Dubuyo – Restoren Makanan Korea Halal

May 12, 2017 by No Comments

Restoren Makanan Korea Halal di Malaysia

Bagi yang sering menonton rancangan realiti TV Korea, pasti terliur melihat pelakonnya menikmati makanan Korea yang nampak sedap di kaca TV.

Setelah berkunjung ke Korea, rupa-rupanya makanan itu memang sedap.
Cuma kena pandai cari tempat makan.

Semasa di Korea tempohari, kami menetap di Ittaewon.
Di Ittaewon ada banyak kedai makanan korea halal.

Bila balik Malaysia, kami masih teringat-ingat kesedapan makanan itu.

Restoren DubuYo makanan Korea Halal

Restoren ini ada beberapa cawangan di Malaysia.
Cawangan ini ialah DubuYo Sunway Velocity Cheras.

Tagline nya ialah Urban Korean Food.
Berada di B-21 Basement Floor sebaris dengan KFC dan Manhattan Fish.
Makanan Korea

Sunway Velocity Mall ialah mall yang baru dibina.
Ianya sangat cantik dan selesa.

Bagi yang mahukan sup macam tomyam, boleh cuba Soondubu Jigae

Makanan Korea Halal

Setiap makanan dihidangkan dengan Banchan (side dish) yang berbeza setiap hari.
Banchan ini juga boleh ditambah jika mahu (free flow).
Setiap seorang juga akan dapat seaweed sup dan tahu.

Daging ialah Gogi dalam Bahasa Korea.

Makanan Korea

Ini ialah ayam goreng.
Semasa di Korea ada banyak iklan ayam goreng tapi tak halal.
Bila balik Malaysia barulah dapat makan dengan berselera.


Makanan Korea

 

Setiap kali berkunjung disini, saya akan ambil set.
Dapat semua sekali yang kita mahukan.

Set 2 orang dan Set 4 orang ni memang cukup kenyang.
Masa kami makan, Korean Spicy Wing tak ada jadi kami tukar Ramyun.
Recommended sangat kesedapannya.

Belum dapat ke Korea, makan makanan Korea dulu buat lepas rindu.

Air dalam set yang disediakan ialah Roasted Barley Tea.
Bagi saya ianya kurang manis jadi kena minta gula.
Makanan Korea

Bila dah habis makan, boleh nikmati Nokcha Bingsu ini sebagai pencuci mulut.

Makanan Korea

 

Makanan Korea

Makanan Korea turut digelar ‘Soul Food’.
Kombinasi cili, sos soya, tofu, bean paste dan yang teristimewa iaitu kimchi — memang menyelerakan!

Ia juga adalah makanan yang sihat!
Pengalaman makan di restoren DubuYo menjadi pengalaman yang menyeronokkan.
Licin pinggan mangkuk kami semua menikmati makanan korea di DubuYo!

Facebook Dubuyo boleh diikuti disini

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.