Dokumen Penting Dalam Perniagaan – AR Success

September 6, 2019 by No Comments

Sebagai usahawan, macam-macam yang kita kena faham dan lakukan antaranya ialah menjaga dokumen penting dalam perniagaan. Dalam artikel kali ini AR Success akan berkongsi tiga element penting dalam perakaunan iaitu dokumen sokongan, rekod dan fail.

Sekiranya Tuan/Puan sebagai pemilik syarikat belajar ilmu urus akaun bisnes syarikat secara mudah dan praktikal?
ARS juga boleh membuatkan usahawan tenang dan dapat tidur malam tanpa risaukan urusan akaun syarikat.

Hubungi terus :

Rozita Kamarudin

Principal, AR Success
Chartered Accountant
Member of the Malaysian Institute of Accountants
Membership No: 26195

Beritahu no kod ‘ARSLUNA’ ke nombor 019-626 3206 yang membolehkan Tuan/Puan mendapat potongan harga untuk servis pensyarikatan dan juga akaun bisnes.

Untuk urusan temujanji, boleh ke:AR SUCCESS (00193036611-H)
32-1 Jalan Danau Lumayan 1
Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras
Kuala Lumpur

Tel: 03-9171 0611

Laman web AR Success di link ini (klik sahaja)

Untuk berhubung dengan FB AR Success, klik disini 

Jika ditanya usahawan, apa yang mereka faham tentang Perakaunan, jawapan yang diberikan biasanya berkisar tentang terma seperti debit, kredit,  tentang sistem akaun dan ada juga yang jawab akaun adalah audit.

Perakaunan biasanya dikaitkan dengan terma

AR Success berpengalaman hampir 2o tahun dalam perakaunan syarikat dan perniagaan dan akan berkongsi cara mudah mengendalikan dokumen penting dalam perniagaan.

Nak jadi cerita, satu hari saya bersembang dengan sahabat usahawan tentang Perakaunan. Dari situ lah saya simpulkan 3 element penting usahawan perlu tahu dalam Perakaunan adalah:-

1. Dokumen
2. Rekod
3. Fail

Puan Rozita, AR Success

Ketiga-tiga elemen ini sangat penting kerana ada kaitan dengan duit masuk dan duit keluar.

Apakah Dokumen Penting Dalam Perniagaan yang Perlu Dilengkapkan?

3 perkara yang perlu dilengkapkan adalah:

1. Dokumen
2. Rekod
3. Fail

Sebelum berlakunya 3 risiko/implikasi seperti di bawah:-

1. Denda
2. Penalti
3. Saman

Apa itu Dokumen?

Berdasarkan Wikipedia, maksud dokumen adalah “maklumat yang diwujudkan, sama ada dalam bentuk kertas, atau imej yang diimbas atau secara elektronik, yang masih boleh dipinda atau diubah”.

Dokumen yang telah dimuktamadkan mungkin berakhir sebagai rekod jika dokumen tersebut merupakan bukti transaksi.

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa rekod bermula daripada dokumen. Namun, bukan semua dokumen akan berakhir sebagai rekod.

Di bawah adalah definisi AR Success tentang dokumen.

Ianya adalah

“Sesuatu yang kita gunakan untuk membuktikan berlakunya sesuatu transaksi”

Saya ambil contoh transaksi pembelian gula di 7-11. Apa yang membuktikan berlakunya pembelian gula? Jawapannya : Resit= Dokumen

Jika kita tak buat pembelian maka tiadalah Resit=Dokumen.

Di dalam Perakaunan, dokumen biasanya kita panggil Dokumen Sokongan.

Rekodkan semua transaksi dan simpan semua dokumen

2 Kategori Utama Dokumen Sokongan

1. Dokumen Sokongan Duit Masuk
2. Dokumen Sokongan Duit Keluar

Bila dah tahu apa itu dokumen maka sekarang kita belajar contoh-contoh dokumen mengikut Kategori.

Dokumen Sokongan di bawah Kategori Duit Masuk:-

1. Invois kepada pelanggan
2. Resit Rasmi
3. Perjanjian
4. Lain-lain

Dokumen Sokongan di bawah Kategori Duit Keluar:-

1. Invois dari pembekal
2. Resit
3. Bil
4. Resit Rasmi
5. Perjanjian
6. Lain-lain

Untuk usahawan yang mahu mengembangkan perniagaan, dokumen sangat perlu dikendalikan dengan baik. AR Success mempunyai servis konsultasi dan penyediaan akaun pengurusan perniagaan Enterprise, PLT dan Sdn Bhd.

Untuk urusan temujanji, boleh ke:AR SUCCESS (00193036611-H)
32-1 Jalan Danau Lumayan 1
Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras
Kuala Lumpur

Tel: 03-9171 0611

Laman web AR Success di link ini (klik sahaja)

Untuk berhubung dengan FB AR Success, klik disini 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.