5 Tips Melancong ke Morocco oleh Pakej Muslim Morocco Az Zair Travel & Tours

April 30, 2018 by No Comments

Pakej Muslim Morocco bersama Az Zair Travel & Tours

Ada apa dengan Pakej Muslim Morocco? Bagi saya sendiri yang sangat mengkagumi Ibnu Battuta, seorang pengembara yang berasal dari Morocco yang lahir pada Februari 25, 1304 – 1368. Beliau dilahirkan di Tangier, Morocco dan pada usia 21 tahun telah mula mengembara secara berjalan kaki mahupun berkenderaan darat ke hampir kesemua negara Islam dan beberapa negara lain seperti Afrika dan juga Eropah selama 30 tahun!

Apabila Az Zair Travel & Tours membuka Pakej Muslim Morocco, wah ianya bagaikan dreams come true!

Pakej Muslim Morocco
Az Zair Travel & Tours telah berpengalaman hampir 3 tahun dalam bidang pengembaraan ke beberapa negara antaranya Korea, Krabi, Taiwan, Baitulmaqdis, Umrah dan lokasi yang sangat mahu saya pergi selepas ini iaitu Morocco!

Pakej Morocco Muslim

Teringin rasanya untuk melihat dengan mata sendiri bagaimana sebuah negara hebat yang dapat melahirkan individu sehebat Ibnu Battuta. Nama asal negara Morocco ialah Maghribi.

Bagi yang mahir Bahasa Arab, boleh baca tulisan Ibn Battuta mengenai pengembaraannya yang bertajuk A Gift to Those Who Contemplate the Wonders of Cities and the Marvels of Travelling

Dibayangkan juga Morocco adalah sebuah negara yang indah dimana ianya adalah pertemuan diantara Arab dan Eropah. Bahasa penghantar kedua mereka ialah Perancis selepas Bahasa Arab dan kebanyakan kedai disana mempunyai papantanda dalam bahasa penjajah.

Sekiranya Tuan/Puan mahu mengikuti Pakej Muslim Morocco boleh berhubung terus dengan yang pakar iaitu  Az Zair Travel & Tours di 013-597 3905

5 Tips Melancong ke Morocco daripada Az Zair Trave & Tours

Tips Pertama #1 Matawang Morocco

Seperti biasa, matawang setiap negara adalah berbeza mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Macam di Morocco ni, dirham morocco adalah matawang rasmi yang digunakan. Kiraan yang terbaru (Mac 2018) adalah RM1 bersamaan dengan 2.38 Dirham Morocco.

Namun anda perlu tahu yang kos hidup di Morocco agak mahal berbanding negara pelancongan yang lain. Tapi jgn risau, dengan mengambil pakej Muslim Morocco, Az zair Travel & Tours tahu mcm mana nak kurangkan kos anda.

 

Matawang Morocco

Gambar matawang Morocco sumber dari Google

Tips Kedua #2 Berpakaian sopan dan menutup aurat

Morocco merupakan salah satu negara Islam.
Jadi kita seharusnya berpakaian sopan dan menutup aurat menjadi satu kemestian bagi para pelancong yang melawat ke negara ini. Berseluar panjang dan bertudung juga memadai bagi menjaga kehormatan di negara yang indah ini.

Melancong ke Morocco

Gambar sumber Google

Tips Ketiga #3 Belajar teknik tawar menawar

Haa, macam biasa la. Tawar menawar ni menjadi adat di negara kita kan.
Saya yakin anda semua mesti pakar dalam bidang ni. Jadi bila anda melancong ke Morocco, gunakan teknik tawar menawar ini sebaiknya.
Nescaya anda akan dapat harga yang berbaloi mengikut citarasa anda!

Kebanyakan orang tempatan boleh berbahasa Inggeris dan ini memudahkan urusan pelancongan kita ke Morocco.

 

 

Tips Keempat #4 Hati-hati dengan scammer

Ramai juga dari kalangan pelancong telah terkena kerana tidak berhati-hati ketika melancong ke bumi ini.
Kalau boleh, elakkan mereka yang ingin membantu anda dengan percuma kerana khuatir mereka akan mempergunakan anda.
Kebiasaannya para scammer ini akan aim pada para pelancong solo atau pelancong yang tidak mengetahui tentang negara ini. Jadi cuba elakkan tau!

Tips Kelima #5 Bahasa pertuturan

Di sini, kebanyakkan mereka bertutur dua hingga tiga bahasa. Antara bahasa yang sering digunakan ialah Arab, Perancis, Berber (Afrika) dan Inggeris. Jadi, elakkan bertutur bahasa yang anda tidak tahu dan cuba menggunakan bahasa Inggeris sebaiknya.

Nak dapatkan tips makanan Morocco yang mesti dicuba sewaktu melancong ke Morocco, baca disini ya.

Pakej Muslim Morocco Az zair akan membantu segala urusan Tuan/Puan sepanjang di bumi bertuah ini. Jangan risau ya!

Jom saksikan video ini!

 

Untuk promosi atau sebarang pertanyaan mengenai trip pelancongan ke Morocco, hubungi Az Zair Travel & Tour di nombor ini

013-597 3905 Call 03-4131 8520 atau klik sahaja sekiranya Tuan/Puan melayari web ini menggunakan phone

 

Layari Facebook Az Zair untuk informasi pelancongan ke Morocco yang selamat dan boleh dipercayai.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.