Perpustakaan Shah Alam : Perpustakaan Raja Tun Uda

May 28, 2017 by No Comments


Jom ke Perpustakaan Shah Alam

Tahukah anda bahawa Perpustakaan Shah Alam waktu operasi ialah sehingga 9 malam!
Nama lain bagi Perpustakaan Shah Alam ialah Perpustakaan Raja Tun Uda.

Ianya berhampiran dengan Kelab Golf Sultan Aziz Shah Seksyen 13.

 

Laman web rasmi Perpustakaan Shah Alam dilink ini

Beberapa kali saya kesini seakan tak habis pusing perpustakaan ini. Kalau datang awal boleh parking di bahagian hadapan perpustakaan.

Ada parking yang agak jauh namun ada van disediakan sebagai charter.

Perpustakaan Shah Alam

Pemandangan Perpustakaan Shah Alam dari jalan raya di hadapan.

Alamat Perpustakaan Shah Alam

Ini adalah alamat perpustakaan ini:

Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13,40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi Perpustakaan Shah Alam ialah sehingga 9 malam setiap hari kecuali cuti umum.

Pada bulan Ramadan, waktu operasi sehingga 5 petang sahaja.

Untuk ibu bapa yang ada anak kecil dan bimbang anak anak bising.

Perpustakaan ini memang istimewa dan ada tempat untuk anak-anak mengeksplorasi.

Masuk sahaja perpustakaan dan terus ke sebelah kanan.

Ada ruang khas untuk anak anak enjoyyyyyyy!

Perpustakaan Shah Alam

Ground Floor untuk ruangan bersantai dalam berkumpulan.

Ada bilik untuk perbincangan untuk 4 orang dan boleh digunakan selama 2 jam.

Tapi sebelum guna kemudahan perpustakaan ini, kita kena daftar menggunakan komputer yang disediakan di bahagian customer service.

Perpustakaan Shah Alam

Penulis mengambil peluang mendaftar sebagai ahli di perpustakaan ini.

Ada escalator tau dalam perpustakaan ini. Kagummmm.

Tingkat 1 untuk remaja sementara tingkat 2 untuk bacaan dewasa.

Sebelum masuk ke dalam ruang library kita kena buka kasut dan masukkannya kedalam beg biru ini serta membawanya keserata alam haha.

Maksud saya selagi kita masih bernyawa didalam perpustakaan ini, selagi itu lah beg biru ini kukendong gitewww.

Perpustakaan Shah Alam

Ruang dalam perpustakaan ini adalah sangat kemas dan cantik.

Karpet dia lembut tau macam kita boleh jerlus dalamnya haha.

Komputer pun banyak disediakan bagi kegunaan pengguna.

Nora macam nak bagi lima bintang of course.

Perpustakaan Shah Alam

Surau berada di tingkat LG.

Tandas berada di semua tingkat dalam ruang perpustakaan.

Masa kami nak keluar pukul 5pm tadi beg kami di semak kut bawa buku keluar tanpa kebenaran ke kan.

Betul juga, apa yang kita ada hari ni untuk kita warisi maka menjadi tanggungjawab untuk kita menjaganya sebaik mungkin.

Laman web Perpustakaan di link ini (klik sahaja)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.