Kelebihan Berguru Al Quran | Wajib Berguru?
Alangkah ruginya bagi seorang Muslim, Lebih-lebih lagi Muslim yang memang dilahirkan dalam keluarga Islam tidak mengambil tahu akan kelebihan berguru Al Quran. Tergeraknya Cik Lis kali ini untuk berbicara tentangnya bila terlihat post dari Beana Home Quran dengan slot terbaru mereka; selamat malam bersama Surah Al-Mulk.
Kelebihan membaca Al Quran
Bait – bait lagu nasyid dulu dulu banyak yang berbunyi “Al Quran (ooo~) Kalamullah…” Dengan pengetahuan Bahasa Arab yang sangat limited, Lis ingat Kalam itu bermaksud kata-kata. Jadi, bagi Lis dengan membaca Al Quran kita sebenarnya sedang meneliti apa yang Allah sebutkan, sebagai panduan umat Islam khususnya.
Lis percaya, ramai pembaca kita dah ada idea atau pengetahuan am kelebihan membaca Al Quran secara amnya. Tapi, tak salah kalau kita review semula sama sama kan? Lis ambil sedikit pointer – pointer ini dari pusat pengajian kelas mengaji online Beana Home Quran:
- Dapat Memberikan Darjat Yang Lebih Baik
Al Quran bertindak sebagai petunjuk dan cahaya bagi orang yang ingin kembali ke jalan kebenaran. Kitab inilah orang Islam perlu pegang dan hayati untuk dijadikan panduan hidup. Di dalam Al Quran, Allah swt berfirman:
“Dengan Al-Quran itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus”. (Surah Al-Maidah, ayat 16)
sumber: website menafsir dunia dari lensa agama islamika
- Mendapat Ganjaran Dengan Membaca Dan Mendengarnya
Firman Allah, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surat Al-A’raaf : 204)
Kenapa Perlu Berguru Al Quran?
Lis tahu mesti ramai yang tertanya kan, kenapa pulak perlu berguru Al Quran sedangkan kita boleh je baca sendiri di rumah? Okay macam ni.
Ya betul kita boleh baca sendiri di rumah tapi dalam masa yang sama kita sendiri tidak tahu sama ada betul ke bacaan kita tu? Sebutan dia betul ke bunyi macam tu? Betul tak? Haaa sebab itu la kita perlu tahu kelebihan Berguru Al Quran untuk pastikan bacaan kita lebih betul.
Orang Melayu kan, kalau ada benda yang nak ditegur, halus je caranya. Lis teringat satu pantun tentang tak ada manfaatnya kalau ilmu yang dituntut itu separuh ‘masak’.
Berburu ke Padang datar,
– Petikan dari Kurik Kundi Merah Saga, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Ehh kenapa pula ni nak kena ada orang semakkan bacaan? Saya dah lancar dah baca Al Quran. Ya, Lis tahu mesti dah ramai yang dah power baca Al Quran ni kan? Tapi apa salahnya kalau kita belajar lagi lebih mendalam betul tak?
Malah, berguru bila mengaji tu sebenarnya sangat dituntut. Lis terbaca tentang talaqqi dalam siri ke – 163 Irsyad Al Hadith dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nabi Muhammad pun berguru Al Quran dengan Malaikat Jibril. Di dalam hadith ini;
أَنَّ جِبْرِيلَ كَانَ يُعَارِضُنِي بِالقُرْآنِ كُلَّ سَنَةٍ، وَإِنَّهُ عَارَضَنِي العَامَ مَرَّتَيْنِ، وَلاَ أُرَاهُ إِلَّا حَضَرَ أَجَلِي
Maksudnya: “Jibril membacakan al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril membacakan al-Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat bahawa ajalku telah datang”. [Riwayat al-Bukhari (3353)]
Di dalam konteks ini, kita perlukan guru yang professional untuk mengaji Al Quran. Ianya adalah Sunnah. Rasulullah juga sendiri mengajar para sahabat dan mengutuskan mereka untuk mengajar di tempat lain.
Okay sekarang dah tahu kan apa kelebihan berguru Al Quran ni? Lis nak perkenalkan tuan Puan akan kelas mengaji professional Beana Online Class?
Beana Home Quran: Mengaji To Your Doorstep
Lis tahu waktu pandemik macam ni mesti Tuan Puan hanya duduk di rumah kan? Platform digitallah yang telah menjadi pilihan. Jangan risau Beana Home Al Quran ada menyediakan servis mengaji online tau!
Untuk pengetahuan Tuan Puan, Kelas ini disediakan oleh Beana Home Quran dan ia dijalankan secara online dan menggunakan pelbagai medium online seperti Whatsapp Video Call, Zoom, Skype dan banyak lagi.
Jangan risau, tutor yang akan mengajar dalam Kelas Mengaji Online Beana adalah mereka yang berpengalaman dalam mengajar Al Quran dan mereka juga perlu menjalani latihan yang kerap supaya ilmu yang mereka ada up to date dengan perkembangan semasa.
Apa Kata Pelajar Kelas Online Beana Home Quran?
Wahhh! Nampak tak betapa bagusnya Beana Home Quran ni? Banyak lagi tau testimoni positif yang diberikan oleh ibu bapa dan orang dewasa pun ada yang join kelas mengaji online dengan Beana Home Al Quran ni tau! Jangan tunggu lama lama, jum kita daftar sama sama di link bawah ni okay!