Kepentingan SEO Untuk Kedai Makan

September 19, 2022 by No Comments

Pemasaran digital telah mengambil alih setiap industri hari ini, termasuk perniagaan kedai makan juga. Walau bagaimanapun, media sosial bukan satu-satunya faktor yang menggantikan kehadiran dalam talian yang berjaya; ia mempunyai banyak aspek termasuklah Search Engine Optimisation (SEO) . Dalam artikel ini, Cik Min akan beritahu tentang kepentingan SEO untuk kedai makan.

Jika SEO restoran tuan puan dilakukan dengan baik, ia akan mendorong hasil jualan dan meningkatkan kebarangkalian tuan puan untuk ditemui oleh pelanggan yang berpotensi.

Apa Itu SEO Kedai Makan? | Kepentingan SEO Untuk Kedai Makan

Menurut Seomoz.org, SEO adalah sejenis proses optimasi enjin carian yang dilakukan ke atas laman web/blog. Apabila tuan puan melakukan carian di Internet, maka enjin carian inilah yang akan menjalankan tugasnya untuk memaparkan carian yang anda inginkan. Tugas SEO adalah memaparkan carian yang anda inginkan di Internet berdasarkan kata kunci yang dimasukkan. Salah satu syarikat enjin carian yang popular ialah Google.

Lebih optimum laman web usahawan, lebih tinggi kedudukannya pada enjin carian, dan lebih besar peluang pelanggan mencari laman web usahawan. Dengan cara ini, SEO kedai makan mendorong trafik ke laman web restoran usahawan, yang boleh membantu usahawan meningkatkan jualan kedai makan secara tidak langsung.

4 Petua Untuk Meningkatkan Strategi SEO Kedai Makan Anda | Kepentingan SEO Untuk Kedai Makan

SEO kedai makan ialah proses yang rumit, jadi banyak perniagaan memutuskan untuk mengupah agensi pemasaran atau pakar SEO untuk melakukannya bagi pihak mereka.

Walau bagaimanapun, jika tuan puan sanggup mengeluarkan modal untuk meningkatkan lagi jualan makanan tuan puan, tuan puan boleh menggunakan perkhidmatan dari Lunaworks untuk SEO kerana kami merupakan pakar dalam penulisan SEO.

Berikut ialah panduan permulaan pantas tentang cara melakukan SEO restoran untuk website tuan puan:

1. Penyelidikan kata kunci

2. SEO pada halaman (On-site SEO)

3. SEO luar halaman (Off-site SEO)

4. SEO teknikal

Jika tuan puan mahu belajar lebih lanjut tentang penulisan SEO, boleh hubungi pihak Lunaworks di sini.

Kepentingan SEO Untuk Kedai Makan
Gambar kelas SEO bersama Lunaworks.Co

Kepentingan SEO Untuk Kedai Makan

Mengapa usahawan perlukan SEO kedai makan? SEO kedai makan bermanfaat untuk usahawan kerana ia membantu usahawan untuk mendapatkan lebih banyak reach dalam kalangan khalayak yang sedang mencari tempat makan dan minum secara aktif.

Selain itu, terdapat beberapa faedah apabila SEO digunakan untuk laman web kedai makan yang mungkin tuan puan belum tahu, termasuklah:

1. Meningkatkan Trafik Ke Laman Web

Taktik SEO restoran digunakan untuk membantu website usahawan muncul dalam hasil carian. Semakin tinggi kedudukan laman usahawan, semakin tinggi kebarangkalian viewers akan melihat perniagaan usahawan apabila mereka menggunakan Google. Seterusnya, ia akan mendorong trafik ke website usahawan, di mana mereka akan melawat website usahawan untuk membaca maklumat yang diingini.

2. SEO Setempat

SEO setempat akan membantu kedai makan usahawan dipaparkan di Google dan Google Maps apabila seseorang mencari restoran di kawasan kedai makan usahawan—contohnya jika mereka mencari “Restoran Western Batu Pahat” atau “Restoran Western near me.”

Hasil SEO setempat disertakan dengan paparan Google Maps supaya pengguna boleh mencari restoran dengan mudah. Tuan puan boleh melihat hasil seperti screenshot penyenaraian Google My Business di bawah.

Di sini akan dipaparkan maklumat tentang kedai makan usahawan seperti alamat, nombor telefon, waktu operasi, website, gambar, pautan ke platform media sosial usahawan dan ulasan pelanggan.

3. Aliran Pelanggan Baharu Yang Berterusan.

Apabila kedai makan usahawan muncul di halaman 1 hasil Carian Google, sejumlah besar pelanggan baharu datang setiap hari yang seterusnya membawa kepada pertumbuhan hasil organik.

Ini adalah satu-satunya strategi pemasaran pada masa ini yang memberi usahawan pulangan maksimum, dengan petunjuk berkualiti dan kadar penukaran (conversion rate) yang lebih baik.

4. Memberi Kelebihan Utama Berbanding Pesaing | Kepentingan SEO Untuk Kedai Makan

Pasti pesaing usahawan juga sedang bergelut untuk memperoleh pelanggan secara organik, tetapi hakikatnya ialah belum semua orang memahami kepentingan SEO. Optimumkan website tuan puan dengan kata kunci popular untuk lokasi, masakan dan tawaran.

Lebih awal tuan puan melaksanakan strategi ini, lebih cepat laman web tuan puan dijumpai.

5. Meningkatkan Penjenamaan Kedai

Penyenaraian di Google menimbulkan rasa percaya kepada bakal pelanggan dan itulah asbab utama kepentingan SEO untuk kedai makan. Mereka mempercayai bahawa jenama tuan puan memberikan servis terbaik dan dapat memenuhi keperluan mereka pada masa itu.

6. Conversion rate yang kuat | Kepentingan SEO Untuk Kedai Makan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, orang ramai sedang mencari restoran yang boleh memenuhi keperluan mereka. Mereka bersedia untuk memesan makanan dalam talian. Mereka mencari hasil dan membaca ulasan pelanggan untuk membuat keputusan yang berbaloi.

Pendek kata, usahawan tidak perlu meyakinkan mereka bahawa mereka perlu memesan makanan, usahawan perlu meyakinkan mereka bahawa anda adalah restoran yang sesuai untuk memesan. Sedikit sebanyak, usahawan telah mewujudkan kepercayaan kepada pelanggan mereka.


Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Kepentingan SEO untuk Kedai Makan kali ini. Diharapkan agar artikel ini berguna untuk memberikan panduan buat para usahawan kedai makan di luar sana. Baca juga entri terbaru tentang Kenali SEO dalam Website di sini.

SUMBER:
1. Ian Naylor (2021). Restaurant SEO in 2021 : 11 Steps to Success ( Including a Best Practice Case Study ). 2020. Retrieved from https://appinstitute.com/seo-for-restaurants/
2. Now, R. (n.d.). 22 ! Increased How to Do SEO for for Online Visibility Why You Need SEO for Restaurants How to Do the Search Optimisation. Retrieved from https://www.posist.com/restaurant-times/restro-gyaan/seo-restaurants-right-way-2.html
3. Sonal Mishra (n.d.). Is SEO Important For Your Restaurant Website ? . Retrieved from https://www.restolabs.com/blog/do-you-need-seo-your-restaurant-website
4. Robinson, B. (2020). The Importance of Restaurant Lighting. Retrieved from https://rpowerpos.com/Marketing/Blog/The-importance-of-Restaurant-SEO

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.