PEMULIH | Sorotan Teks Ucapan Perdana Menteri

Pakej PEMULIH, atau Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi telah diumumkan oleh kerajaan pada 28 Jun 2021. Berikut merupakan sorotan utama atau highlight senarai pakej PEMULIH daripada ucapan penuh Perdana Menteri pada hari tersebut.

PEMULIH adalah pakej bantuan khas yang bernilai sebanyak RM150 billion secara keseluruhannya. Fokus utama pemberian bantuan pakej ini adalah untuk tiga (3) fokus utama iaitu:

  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat;
  • Menyokong Perniagaan; dan
  • Meningkatkan Vaksinasi.

Fokus Pertama: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat

Di bawah Fokus Pertama ini, sebanyak RM10 billion akan disalurkan di dalam bentuk Bantuan Tunai Langsung kepada tiga (3) jenis Bantuan iaitu:

  • Bantuan Prihatin Rakyat, atau BPR
PEMULIH BPR 2021

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan ditambah sebanyak RM500 lagi bermula 29 Jun 2021 untuk bayaran pada bulan Julai, Manakala BPR akan diteruskan ke Fasa Ketiga dengan kadar RM100 sehingga RM1,400 dibayar pada bulan September nanti. Keseluruhan jumlah yang diperuntukkan untuk BPR adalah RM4.9 billion.

*Permohonan BPR sebelum ini dan pertanyaan lebih lanjut boleh dibuat menerusi laman rasmi BPR di sini bpr.hasil.gov.my.

  • Bantuan Khas COVID 19, atau BKC
PEMULIH BKC
PEMULIH Bantuan Khas Covid 19

Sebanyak RM4.6 billion diperuntukkan yang dijangka dapat memanfaatkan lebih daripada 11 juta isi rumah di Malaysia, termasuklah golongan warga emas dan bujang. Bantuan BKC ini diagihkan mengikut kategori penerima iaitu Miskin Tegar, golongan B40 serta M40 bermula pada bulan Ogos, November dan Disember 2021 mengikut kategori.

  • Bantuan Kehilangan Pendapatan

Sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO pada tahun 2021, yang dijangka memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta ringgit.

  • Bantuan lain: Elaun Mencari Pekerjaan

Bagi graduan baru, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal, kerajaan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaaan kepada bukan pencarum PERKESO bagi golongan ini. Mereka perlu mendaftar di bawah platform MYFutureJobs untuk menerima elaun sekurang-kurangnya sebanyak RM300.

*Daftar sebagai pencari kerja baru disini myfuturejobs.gov.my/apply-for-jobs/ untuk permohonan bantuan PEMULIH jenis ini.

  • Bantuan lain: Program Janapreneur

Sebanyak RM125 juta diperuntukkan melalui HRD Corp untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur untuk belia lepasan sekolah serta graduan yang dijangka memberi peluang sehingga 30,000 individu untuk mengikuti program latihan kemahiran serta jaminan pekerjaan sejurus selepas tamat latihan.

Disamping itu juga, di bawah program Janapreneur ini, MDEC akan menambah baik program pencari kerja ekonomi gig sedia ada seperti eRezeki dan GLOW (Global Online Workforce).

Bantuan lain di bawah Fokus Pertama

  • Program Bakul Makanan – tambahan RM300 ribu bagi program sedia ada
  • Bantuan Bakul Makanan – RM10 juta khusus untuk golongan Orang Asli
  • Subsidi Bahan Api – Harga runcit RON95, diesel dan LPG dikekalkan yang dijangka subsidi melebih RM6 billion tahun ini
  • Penambahbaikan Langkah Kawalan Harga Minyak
    [1] Program kawalan harga berasaskan Crude Palm Oil mengawal harga syiling minyak, jadi harga minyak masak botol 5 kg dijual tidak melebih RM30 sebotol.

    [2] Subsidi Tambahan RM1 billion supaya rakyat masih dapat membeli minyak masak pek polibeg 1 kilogram pada harga bersubsidi RM2.50.
  • Perluasan Khidmat Sokongan Psikososial – diberikan untuk membantu beban khidmat sokongan serta badan bukan kerajaan (NGO) ini menangani masalah sosial seperti masalah tekanan mental dan emosi, gelandangan dan sebagainya di peringkat komuniti.
  • Rebat Elektrik Pengguna Domestik – Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan mengikut penggunaan elektrik tertentu sebulan. Diskaun berjumlah hampir RM346 juta akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.
  • Rebat Elektrik Sektor Ekonomi Yang Terjejas – Lanjutan diskaun selama 3 bulan lagi untuk sektor ekonomi seperti pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan. Potongan diskaun bil elektrik adalah sebanyak 10% untuk bil Oktober sehingga Disember 2021. Peruntukan tambahan ini adalah sebanyak RM1 billion.
  • Lanjutan Pemberian 1gb data harian percuma sehingga 31 Disember 2021
  • Peluasan Inisiatif Bank Bergerak – Peruntukan sebanyak RM18 juta untuk bank tempatan menyediakan 30 unit bank bergerak untuk beroperasi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak merangkumi 250 mukim di luar bandar. Perkhidmatan yang disediakan termasuklah pembukaan akaun; penyimpanan, pengeluaran dan pemindahan wang; pembayaran bil serta perbankan digital.

Fokus Kedua: Menyokong Perniagaan

Bagi membantu kelangsungan bisnes walaupun premis perniagaan tidak dapat beroperasi, bentuk PEMULIH bantuan yang diberikan untuk fokus kedua ini adalah seperti mengurangkan kos tanggungan majikan, menyokong usaha digitalisasi, memberikan kemudahan bantuan kewangan dan insentif percukaian, menyediakan fasiliti pembiayaan dan meneruskan insentif penggajian.

  • Geran Khas Prihatin atau GKP – di bawah PEMERKASA Tambahan, bagi yang telah menerima GKP 3.0 akan mendapat tambahan RM500 pada pertengahan bulan Julai 2021. Bagi bakal penerima GKP 4.0, RM500 akan dibayar pada bulan September dan RM500 lagi pada bulan November 2021. Di bawah geran GKP 4.0, pengusaha mikro diharap dapat dibantu untuk melancarkan aliran tunai (cashflow) perniagaan.
  • Program Subsidi Upah 4.0 atau PSU 4.0 – Kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak 600 ringgit setiap pekerja selama tempoh empat bulan khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga PSN.

    Di bawah PSU 4.0 juga, had gaji di bawah RM4000 dimansuhkan untuk majikan yang baru nak memohon.
  • Pengecualian Levi HRD Corp – Pengecualian levi HRD Corp bagi tempoh dua bulan akan diberi secara automatik kepada majikan yang tidak dapat beroperasi semasa PKP.

    Selain itu, sektor-sektor di bawah peluasan Akta Perbadanan Sumber Manusia Berhad 2001 akan diberikan pelanjutan pengecualian levi sehingga 31 Disember 2021.

(Lihat senarai penuh sektor di bawah peluasan akta ini disini: https://hrdcorp.gov.my/expansion-of-psmb-act-2001/)

  • PENJANAKERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan program ini dan dijenamakan sebagai PenjanaKerjaya 3.0 dengan beberapa penambahbaikan seperti
    • mengurangkan had kelayakan gaji daripada RM1500 kepada RM1200 untuk program Malaysianisation.
    • tempoh kontrak penggajian untuk pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan OKU dan bekas banduan dilonggarkan daripada 12 bulan kepada 6 bulan.
PEMULIH Malaysianisation PENJANAKERJAYA 3.0
  • Inisiatif Pendigitalan PKS dan PKS Mikro – tambahan RM300 juta bagi menyokong agenda digitalisasi serta menggalakkan transaksi tanpa tunai di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil atau PUPUK.
  • Menyokong Industri Seni dan Kreatif Tempatan – Bantuan RM100 juta dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan seperti penghasilan karya dan kandungan digital; peluang kerjaya; program peningkatan kemahiran; caruman PERKESO; perolehan produk bagi tujuan produksi di televisyen, radio dan penciptaan lagu.
  • Bantuan Khas Taska – RM3 ribu kepada lebih 4,400 pengusaha taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta lebih 8 ribu pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan.
  • Bantuan Khas Pengusaha Kantin
  • Bantuan Khas Pengusaha Pusat Sukan
  • Bantuan Khas Golongan OKU – bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan bagi golongan kurang upaya yang telah kehilangan pekerjaaan atau ketiadaan kerja, dan bukan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada.
  • Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU)
  • Memudahcara Proses Perolehan Kerajaan
    Khusus kepada yang terlibat di dalam sektor pembinaan, antara kemudahan tersebut adalah:
    • Membenarkan perubahan harga atau variation of price (VOP) berikutan peningkatan ketara kos bahan binaan sehingga 31 Disember 2021
    • Membantu kontraktor G1 hingga G4 tempatan melaksanakan projek kerja berskala kecil secara undian dan sebut harga, dengan penggunaan jadual kadar kerja kejuruteraan awam dan bangunan yang baharu serta jadual kadar kerja elektrik
    • Membenarkan lanjutan masa atau extension of contract (EOT) projek kerja atau lanjutan tempoh kontrak bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP tertakluk kepada klausa kontrak
  • Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan Perniagaan MARA – penangguhan untuk usahawan MARA selama 3 bulan atau penjadualan semula bayaran balik pembiayaan dengan memanjangkan tempoh pembiayaan sehingga 36 bulan.
  • Lanjutan Pemberian Diskaun Sewaan Premis Perniagaan MARA – pemberian diskaun 30% ke atas sewaan premis perniagaan MARA sehingga Disember 2021.
  • Potongan Cukai Khas Premis Perniagaan MARA – pemilik-pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% kepada peniaga dalam tempoh sehingga 31 Disember 2021 layak mendapat potongan khas cukai
  • Meningkatkan Had Syiling Pembiayaan Dibawah Skim Jaminan Kerajaan seperti Syarikat Jaminan Pembiayaan Terhad (SJPP) sehingga RM2 billion.
  • Bank Negara Malaysia Menambah Dana Tambahan Untuk PKS dan Usahawan Mikro sebanyak RM2 billion.
  • Tambahan Dana Pembiayaan Mikrokredit oleh AgroBank, Bank Simpanan Nasional serta TEKUN
  • Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi – untuk membolehkan usahawan menjalankan aktiviti ekonomi secara berkumpulan melalui koperasi, termasuk memasarkan produk melalui platform dalam talian serta menggalakkan pembelian barangan di kedai koperasi.
PEMULIH aid package
  • Bantuan Untuk Sektor Pelancongan: Bantuan Tambahan menjelang Fasa 3
PEMULIH aid package
  • Bantuan Untuk Sektor Pelancongan: Penangguhan Ansuran Cukai Pendapatan Bulanan Sehingga Akhir Tahun
i-CItra PEMULIH

Program i-Citra PEMULIH – Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5000 dengan kadar bayaran tetap RM1000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

*Mohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021.

  • Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Bersasar: Memberikan Moratorium bersasar selama 3 bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN
  • Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Bersasar: Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan dan Bayaran Tuntutan Ganti Rugi Penerima Biasiswa Persekutuan Sehingga 6 Bulan
  • Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Bersasar: Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk Tempoh 3 Bulan Dengan Ansuran Bulanan RM100 Selama 12 Bulan
  • Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Bersasar: Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran untuk Tempoh 3 Bulan
  • Penangguhan Pembayaran Premium Insurans Dan Sumbangan Takaful – pemegang polisi insurans dan takaful yang terjejas boleh memohon penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful (secara opt-in) yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021
    • merangkumi pemegang polisi dan sijil insurans hayat dan takaful keluarga
  • Moratorium bayaran balik pinjaman bank Selama 6 Bulan bermula 7 Julai 2021:

Kemudahan PEMULIH Moratorium Untuk B40, M40, T40 dan Usahawan Mikro tanpa syarat: Pilih sama ada untuk mendapatkan moratorium selama 3 bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama 6 bulan

Fokus Ketiga: Meningkatkan Vaksinasi

Nilai keseluruhan Fokus Ketiga PEMULIH ini adalah sebanyak RM1 billion. Fokus ini mensasarkan untuk meningkatkan kapasiti Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK) dan mempercepat pemberian Vaksin dengan 5 langkah utama seperti berikut.

Langkah 1: Penambahan Bekalan Vaksin

  • Penambahan Bekalan Vaksin: Meningkatkan Pembelian Vaksin Daripada 120% kepada 130%
  • Penambahan Bekalan Vaksin: Pemberian Vaksin kepada Remaja Berumur 12 hingga 18 tahun

Langkah Kedua: Meningkatkan Kadar Vaksin Harian

Langkah Ketiga:

  • Elaun Petugas Kesihatan PPV: RM100 sehari Untuk Sukarelawan Harian
  • Elaun Petugas Kesihatan PPV: RM600 Selama 6 Bulan Untuk Barisan Hadapan Kesihatan di PPV

Langkah Keempat:
PICK Kerjasama Awam dan Swasta (PIKAS): Diselaraskan Oleh MITI Sebagai Galakan Untuk Syarikat Menggunakan Premis Mereka Sebagai PPV dan Menjalankan Program Imunisasi Kepada Pekerja Dengan Peruntukan RM150 Juta

  • PICK Kerjasama Awam dan Swasta (PIKAS): Majikan boleh menggunakan baki levi semasa sehingga 10% bagi kos program vaksinasi
  • PICK Kerjasama Awam dan Swasta (PIKAS): Potongan cukai bagi perbelanjaan penyediaan PPV
  • PICK Kerjasama Awam dan Swasta (PIKAS): Kerajaan sedia mempertimbangkan syarikat beroperasi secara penuh jika semua pekerja lengkap 2 dos vaksin

Langkah Kelima:

  • Insentif Buat Golongan Rentan: pendaftaran untuk vaksinasi serta pemberian subsidi sehingga RM30 atas kos tambang teksi dan e-hailing untuk golongan OKU dan warga emas bagi memudahkan pergerakan mendapatkan vaksin pada hari temu janji mereka.

Semoga ringkasan intipati PEMULIH ini bermanfaat untuk pembaca semua. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang isu semasa bersama Lunastory.com!


Sumber Rujukan:

  • Infografik PEMULIH 2021 – belanjawan2021[dot]treasury[dot]gov[dot]my
  • Teks Ucapan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi – pmo[dot]gov[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.