Review Filem Hero : Jangan Bikin Panas

September 26, 2019 by No Comments

Review filem Hero : Jangan Bikin Panas ini masih panassss dan mungkin mempunyai SPOILER. Tuan/Puan dicadangkan membaca semula artikel ini selepas menonton filem Hero pada 3 Oktober 2019.

Blogger LunaStory telah dijemput untuk Malam Gala Tayangan filem Hero ini pada 25 September 2019.

Semasa menonton trailer filem Hero, kami merumuskan ianya adalah genre thriller iaitu kehidupan ahli bomba. Ada letupan dan kebakaran serta pergaduhan.

Sebelum filem bermula dan pengarah Azizi Chunk memaklumkan bahawa Filem Hero : Jangan Bikin Panas merupakan filem komedi yang mempunyai makna tersirat.

Elemen dakwah perjuangan beliau tetap dimasukkan dalam bentuk sindiran lembut namun masih boleh ditonton dengan gembira oleh penonton.

Azizi Chunk, Pengarah Filem Hero
Watak Zafrul dilakonkan Hisyam Hamid

Hero dalam filem ini ialah Hisyam Hamid yang menjadi watak Zafrul. Seorang ahli bomba yang mempunyai sejarah hitam sewaktu di sekolah agama dimana sekolah tahfiz tersebut telah terbakar.

Emosi beliau tercalar kerana beliau percaya sekolah mereka telah dibakar akibat sabotaj oleh seseorang namun tiada bukti dan kes kebakaran pusat tahfiz tersebut telah ditutup.

Filem Hero : Jangan Bikin Panas ini menjadi lebih menarik apabila Zafrul bertemu Amat Mustar dan Adam Fanifinali di dalam satu kejadian.

Bell Ngasri sebagai Amat Mustar

“Macamnilah cerita Melayu, kebetulan…asyik kebetulan” merupakan dialog yang dituturkan oleh Amat Mustar ketika beliau dan Adam diterima menjadi ahli bomba dan akan berada di balai yang sama dengan Zafrul.

Ianya mengundang tawa seluruh panggung. Saya kira seisi panggung sudah bersedia dengan mindset sindiran ringan dan bermakna.

Banyak dialog Amat Mustar dan Adam yang kelakar dan kami terbahak-bahak gelak seperti dirumah. Tak payah kontrollah sebab kedua watak ini memang kelakar! Tak sabar nak tunggu mereka keluar di skrin dan kami di LunaStory amat setuju dimana mereka berdua adalah kekuatan filem Hero : Jangan Bikin Panas ini!

Melihat wajahnya saja sudah kelakar – Mark Adam sebagai Adam Fanifinali

Zafrul memainkan watak seorang yang lurus dan kalut tapi sebagai penonton, ianya tak nampak sangat sebegitu. Mungkin pengarah mahu memaparkan beliau sebagai orang biasa yang ada hati perasaan haha dan bukan hero macho hensem nak mampussss walaupun memang hensem punnn.

Di penghujung cerita kita akan merasai yang sebenar hero adalah diri kita sendiri iaitu sekuat mana kita berpegang dengan apa yang kita kasihi iaitu agama kita.

Filem Hero : Jangan Bikin Panas ini banyak berlatar belakangkan kehidupan dan latihan sebagai ahli bomba. Pasti bukan mudah mendapatkan kerjasama badan beruniform terutama sekali apabila melibatkan keselamatan dan privasi di Malaysia.

Penulis sendiri sempat rasa menyesal kerana tidak memohon sebagai ahli bomba dan penyelamat selepas habis belajar dahulu.


Ternyata kebenaran yang diberikan kepada media dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kerjaya ini dan kita akan lebih menghargai jasa badan beruniform bomba.

Riz Amin menjadi ketua yang berdedikasi

Penonton akan dihiburkan hampir sepanjang filem ini berlangsung. Dalam setiap kesempurnaan pasti ada yang tidak kena kan? Ini sekadar pendapat penulis dan pembaca boleh untuk tidak bersetuju dengan tulisan ini.

  1. Kehadiran Elisya Sandha dan Tash Yong tidak begitu membantu didalam filem ini selain daripada menjadi ahli bomba yang comel. Tidak perlu mungkin?
  2. Aksi pertarungan Adam diambil terlalu lama dan sempat untuk membuat penonton bosan terutama yang tidak minat dengan aksi. Ada aksi lakonan yang ‘sharp’ dan ada juga perlawanan yang biasa-biasa. Sempat penulis terfikir yang sebenarnya Adam ni pandai berlawan atau tidak? Semasa dia lawan dengan orang India di awal filem, ianya nampak hebat.
    Namun bila dihujung cerita dan beliau berlawan dengan dua orang jahat, nampak tak hebat pula.

  3. Ada dua watak orang jahat iaitu Samiri (Jalaluddin Hassan) dan Don (Shaharuddin Tamby) dimana seorang master pun sudah cukup rasanya. Sebab beliau akan ada orang bawahan lagi. Terlalu ramai hirarki orang jahat?

  4. Kisah silam Amat Mustar yang dilakonkan oleh Amir sebagai bapa dan Jihan Muse sebagai ibu agak menghiburkan dan membuatkan kita ketawa. Tapi tak lama lepastu kita akan keliru, eh apa kaitannya ya dengan lagu itu? Ada yang saya tertinggal kah sehingga tidak faham?

  5. Dialog Ustaz Auni agak panjang dan bercakap seorang. Penulis pasti ianya adalah mesej untuk semua kita dan pengarah Azizi Chunk mengambil ruang ini untuk menegur kita semua dalam masa yang sama.

Samiri dan Don yang menghiburkan namun cukup jika ada seorang sahaja rasanya.

Secara keseluruhannya, tak berhenti kami senyum dan ketawa terhibur dengan review filem Hero : Jangan Bikin Panas dan setuju bahawa Tuan/Puan kena tonton cerita ini di pawagam. Banyak bintang boleh diberikan kepada filem ini pastinya!

Temujanji 3 Oktober 2019 di semua panggung wayang seluruh Malaysia.

Karya Azizi Chunk terbitan NS Star Sdn Bhd ini adalah MESTI TONTON!

Baca Review Filem Motif disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.