Resepi Sambal Sotong Sedap dan Mudah

Perkongsian ini ialah tentang resepi sambal sotong sedap dan mudah.

Sotong ni saya beli di NSK dan harganya RM42.90 sekilo. Dapatlah dalam 6 ekor sotong berharga RM32.90. Jadi seekor anggaran dalam RM5.

resepi sambal sotong sedap dan mudah

Sambal sotong kasih sayang

Bahan-bahannya ialah:

– 6 ekor sotong, dibersihkan, dibuang tulang dan dakwat hitamnya
– 2 ulas bawang besar
– 2 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 3 sudu cili kisar
– 1 asam keping
– air, gula, serbuk perasa dan garam secukup rasa


Cara-caranya:


1. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia didalam kuali yang ada minyak. Tumis.
2. Masukkan cili kisar. Kacau sehingga garing.
3. Tambah gula sesudu kecil.
4. Tambah air secawan dan sambung masak cili sampai tak rasa mentah dah.Masak sambal ni lama tau kawan-kawan jadi kalau nak cepat, masaklah jenis goreng aje.
5. Tambah asam keping.
6. Masukkan sotong yang dah digoreng sedikit terlebih dahulu.
7. Tambah serbuk perasa dan garam.Gaul, rasa dan hidangkan apabila dah masakkkkkkk.

Sebenarnya ini kali kedua saya masak sotong sebab kali pertama sambalnya rasa pelik. Masa tu saya tambahkan sos tiram. Tak tahu nak describe rasanya macamana.

Lepas basuh sotong, saya buat sambal semula dan tambah air untuk melembutkan sotong.

Tips Resepi Sambal Sotong Sedap dan Mudah

  1. Kalau boleh sotong masuk last dan jangan lama sangat dalam api nanti beliau liatttt.
  2. Buat cili kisar siap-siap dan simpan dalam peti ais barulah senang nak memasak tinggal ambil je sesudu dua.
  3. Masukkan garam waktu dah tutup api untuk mengelakkan pengoksidaan garammm.

Hati-hati sewaktu membersihkan sotong, boleh buang bahagian mata, ada benda bulat yang tajam di kepalanya dan juga bahagian kantung dakwat sotong. Nanti hitam pula sambal kita!

Cik Luna

Berdasarkan kepada gambar diatas, resepi Cik Luna ni boleh dipercayai kawan-kawan. Memang sedap untuk makan sendiri anak-beranak jadi jangan ragu-ragu mencubanya ya!

Kalau dah cuba boleh tinggal komen di bahagian bawah blog.

Nak cuba resepi ayam penyet klik disini ya.

Facebook LunaStory disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.