Huruf Hijaiyah Al Quran Dengan Flashcard

December 31, 2020 by No Comments

Bilakah kali pertama tuan-tuan dan puan-puan diperkenalkan dengan huruf hijaiyah dalam Al Quran?

Umumnya, semua orang tahu yang benda pertama yang akan didedahkan semasa baru mula belajar mengenal Kalam Allah adalah dengan mengenal huruf hijaiyah dalam Al Quran.

Daripada huruf Alif hinggalah ke Ya, apa yang menjadikan huruf hijaiyah ini istimewa antaranya adalah kena betul sebutan makhrajnya.

Contohnya, sebutan huruf Sin, dan Sod berbeza mengikut tempat lidah terletak dan di gigi belah atas atau bawah.

Ada juga huruf tertentu yang kita perlu tekan menggunakan kedua-dua bibir atas bawah seperti mim, ba dan wau. Namun, masih ada syarat tertentu untuk menjadikan sebutan huruf-huruf ini dibaca dengan betul.

Contoh Huruf hijaiyah: Kategori Makhraj Syafawi

Memahami cara sebutan atau tempat keluar huruf adalah penting memandangkan ianya adalah sebahagian daripada hukum tajwid. Menurut pandangan daripada pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum membaca Al Quran dengan bertajwid adalah wajib.

Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin membaca al-Quran, mempelajari ilmu tajwid yang asas adalah wajib dan ini bagi mengelakkan dari tersilap ketika membaca yang boleh membawa kepada perubahan lafaz dan makna sedangkan keduanya adalah kesalahan yang besar dalam pembacaan al-Quran.

Lis bukanlah seseorang yang terlalu tinggi ilmu bila sentuh tentang hukum tajwid, memadai sekadar perkara asas sahaja. Namun, Lis faham yang jika tersalah sebut suatu perkataan Arab di dalam Al Quran boleh membawa makna yang berbeza. Dan contoh yang paling klasik adalah apabila ejaan huruf tersebut di dalam bentuk Rumi seakan-akan serupa seperti Kalbun dan Qolbun.

Qalbun bermaksud Hati di dalam bahasa Arab

Kenapa Lis boleh teringat? Sebab ustazah dalam kelas mengaji dulu beriya-iya tunjuk dekat kita dan pelajar-pelajar lain macam mana nak sebut. Siap lukis lagi dekat papan hitam dengan kapur putih, dan ditambah warna-warna merah dan kuning kapur sebagai highlight dekat lelangit lidah, gigi dan sebagainya.

Kalau dapat belajar mengaji dengan sebutan huruf hijaiyah yang betul lebih mudah jika dapat mula dari awal lagi. Lebih seronok jika dapat bermula dari zaman kanak-kanak kerana masa inilah ilmu baru yang dituntut dapat meresap masuk dengan sangat mudah.

Zaman sekarang mungkin mencabar sedikit dengan norma baharu yang tak menentu ini. Nak berjumpa dengan kawan-kawan bersemuka pun dah susah penangan Covid 19. Sesi persekolahan anak-anak pun sepanjang tahun 2020 memang dah tak boleh bawa berbincang.

Jadi, apa lagi cara lain untuk menerapkan rasa minat dan cinta terhadap Al Quran untuk kanak-kanak yang baru nak mula mengaji?

Nak kata kelas mengaji online memang dah banyak tumbuh macam cendawan. Tapi Lis nak kenalkan tuan puan dengan sistem fun learning mengaji dengan pengenalan sebutan makhraj huruf hijaiyah yang menarik daripada Beana Home Quran.

Flashcard Huruf Hijaiyah Al Quran Beana

Terdapat 2 jenis flashcard daripada Beana Home Quran, iaitu dalam bentuk online dan juga flashcard fizikal yang sesuai dengan konsep “Fun Learning” dan “Mengaji To Your Doorstep”.

Flashcard online merupakan sebahagian atau medium daripada struktur kelas mengaji online untuk kanak-kanak secara e-Learning. Jadi, kelas mengaji online tidaklah selalunya dijalankan dengan hanya menghadap tutor sahaja, malah pelajar juga dapat berinteraksi dengan lebih aktif lagi medium funlearning berjaya menarik perhatian mereka.

Gabungan teknik Smart Jazary serta flashcard huruf juga dapat membantu kanak-kanak mengenal dan menyebut huruf hijaiyah dengan betul.

Set Flashcard huruf Hijaiyah dari Beana didatangkan dengan:

  • 33 keping kad
  • berbentuk AM Flash Card
  • Semua kad bercetak di bahagian depan.
  • Kertas keras, boleh tulis dan padam atas kad
  • Termasuk dengan huruf-huruf jawi

Harga Pasaran RM10 Sahaja untuk 1 kotak flashcard (tidak termasuk postage).

Jika tuan-tuan dan puan-puan berminat untuk mendapatkan flashcard huruf Hijaiyah ini untuk pembelajaran Al Quran, boleh tekan link ini atau mesej WhatsApp di sini http://www.wasap.my/601133314398/sayanak.

Jika berminat dengan kelas mengaji online Beana pula, tuan-tuan dan puan-puan yang berminat boleh mendapatkan butiran dengan lebih lanjut di link-link yang disediakan di bawah:

Laman Web | Facebook | Instagram | WhatsApp

Baca tentang lebih lanjut Kelas Mengaji Online Beana Online Class disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.