Ajar Mengaji di Rumah Bersama iLuvQuran

December 19, 2022 by No Comments

Assalamualaikum tuan puan sekalian. Apa khabar? Kalau tuan puan masih ingat, Cik Min pernah buat perkongsian artikel Kelas Mengaji Quran Malaysia bersama iLuvQuran sebelum ini. Hari ini, Cik Min nak kongsikan pula tentang kelas ajar mengaji di rumah bersama iLuvQuran dengan lebih lanjut!

iLuvQuran turut menyediakan mod pembelajaran jarak jauh, iaitu secara online buat pelajar yang tinggal jauh daripada pusat pengajian iLuvQuran dan tidak berkelapangan untuk datang secara fizikal ke cawangan yang terdekat.

Proses pembelajaran jarak jauh ini telah diperkenalkan sejak tahun 2020, iaitu sejak adanya prosedur Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19 melanda.

Untuk pembelajaran jarak jauh, anak-anak akan belajar secara online bersama ustaz/ustazah. Para pelajar juga boleh membuat pilihan sama ada ingin sesi pembelajaran secara berkumpulan atau mahukan sesi secara 1-1 bersama ustaz/ustazah.

iLuvQuran mempunyai kelas dari umur 2 tahun sehingga dewasa. Setiap kelas akan diasingkan mengikut umur dan fokus sama ada untuk hafazan atau kelas asas.

Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak adalah Sangat Penting

Ibu bapa memainkan peranan yang cukup besar dalam mendidik anak-anak. Setiap pembelajaran memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa untuk memastikan anak-anak menerima didikan yang terbaik.

Ibu bapa tidak boleh mengambil mudah masalah sukar membaca al-Quran dan perlu memastikan anak-anak mempunyai asas yang kukuh untuk membaca sejak dari rumah sebelum memperbaikinya di sekolah.

Susulan itu, Cik Min menyeru tuan puan untuk meluangkan sedikit masa untuk mengajar anak-anak kerana sudah dinyatakan dalam Islam bahawa al-Quran amat penting untuk dijadikan panduan hidup kita sebagai umat Islam.

Jangan risau! Tuan puan boleh sertai kelas ajar mengaji di rumah bersama iLuvQuran.

Bagi kelas ajar mengaji di rumah yang dianjurkan oleh iLuvQuran, ibu bapa dibolehkan untuk turut ikut serta. Ibu bapa digalakkan untuk membantu anak-anak terutamanya yang berusia 7 tahun ke bawah dalam mana-mana sesi.

Quranic Discovery Class merupakan kelas ajar mengaji di rumah bagi pelajar yang berumur 4 hingga 12 tahun. Pelajar-pelajar bagi peringkat umur ini amat digalakkan untuk diawasi ibu bapa ketika kelas sedang berjalan.

60% kelas tahfiz ini melibatkan hafazan al-Quran sama ada secara individu mahupun berkumpulan. 40% pula adalah kefahaman surah (bercerita, permainan, kuiz, video, seni dan kraf, eksperimen berkaitan surah yang dipelajari untuk minggu tersebut).

Selain kelas mengaji secara online, iLuvQuran juga menawarkan Happy Quran Kit untuk ibubapa yang ingin cuba melakukan aktiviti DIY berasaskan ayat Quran bersama anak-anak di rumah.Happy Quran Kit pula adalah kit DIY dengan pilihan 3 surah. Aktiviti ini boleh dilakukan bersama-sama di rumah antara ibu bapa dan anak-anak untuk kefahaman yang lebih baik tentang surah tersebut.

Apa itu Happy Quran Kit? | Ajar Mengaji di Rumah

Untuk Happy Quran Kit, aktiviti DIY boleh dilakukan bersama-sama dengan FUN dan INTERAKTIF mengikut panduan yang telah disediakan di dalam kit tersebut.

iLuvQuran memperkenalkan kanak-kanak kepada Al-Quran dengan menggalakkan mereka berinteraksi dengan Al-Quran dengan cara yang menyeronokkan agar dapat memupuk rasa cinta kepada al-Quran.

Terdapat tiga jenis kit al-Quran bagi membantu anak-anak tuan puan mempelajari al-Quran di iLuvQuran. Di bawah ini Cik Min sertakan senarai set Happy Quran Kit tersebut.

1. Happy Quran Kit (Eidul Fitri)

Ajar Mengaji Di Rumah

Apa yang tuan puan akan dapat ialah:

• Buku Tafsir Bergambar dan Aktiviti Surah al-Ikhlas
• Aktiviti Magnet Kaabah (kertas untuk Kaabah, klip kertas, magnet, pelekat masjid, beg berzip kecil)
• Ringkasan surah dan tema dalam peta minda gelembung
• Balang Syukur Shawal (balang mini, pen berwarna comel, nota kertas berwarna bergambar kesyukuran mini)

2. Happy Quran Kit (Ramadhan)

Ajar Mengaji Di Rumah

Apa yang tuan puan akan dapat ialah:

• Buku Cerita Bergambar Tafsir dan Aktiviti Surah al-Qadr
• Aktiviti Malam di Gua Hira’ (playdough, rumput kering, cat air & berus)
Good Deeds clock (plat kertas, cat air & berus, lebih daripada 15 pelekat!)
• Bonus untuk pesanan semasa pelancaran hujung minggu
• Kotak Sedekah
BONUS: Pakej Asas Percuma iLuvQuran Online Surah al-Qadr dengan 10 bahan pembelajaran dalam talian!

3. Happy Quran Kit (Special Fluffy Sheep)

Apa yang tuan puan akan dapat ialah:

• Buku Tafsir Bergambar dan Aktiviti Surah al-Kauthar
• Model Bina Sungai Anda (tanah, benih rumput, batu kerikil & gam)
• Eksperimen Kenali Waktu Solat Anda (lampu mini, pinggan kertas, kayu, pembaris, doh mainan)
Fluffy Pompom Sheep Craft!
• Kotak Sedekah

Selain itu, iLuvQuran juga menjual kit secara combo seperti:

Ajar Mengaji Di Rumah

1. Happy Quran Kit Combo – ketiga-tiga kit
2. Happy Quran Kit – Eidul Fitri & Ramadhan
3. Happy Quran Kit – Eidul Fitri & Zulhijjah
4. Happy Quran Kit – Ramadhan & Zulhijjah

Untuk membuat pembelian Happy Quran Kit, tuan puan boleh lawati laman web iLuvQuran di sini.

Bagaimana Nak Daftar Kelas Ajar Mengaji di Rumah bersama iLuvQuran?

Ibu bapa yang ingin mendaftar kelas ajar mengaji di rumah bersama iLuvQuran untuk anak-anak ataupun seisi keluarga, bolehlah klik sahaja link berikut untuk mendapatkan butiran dengan lebih lanjut.

Website iLuvQuran

Facebook iLuvQuran

Instagram iLuvQuran


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.