Kek Halal Damansara Ajwa Bakery dihati

February 5, 2018 by No Comments

Kedai Kek Halal Damansara Ajwa Bakery

Setiap kali tengok kek comel-comel-terus-dah-dapat-rasa-ianya-dalam-mulut, mesti terfikir perkara ni “Eh halal ke ye?” dan saya sentiasa tertanya-tanya tentang “Mana nak dapat kedai kek halal Damansara ya?”. Ianya kerana 60% bahan-bahan untuk menghasilkan kek adalah diimpot dari luar negara dan belum mendapat pengesahan Halal Malaysia jadi risau pula nak makan sebarangan kan?

 

Tapi bila dah ada Kedai Kek Halal Damansara iaitu Ajwa Bakery, memang lega rasa hati.
Saya dapat semua yang sama mahukan iaitu kek sedap – sihat- cantik dan halal. Rasa macam dalam syurga (kek!) haha.

Apakah yang membuatkan sesebuah kek itu halal?

Amboi macam dokumentari pula soalan ni kan? Tapi ianya persoalan yang penting kerana kalau ianya mudah didapati (status halal) namun masih banyak juga kedai kek yang belum ada status ini.

Yang paling mudah untuk sesebuah bakery mendapatkan status pengesahan Halal ialah mendapatkan bekalan bahan mentah dari pembekal yang ada status itu.

Artikel di Sinar Harian tahun 2015 tentang Ajwa Bakery dan Puan Dahlia pengasasnya.

Kek halal Damansara dan roti disediakan setiap hari di Ajwa Bakery!
Ianya jaminan kami di Ajwa Bakery.

Jadi kek yang kita beli untuk keluarga dan sahabat-sahabat makan bukanlah kek yang dibuat beberapa hari sebelum. Ianya kek baru yang dihasilkan dari hati di Ajwa Bakery!

Antara bahan-bahan yang diragui sumber halalnya ialah cream cheese. Ianya kerana proses fermentationnya menggunakan enzim dari haiwan jadi haiwan apakah yang digunakan adalah penting. Dan satu lagi ialah butter origins kerana ianya dari sumber haiwan juga.

Mencari yang halal itu satu keperluan kita kan dan terima kasih Ajwa Bakery kerana memudahkan untuk kami terutama yang berada di kawasan Damansara dan sekitarnya.

 

Sedapnya kek halal Damansara Ajwa Bakery!

Kek Halal DamansaraKek Halal Kuala Lumpur 1

Ada banyak pilihan kek yang membuatkan kita rambang mata dan mulut ehhhh.

Nak tengok pilihan kek halal Damansara di laman web ya! Tempah 3 hari lebih awal dari hari yang mahukan kek supaya kawan-kawan dapat menikmati kek cantik, sedap dan sihat dari Ajwa Bakery ya! Jika kek ready made yang dibuat setiap hari, 24 jam sebelum masih boleh menempahnya!

Roti pun ada di Ajwa Bakery!

Selain dari menyediakan kek halal Damansara, Ajwa Bakery juga menghasilkan roti-roti yang gebu dan sihat untuk ibu-ibu sediakan dirumah. Prosesnya penghasilan roti ini menggunakan tepung yang unbleached bermaksud ianya tidak menggunakan bahan kimia untuk bleaching proses. Susah nak dapat bakery Damansara yang kisah tentang kita kan.

Selain itu, roti-roti di Ajwa bakery juga tanpa pengawet dan tak menggunakan enhancer seperti bread improver dan bread softener.

Jadi ibu-ibu tak risau nak beri anaknya makan roti setiap hari dari Ajwa Bakery!

 

roti halal damansara

Untuk datang terus ke Kedai kek halal Damansara iaitu Ajwa Bakery, terus sahaja ke alamat ini ya!

15G, Jalan Cecawi 6/33, Kota Damansara
Petaling Jaya, Malaysia 47810

Highlights info row image012-234 0530

Untuk WhatsApp tempah kek halal Damansara, klik sahaja jika kawan-kawan menggunakan handphone untuk melayari link ini ya.

 bakery halal damansara

Follow Instagram Bakery Kota Damansara disini ya.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.