Checklist Hari Raya untuk Keluarga

March 21, 2024 by No Comments

Sekarang sudah masuk bulan puasa, mesti tuan puan dan ahli keluarga sudah ada checklist Hari Raya kan? Kali ini Cik Luna nak kongsikan checklist untuk Hari Raya supaya tuan puan boleh menjimatkan kos dengan membeli yang perlu sahaja. So, mari kita selami checklist ini :

1. Pakaian Raya | Checklist Hari Raya

Bila dengar musim perayaan semakin dekat, mesti tuan puan fikirkan pakaian raya dahulu kan? Mengikut perkongsian Ustaz Rosman, beliau mengatakan bahawa sesiapa yang berpuasa dan mengenakan baju baru ketika 1 Syawal mendapat pahala sunnah dan sunat. Jadi, tuan puan jangan lupa dapatkan baju raya yang mengikut trend dan juga selesa dipakai serta sedondon dengan ahli keluarga ya.

Tuan puan boleh tekan link yang diberikan untuk melihat koleksi-koleksi pakaian raya seperti baju kurung, baju melayu, kasut raya, tudung dan lain-lain untuk lengkapkan OOTD Raya nanti :

1.Baju Kurung

2.Baju Melayu

3.Shawl Raya

4.Kasut Raya

Checklist Hari Raya

2. Hiasan Hari Raya

Tidak dilupakan juga hiasan hari Raya di rumah tuan puan ya. Rumah pun mestilah mempunyai dekorasi yang baru serta sesuai dengan tema perayaan Aidilfitri. Lagi-lagi sekiranya tuan puan mengadakan rumah terbuka. Cik Luna selitkan hiasan yang perlu ada di bawah ini :

1.Langsir

2.Bekas Kuih Raya

3.Karpet

4.Set Jug Air

3. Jamuan Raya

Hari Raya terkenal dengan jamuan seperti kuih-muih, ketupat, lemang, rendang ayam, serunding dan lain-lain. Tetamu yang beraya ke rumah tuan puan mesti akan mengharapkan jamuan makanan raya yang lazat. Tidak dilupakan juga kanak-kanak mesti suka kuih raya seperti cornflakes madu, kuih semperit dan lain-lain. Sekiranya tuan puan tiada masa untuk sediakan kuih atau pes untuk raya, beli sahaja di link yang Cik Luna berikan seperti di bawah :

1.Pes Lauk Raya

2.Kuih Raya

4. Duit Raya

Inilah yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak serta anak saudara kan? Tuan puan mestilah sudah membahagikan bajet untuk memberi duit raya kepada mereka. Zaman ini, kalau tuan puan tidak memberi dalam bentuk cash pun tidak mengapa. Scan sahaja QR code mereka! Tetapi, untuk mengekalkan tradisi pemberian duit raya dalam sampul, tuan puan boleh klik link ini.

Walaupun Cik Luna berkongsi tentang Checklist Hari Raya ini, tuan puan tidak perlu mengeluarkan bajet yang terlalu besar kerana hari Raya ini hanya untuk menyambut kemenangan umat Islam semasa berpuasa! Yang paling penting, jangan lupa bersalaman sesama ahli keluarga dan mengambil gambar bersama ya!

Setakat ini sahaja perkongsian dari Cik Luna dalam artikel ini. Sekiranya anda mahukan artikel-artikel yang lebih banyak daripada kami, anda boleh layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.