Review Mael Totey The Movie

October 31, 2020 by No Comments

Ini adalah review Mael Totey The Movie yang telah berjaya mengutip RM700,000 semasa tayangan hari pertama melalui langganan di Astro First dengan nilai RM15.90 sahaja. Congak punya congak bermakna 44,025 langganan filem ini dan diproratekan dengan 30 juta rakyat Malaysia menjadikan 0.15% rakyat Malaysia menyokong filem arahan Syahmi Syazli ini.

Apa yang menarik tentang filem Mael Totey The Movie ini?

SELEBRITI YOUTUBE, SYAHMI SAZLI TAMPIL DENGAN FILEM ARAHAN PERTAMA
“Yoe Parey, Asif Suhaimi, Syahmi Sazli Akan Berada Terus di Pawagan Rumah Anda, Astro First”

Kuala Lumpur, 19 Oktober 2020 – Selebriti Youtube terkenal tanah air, Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif
Suhaimi sering berjaya mencuri tumpuan penonton menerusi video pendek yang dihasilkan sehingga
tular. Setakat bulan ini, semua 24 episod drama spontan tersebut telah mencatat 94.74 juta tontonan
selepas dimuat naik kira-kira Jun tahun lalu. Gelagat mereka yang bersahaja dengan menggunakan dialek
Kelantan dalam menjayakan karakter yang dibawa ternyata memberi kelainan buat tontonan penonton.
Sokongan peminat yang sering menantikan konten terbaru daripada mereka, mendorong Syahmi Sazli
tampil dengan filem arahan pertamanya, Mael Totey The Movie.

Mael Totey The Movie (MTTM) mengangkat genre drama komedi dan akan menemui penonton di
pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini.

Gelaran ‘totey’ sememangnya tidak asing dalam kalangan masyarakat Kelantan. Watak utama yang
dibawa oleh Syahmi Sazli di dalam filem, bakal menterjemahkan gelaran tersebut menerusi karakternya.
Turut membintangi filem adalah selebriti Youtube Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail
serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai
lagi.

Penerbit dan juga Pengarah Filem Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli berkata, “Sebelum ini saya ada
terlibat sebagai pelakon dalam sebuah filem. Bermula dari situ, rata-rata peminat memberi galakan untuk
hasilkan filem saya sendiri. Kebetulan memang sudah ada idea asal Mael Totey tetapi ia untuk drama
bersiri bagi tayangan di televisyen. Selepas berbincang, akhirnya karya ini diangkat menjadi filem.
Perasaan saya sangat gementar kerana ini adalah kali pertama mengarahkan filem dan berlakon sekali.
Dalam pada itu, saya juga gembira kerana berpeluang untuk bekerjsama lebih rapat dengan barisan kru
berpengalaman luas dalam penghasilan filem. Semoga filem pertama arahan saya ini dapat diterima
penonton dan mampu menjadi pemangkin buat saya bersama tenaga produksi untuk terus berkarya.”

SIARAN AKHBAR – UNTUK TINDAKAN SEGERA

Manakala Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata “Astro Shaw
membawakan filem hasil produksi dan arahan pertama selebriti media sosial, Syahmi Sazli terus ke
pawagam rumah anda, Astro First. Jika sebelum ini peminat hanya dapat menyaksikan drama spontan
lakonan Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif hanya di platform media sosial dengan durasi video kurang 20
minit, tetapi kali ini peminat boleh menonton mereka lebih lama dengan kualiti filem. Ini adalah sesuatu
yang baru buat industri perfileman di mana Youtuber beralih ke skrin yang lebih besar seperti filem.
Kreativiti Syahmi dalam menyampaikan penceritaan membuatkan penonton sering menanti karya
seterusnya daripada beliau. Keterujaan tersebut bukan sahaja dapat dilihat menerusi respon daripada
video pendek yang dihasilkan sebelum ini, tetapi juga menerusi video teaser filem MTTM yang telah
dikongsikan di platform media sosial pada minggu lalu. Video tersebut telah meraih lebih 1.2 juta
tontonan dalam tempoh 24 jam. Ramai peminat dan penonton meluahkan rasa teruja. Kami harap
penonton dapat berhibur dengan MTTM, lebih-lebih lagi dapat mengisi masa buat mereka yang sedang
menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).”

MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi
memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa
Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa,
Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan
berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini. Dengan hanya RM15,
penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik
tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

PELAKON MAEL TOTEY THE MOVIE

Tajuk : Mael Totey The Movie
Genre : Drama/Komedi
Pengarah : Syahmi Sazli
Produksi : Syahmi Sazli Production Sdn Bhd
Bahasa : Melayu / Inggeris
Durasi Filem : 1 Jam 40 Minit
Jumlah Hari Penggambaran : 14 Hari
Lokasi Penggambaran : Sekitar Kelantan (Kota Bharu, Tumpat, Tok Bali)
Tarikh Tayangan di Astro First : 22 Oktober 2020
Tayangan : Astro First, saluran 480
BARISAN PELAKON
Syahmi Sazli sbg Mael
Emaleen Minhad sbg Teacher Siti
Ashrul Hakim sbg Yoe
Asyiff Suhaimi sbg Asif
Aween Ismail sbg Yaya
Mohd Yatin sbg Yatin
Samsul Anuar sbg Bedul
Hushairi Hussain sbg Ayah Asif & Yoe
Aznah Hamid sbg Ibu Teacher
Kamarool Hj Yusof sbg Tok Kadi
Sai Kamal sbg Sai
Fadiah Qistina sbg Tina
Anissa Faizul sbg Zaiton
Poyie Gasi sbg Poyie
Daler Yusuf sbg Raheem
Puteri Fadhila sbg Putry

MAEL TOTEY THE MOVIE RAIH RM 2.56 JUTA EMPAT HARI TAYANGAN

Kuala Lumpur, 26 Oktober 2020 – Filem arahan pertama selebriti Youtube, Syahmi Sazli telah meraih
RM2.56 juta dalam tempoh empat hari tayangan sejak 22 Oktober lalu menerusi pawagam rumah anda,
Astro First. Ini merupakan kutipan paling tinggi di platform Astro First (first run film) setakat ini sekaligus
memecah rekod terdahulu yang dipegang oleh filem Syif Malam Raya.

Mael Totey The Movie mengangkat genre drama komedi dan mengisahkan seorang pemuda lurus bendul,
Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael
bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan
Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul. Membariskan selebriti Youtube
Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail, penyampai radio GEGAR, Ewan,
serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai
lagi.

Penerbit dan juga Pengarah Filem Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli
berkata, “Penerbit dan juga Pengarah Filem Mael Totey The Movie, Syahmi
Sazli berkata, “Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua penonton, peminat, pengikut kami serta semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung yang memberi sokongan padu pada
filem ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih buat pihak Astro serta radio ERA,
SINAR, ZAYAN dan terutamanya radio GEGAR yang banyak membantu dan memberi sokongan dari fasa
produksi sehingga fasa promosi sekarang ini. Tidak dilupakan buat rakan media yang tidak putus-putus
menghebahkan karya-karya saya selama ini. Saya tidak menyangka filem arahan pertama saya akan
mendapat sambutan luar biasa. Fenomena yang tercetus ini memberi semangat baharu buat saya untuk
terus menghasilkan karya yang lebih baik.”

SIARAN AKHBAR – UNTUK TINDAKAN SEGERA

Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja
Arshad, pihaknya sentiasa komited dalam membantu membuka ruang buat
penerbit tempatan untuk menayangkan karya kepada penonton sasaran dalam
tempoh sekarang ini. Ternyata inisiatif ini dilihat mampu memberi jalan positif
untuk menjana semula ekonomi dalam industri hiburan. “Sesuatu yang agak
istimewa tentang Mael Totey The Movie, ia merupakan hasil filem pertama
produksi dan arahan bakat kreatif, Syahmi Sazli dan kejayaan ini telah menambahkan lagi sinar harapan
baru buat industri perfileman tempatan yang terjejas akibat Covid-19. Disamping itu, kejayaan ini juga
secara tidak langsung telah melahirkan bakat baru dan menjadi game changer di dalam industri di mana
seorang Youtuber berusaha memajukan diri ke tahap yang lebih tinggi. Sokongan positif diberikan oleh
para penonton mendorong pihak kami untuk membawakan lebih banyak filem yang dilihat berpotensi
sebagai karya terbaik dan menepati cita rasa penonton.”

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem Mael Totey The Movie yang kini berada di pawagam rumah
anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim MAEL TOTEY THE MOVIE di
Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara
berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook,
Twitter Astro Shaw.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.