Idea Cat Rumah Dari Tukang Cat Rumah Kuala Lumpur – Lamani Homme

January 3, 2019 by No Comments

Sejak tahun 2012, Lamani Homme telah membantu ramai pemilik rumah samada rumah sewa atau sendiri, untuk kediaman mahupun pejabat dan juga homestay memilik warna cat rumah yang sesuai. Turut dikenali dengan nama Tukang Cat Rumah Kuala Lumpur di laman web mereka.

Sempena tahun baru ini Lamani Homme kongsikan idea cat rumah untuk pemilik rumah yang mahukan kelainan dan inspirasi tahun 2019.

Idea Warna Pastel

Peminat warna pastel akan sukakan warna ini terutama untuk beberapa bahagian didalam rumah kita. Menurut Sherwin William, warna-warna dari kumpulan Shapeshifter dengan emosi ‘deep blue’ ini lebih spiritual dan berbentuk ‘healing’.

Ia memberikan ketenangan kepada jiwa mata yang memandang apatah lagi penghuni dan pengunjung rumah tersebut.

Idea Cat Rumah
Sherwin William

Ruang membuat kerja seperti ‘Work-at-Home individual’ sangat sesuai menjadikan warna ini sebagai warna featured wall mereka.

Lamani Homme merupakan antara kontraktor berdaftar CIDB dan mempunyai barisan tukang cat dengan lebih 20 tahun pengalaman. Setiap servis mereka juga mempunyai waranti selama dua tahun!

Idea Cat Rumah : Warna Traditional

Bagi yang sukakan warna tenang dan tidak mahu menggunakan terlalu banyak warna, anda seorang yang sukakan tema traditional . Berikut adalah antara koleksi warna cat yang boleh menjadi idea cat rumah.

Lamani Homme berpengalaman membantu pemilik rumah untuk bukan sahaja mengecat bahagian rumah malah memberikan konsultasi sepenuhnya tentang warna dan material yang bersesuaian dengan hiasan perabot dan tema anda.

Pastinya rumah adalah sesuatu yang ‘sangat penting’ untuk kita kan?
Pemilihan cat yang tidak tepat boleh merosakkan mood dan kecantikan rumah anda. Sayangnya…

Idea Cat Rumah : Warna Naturalist

Individu yang sukakan warna naturalist ini sukakan kesegaran pekat hijau dedaunan dan merah cantik bunga di alam sekitar kita. Warna ini sering dipilih bagi mencantikkan ruang membaca atau bersantai sesama ahli keluarga mahupun teman-teman yang hadir berkunjung.

Idea Cat Rumah : Warna Pop

Bagi yang ‘berani’ dengan warna, pilih warna pop. Memang kena gayanya dengan individu yang energetik dan penuh dengan impian kearah kejayaan.

Pemilik perusahaan seperti kedai makan, cafe dan butik pakaian juga boleh memilih dari pilihan warna pop untuk keceriaan pelanggan.
Pelanggan yang ceria membawakan banyak senyuman dan kebahagiaan kan?

Hubungi Lamani Homme

Jika Tuan/Puan sedang mencari tukang cat rumah yang berkredibiliti, berpengalaman dan mempunyai waranti, hubungi Bro Lamani hari ini juga di link ini (klik sahaja untuk WhatsApp)

Kunjungi laman Facebook Lamani Home supaya tak ketinggalan dengan sebarang tips, perkongsian dan promosi yang sedang berlangsung.

Dah jangan pening-pening macamana nak cat rumah ya, hubungi Bro Lamani hari ini juga untuk servis jaminan dan berkualiti.

Laman web Lamani Homme disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.