SUCCESS (00193036611-H)
32-1 Jalan Danau Lumayan 1
Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras
Kuala LumpurTel: 03-9171 0611