Plastik Bungkus Buah Mata Kucing

Ramai dikalangan kita yang suka tanam pokok buah mata kucing dan hujung minggu ni bolehlah cari survey plastik bungkus buah mata kucing .

Plastik bungkus buah

Plastik bungkus buah atau fruit net bag ini saya beli sewaktu PKP pertama kali. Tiga belas tahun menetap dirumah ini, kami suami isteri jarang berada dirumah. Pokok-pokok semuanya jaga diri sendiri. Untung berbuah, dapatlah kami memetiknya sebelum ke tempat kerja.

Jarang kami balut buah-buah disini. Kira halal je pada burung dan tupai sebab tidaklah banyak mana pun.

plastik bungkus buah

Rezeki PKP, dapatlah pokok buah mata kucing ini berbaja dan disiram hampir setiap hari. Hikmah PKP! Plastik bungkus buah ini saya beli dari Shopee di pautan ini https://shp.ee/aqc569m

balut buah mata kucing
Fruit Net Bag atau pembalut buah boleh didapati di Shopee

Masa tu saya survey nak beberapa saiz berbeza untuk pokok buah nangka dan beberapa pokok lain jadi kedai ni menjadi pilihan sebab banyak pilihan saiz.Video Youtube LIVE yang saya buat sambil balut buah mata kucing ini di bawah

Plastik bungkus buah ni nipis namun kuat orangnya. Bila kita dah ikat bahagian hujung tu, tiada tupai yang dapat merungkainya.Tak sama macam plastik kedai runcit bawang yang kami guna sebelum ini.

Pembalut buah ini datang dengan pelbagai saiz

Macamana nak agak-agak saiz yang sesuai kenalah ukur sejauh mana buah itu akan membesar. Ianya sesuai untuk membalut buah nangka, jagung, sayur atau apa sahaja tanaman disekeliling rumah kita.

Selain dari mengelakkan haiwan makan buah kita ini, kita juga boleh melindungi sayur dan buah kita dari serangga yang aktif merobek sayur kita terutama pada waktu malam seperti siput babi dan belalang.

Untuk mendapatkan pembungkus buah ini, klik link disini ya yang akan membawa kalian terus ke kedai Shopee

Kisah menarik Lee Kwang Soo Episod Kelakar disini

Daftar eUsahawan bersama Puan Suraya Ali disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.