Menjana Pendapatan Dengan Menjahit

March 7, 2022 by No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini, Cik Min nak kongsikan sedikit cara tentang bagaimana kita boleh menjana pendapatan dengan menjahit. Walaupun ramai di antara kita sudah mempunyai pekerjaan tetap, namun masih ramai juga yang tidak dapat menanggung kos sara hidup. Maklumlah, harga barang sekarang pun dah naik. Oleh itu, ramai yang mula mencari pendapatan sampingan untuk menampung kehidupan.

Menjana Pendapatan Dengan Menjahit
Sumber : Berita Harian Online

Program yang Ditawarkan

Baru-baru ini, program jahitan perintis kerjasama antara pengendali operasi hab pengedaran bijih besi di Teluk Rubiah, Manjung, Perak, yang juga merupakan sebuah syarikat perlombongan terbesar di dunia, Vale Malaysia (Vale) dengan Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Parlimen telah bekerjasama dalam memberi manfaat kepada 10 peserta yang ingin mendalami ilmu menjahit. Kini, terdapat beberapa tukang jahit yang sudah mula menjana pendapatan dengan menjahit dari rumah. Pengerusi pertubuhan berkenaan, Zarina Mohamed Ekhwan, berkata, program tersebut telah disertai oleh 10 wanita, dan Vale juga turut menyediakan seorang tukang jahit profesional beserta 10 unit mesin jahit mudah alih.

Apa Komen Peserta?

Ramai peserta yang puas hati dengan program itu dan beberapa tukang jahit sudah giat menerima tempahan seperti langsir dan lain-lain. Jom lihat apa reaksi mereka!

“Kami amat menghargai bantuan dan kerjasama syarikat itu, sekali gus dapat meningkatkan kehidupan mereka sekeluarga.

“Kami akan bekerjasama mengembangkan program ini dan memperkenalkan modul seperti pemasaran dalam talian supaya usahawan baharu dapat menjangkau kumpulan lebih besar termasuk mendapat lebih banyak tempahan pada Aidilfitri, ” katanya di dalam sebuah kenyataan, baru-baru ini.

Peserta, Khurratu Aini Hashin, 34, berkata beliau menghargai peluang berkenaan untuk mendalami ilmu jahitan dengan bantuan diberikan.

“Saya berharap dapat mendalami dan memperbaiki kemahiran menjahit serta mampu meningkat pendapatan,” katanya.

Seorang lagi peserta, Nor Khalijah Mat Tayibi berkata, program itu juga membantunya meningkatkan keyakinan diri dan mahu memulakan perniagaan sendiri.

“Program ini membantu meningkatkan semangat dan bercadang untuk menggunakan ilmu yang dipelajari saya boleh membuka khidmat tempahan pakaian,” katanya.

Menjana Pendapatan Dengan Menjahit?

Menjana Pendapatan Dengan Menjahit

Ramai yang tidak tahu betapa mudahnya nak menjana pendapatan dengan menjahit. Banyak jenis tempahan menjahit yang boleh dibuat! Dengan kepelbagaian jenis tempahan ini, tukang jahit juga dapat menjana pendapatan sampingan dengan lebih mudah. Antaranya:

1. Alteration

  1. Pakaian terkoyak
  2. Zip rosak
  3. Butang hilang
  4. Baju baru yang tak fit dan lain-lain

2. Tempahan Baju

  1. Baju melayu/kurung
  2. Telekung

3. Tempahan Perhiasan Rumah

  1. Cadar
  2. Selimut
  3. Sarung bantal
  4. Alas meja
  5. Langsi

Kemahiran menjahit ini merupakan kemahiran yang tak lapuk dek zaman. Lebih-lebih lagi di Malaysia, di mana setiap kali musim perayaan, pasti ramai yang ingin membuat tempahan baju raya. Pada waktu inilah ramai tukang jahit dapat dapat membuat sedikit duit poket. Mula-mula ambil tempahan kecil-kecilan je, mana tahu nanti boleh buka butik sendiri pula kan?Jadi, setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang menjana pendapatan dengan menjahit. Kalau nak baca lebih banyak artikel menarik boleh klik sini.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.