Neelofa Dirisik PU Riz dan Pelancaran Susu Perisa Mangga

November 2, 2020 by No Comments

Betulke Neelofa dirisik PU Riz menjadi tanda tanya terutama bagi peminat Neelofa. Bertahun-tahun kita melihat susuk tubuh yang cantik ini di kaca TV. Melihat turun naik dan pelbagai cerita melanda namun dia tetap mengukirkan senyum manis sebagai seorang selebriti.

Neelofa Kini Berpurdah

Neelofa mengumumkan pada 15 Oktober 2020 keputusannya untuk berpurdah dimana sehelai kain menutupi wajahnya selain mata. Penampilan baru beliau mendapat reaksi positif dari masyarakat yang melihat usaha ini sebagai langkah yang baik kearah menutup aurat dengan sempurna.

Gambar ibu Neelofa bersama Neelofa dan PU Riz

Dari Mana Ianya Bermula?

Bermula dari beberapa keping gambar yang diupload oleh ibu Neelofa di IG beliau pada 1 November 2020 sepertinya menjelaskan perhubungan Neelofa dan PU Riz.

Neelofa dirisik PU Riz

Hari ini pula di IG Story Neelofa kongsikan video beliau bersama PU Riz.

Neelofa Dirisik PU Riz

Sama cantik dan sama padan!

Apa lagi yang boleh Cik Luna katakan. Benarlah kata bidalan orang tua bagai pinang di belah dua. Setiap kali nampak mereka, kita akan tersenyum senyum dah kenapa. Tapi perasaan bahagia agaknya yang wujud tu kan?

Video mangga di dalam bakul yang dibawa oleh seorang gadis

Pelancaran Susu Perisa Mangga Nilofa

Kontroversi dan pelancaran produk adalah sebuah strategi yang sangat bagus. Kontroversi itu tidak semestinya sesuatu yang buruk. Gambaran seperti majlis merisik seperti ini pun memberikan trafik yang ramai kepada kita dan perniagaan kita.

Sewaktu artikel ini ditulis, Nilofa Group baru sahaja melancarkan susu berperisa mangga pada jam 12 tengahari 2 November 2020.

Gambaran prelaunch Susu Berperisa Mangga Nilofa

Video ini dikongsikan di Instagram. Boleh tonton di bawah ini juga.

Neelofa Dirisik PU Riz
Neelofa Dirisik PU Riz
Semanis cinta pertama 2 November 2020

Haris dan Neelofa – Bagaimana Ia Bermula?

Artikel ini disiarkan pada bulan Julai 2020 di MStar perkongsian awal perkenalan pasangan ini.
Menurut Neelofa, beliau sudah hampir 3 tahun bekerjasama dengan PU Riz bagi tujuan kerja terutama yang melibatkan projek Neelofa Hijab.

Pertubuhan Kasih Neelofa

Neelofa menubuhkan Pertubuhan Kasih Neelofa untuk membantu meringankan beban rakyat dan PU Riz banyak terlibat dalam mengendalikan pertubuhan ini.

Wow, didoakan perhubungan ini berkekalan ke jinjang pelamin seterusnya ke akhir hayat.

Neelofa Dirisik PU Riz

Ada pembaca disini yang minat Neelofa juga? Apa perasaan bila tahu Neelofa dirisik PU Riz?

Baca review Mael Totey the Movie disini

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.