Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man

Selepas 11 tahun bersama, Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man. Malam tadi saya menonton rakaman terakhir Lee Kwang Soo bersama Running Man iaitu episod 559.

Running Man ialah variety show Korea Selatan yang mula ditayangkan pada 2010.Rancangan ini mempunyai 8 orang ahli yang terdiri dari selebriti tanahair – Lee Jae Suk, Jee Suk Jin, Kim Jong Kook, Ha Dong Hoon (Haha), Song Ji Hyo, Yang Se Chan, Jeon So Min dan Lee Kwang Soo.

Kwang Soo Tinggalkan Running Man
Gambar hari terakhir rakaman episod 559. Gambar sumber mStar

Saya dan suami baru mula menonton rancangan ini pada 5 tahun lepas dan marathon untuk menghabiskan episod-episod sebelum. Kenapa kami menontonnya? Ianya rancangan yang sangat menarik dan boleh buatkan kami gelak terbahak-bahak terutama Lee Kwang Soo yang kelakar.

Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man

Rancangan Running Man ini dirakamkan setiap minggu sejak 11 tahun lepas dan disiarkan di Korea Selatan pada setiap hari Ahad. Bagi negara luar Korea Selatan, kita akan dapat menontonnya dengan subtitle selepas hari Ahad.

Sedih itu adalah emosi, bukan sekadar perkataan.

Keputusan Lee Kwang Soo untuk meninggalkan rancangan ini telah diketahui beberapa bulan lepas. Jadi ianya bukanlah sebuah kejutan.

Penyataan dari pengurusan Lee Kwang Soo

Namun bagi siaran kali terakhir Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man, kami turut mengalir air mata dari pertengahan rancangan sehingga ke hujung. Perpisahan adalah satu perkara yang sukar untuk semua. Bergelar manusia yang penuh emosi, makin lama kita makin dewasa dan menyangka boleh memilih ‘masa untuk menangis’. Namun salah. Air mata itu yang memilih waktunya tiba haha.

“Tak pernah kata tidak.”

Kru Running Man

Komen kru Running Man kepada Kwang Soo apabila beliau tak pernah menolak sebarang permintaan kru bagi tujuan tambah nilai rancangan ini.

Beliau dikatakan mengutamakan karier dan rancangan ini berbanding dirinya sendiri. Waktu hari terakhir rakaman bersama Gary episod 334, dah boleh agak tahap kesedihan yang akan kami alami. Tapi semalam, masih menangis lagi!

Tiga perkara ini saya belajar dari Running Man ialah:

Pertama ialah konsistensi.

Setiap minggu 8 orang ahli Running Man akan menjalani rakaman sejak 11 tahun lepas tanpa henti. Ada episod yang tak cukup 8 orang kecuali faktor kesihatan. Itupun sangat sedikit.

Konsisten dengan nilai untuk menghiburkan penonton, Running Man kekal dengan mesej yang sama. Adalah turun naik. Kadang ada episod yang tak berapa kelakar. Ada yang terlebih kelakar. Running Man 11 tahun dahulu tidak popular seperti hari ini. Semua orang ataupun perniagaan juga bermula begitu.

Kedua ialah persistence (kegigihan).

Kita buat perkara yang sama secara konsisten, namun ianya perlu diteruskan. Bolehkah kita gigih begitu? Setiap minggu dan setiap hari?Melakukan perkara yang sama walaupun hasilnya belum tentu lagi berjaya atau sebaliknya.

Ketiga ialah endurance (ketahanan).

Ketahanan hati biarpun menanggung kesusahan. Sepanjang penggambaran Running Man, pelbagai perkara yang 8 orang ahli ini lalui. Lee Kwang Soo sendiri pernah patah jari kelingking ketika penggambaran namun mereka tak berhenti disana. Bertahan dalam kumpulan demi kegembiraan penonton.

Dan dalam tempoh 11 tahun ini, bukan sekali dua ahli-ahli nya menangis dan mahu tarik diri atas pelbagai sebab antaranya ialah keletihan. Dalam masa yang sama, semua selebiriti ini turut mempunyai rakaman untuk drama dan variety show yang lain juga. Namun mereka tetap menahannya (endure it) sehingga ke hari ini.

Banyak scene yang menyentuh hati dalam episod terakhir Lee Kwang Soo ini antaranya ialah ketika dia meminta maaf

“Saya minta maaf.”

Lee Kwang Soo

Keputusan Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man ketika ianya beliau sedang popular pasti sukar baginya sendiri. Tim pengurusan beliau mengeluarkan pernyataan yang beliau perlu menarik diri dari Running Man atas faktor kesihatan.

Kita minta maaf bukan hanya kerana melakukan kesalahan. Tapi turut untuk menghargai dan memberi apresiasi.

Luna Story

Biar apa pun sebab dan jalan yang akan dilalui oleh Kwang Soo selepas ini, pastinya peminat mendoakan kejayaan beliau. Selepas 3990 hari berlari dan membuatkan kita ketawa, minggu depan Kwang Soo tiada.

Ada yang pernah tengok Running Man? Menangis juga tak tengok episod Kwang Soo tinggalkan Running Man?

Cik Sue,Belajar dalam tawa dan air mata

Video Tiktok pun tak perlu filter tear dah penuh air mata!

Review filem lain oleh Lunastory di sini

Blog Suraya Ali disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.