Tuntutan Insurans Rumah Selepas Bencana Alam

December 30, 2021 by No Comments

Ramai dalam kalangan kita kurang arif tentang tuntutan insurans rumah selepas bencana alam. Hal ini sememangnya penting kerana dengan adanya insurans, ianya sedikit sebanyak dapat membantu cover rumah atau kedai anda sekiranya bencana seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya berlaku secara tiba-tiba.

Jadi, melalui entri kali ini Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang tuntutan insurans rumah atau kedai selepas bencana alam. Informasi berguna ini Cik Min dapatkan daripada Facebook Tuan Syameem Ahmad. Beliau merupakan seorang ejen insurans am korporat.

Adakah Insurans Bank akan Cover Sekiranya Berlaku Bencana Alam?

Pertama sekali, ramai dalam kalangan pemilik rumah dan pemilik bisnes menganggap apabila membuat loan dengan pihak bank, secara automatik insurans yang dibuat oleh pihak bank tersebut akan cover semuanya. Walhal, insurans yang dibuat oleh pihak bank tersebut hanya akan cover, sekiranya berlaku kerosakan pada struktur bangunan sahaja. Dalam terma insurans, perlindungan ini dipanggil houseowner.

Contoh Insurans yang Cover di Bawah Insurans Houseowner – Tuntutan Insurans Rumah Selepas Bencana Alam

Insurans houseowner akan cover struktur rumah termasuk pagar yang rosak akibat banjir, pokok tumbang, kebakaran, dilanggar oleh kenderaan atau binatang dan lain-lain. Namun, ianya tidak akan cover peralatan di dalam rumah seperti sofa, perabot, televisyen, mesin basuh, akuarium dan lain-lain. Melainkan, pemilik ada membuat perlindungan tambahan yang dinamakan householder (isi rumah) dengan mana-mana agent insurans. Jadi, secara asasnya, householder insurans ini akan cover sekiranya berlaku kerosakan pada barang-barang yang dinyatakan dalam polisi. Pemilik boleh membuat tuntutan kepada ejen insurans dan mengemukakan bukti kerugian.

Tuntutan Insurans Rumah Selepas Bencana Alam

Persoalan tentang Insurans

Benarkah ura-ura yang menyatakan bahawa pemilik masih boleh menuntut kerosakan isi rumah walaupun tidak ambil insurans householder?

Anda seharusnya tidak perlu percaya ura-ura tersebut kerana insurans memang tidak akan cover sekiranya pelanggan tidak ambil polisi tersebut.

Adakah harga insurans ini mahal? Berapa yang perlu dibayar setiap bulan?

Perkara ini selalu buatkan ramai orang salah faham. Bayaran yang dibuat bukan secara bulanan, tetapi secara tahunan seperti membayar insurans kenderaan. Ianya sangat affordable mengikut jenis rumah yang anda diami.

Anggaran untuk kategori A (rumah RM300k)

  • Houseowner (bangunan): cover RM300K: RM300 setahun.
  • Householder (isi rumah): cover RM40K: RM200 setahun.

Total premium setahun: RM500 + – untuk kedua-dua atau RM200 atau +- jika untuk isi rumah sahaja.

Anggaran untuk kategori B (rumah RM1 juta)

  • Houseowner (bangunan): cover RM1 juta: RM1000 setahun.
  • Householder (isi rumah): cover RM200K: RM1000 setahun.

Total premium setahun: RM2,000 + – untuk kedua-dua atau RM1000 atau +- jika untuk isi rumah sahaja.

Untuk makluman anda, harga tersebut tidak termasuk SST. Bagi anda yang sudah mengambil houseowner under bank atau Badan Pengurusan Bersama (JMB), cukup sekadar membuat householder (isi rumah) sahaja.

Tuntutan Insurans Rumah Selepas Bencana Alam

Sekian sahaja perkongsian daripada Cik Min mengenai tuntutan insurans rumah selepas bencana alam ini. Diharapkan artikel ini dapat memberi maklumat kepada anda, serta dapat mengurangkan sedikit risiko untuk start all over again, sekiranya bencana berlaku kelak.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.