Dato Seri Vida Qu Puteh

  • 0
Dato Seri Vida

Dato Seri Vida Qu Puteh

Tags :

Category : Kisah Inspirasi

Kisah inspirasi Dato Seri Vida Qu Puteh

Serasanya satu Malaysia dari sekecil usia tiga sehingga orang tua mengenali Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman.

Terngiang-ngiang aksinya di kaca TV “Qu Puteh, Qu Puteh, barulah puteh” menggerakkan jarinya ke pipi kanan dan kiri.

Biarpun ramai yang mengatakan ianya agak ‘kelakar’ namun dari segi pemasaran, ianya teknik yang berkesan! Mendapat tempat di hati semua rakyat Malaysia, haaa…tak ramai yang dapat buat macamtu dalam masa yang singkat kan?

Dato Seri Vida

Dalam usia 44 tahun, Dato Seri Vida adalah kesayangan ramai. Dengan dialek pekat Kelantannya, beliau bangga menuturkan kata-kata inspirasi kepada semua.

Sebelum ini saya melihat beliau di kaca TV sewaktu beliau menaja rancangan TV (dan berlaku adegan berebut microphone haha).

Kali ini bila melihat beliau diatas pentas, di luar sedar saya pun ber “I am Me” bersama.

Perkongsian Dato Seri Vida ini saya kongsikan sebagai inspirasi kepada kawan-kawan ya.

Pertama #1
Jangan Mengalah.

Umum mengetahui betapa kayanya beliau dan memiliki rumah banglo mewah dengan pelbagai barang kemas.

Cerita di sebalik peritnya sewaktu dia mendaki untuk memiliki apa yang dimahukan hari ini, dilalui seorang diri.
Beliau pernah kehilangan dua orang anak dalam satu tragedi kebakaran.
Pernah ditipu dalam perniagaan dan juga kehilangan harta benda.

Darah Cik Siti Wan Kembang katanya takkan pernah mengalah.

Biarpun nampak macam bergurau, dan setiap bait katanya adalah comel melampau tapi beliau serius dalam mesejnya.

 

Kedua #2

Be brave, be bold.

Lebih kurang maksudnya, jangan takut.
Beliau mencuba segala-galanya. Meniaga, naik pentas, berucap, menyanyi dan sekarang menerbitkan Youtube sendiri untuk syarikat rakamannya.

Video lagu pertama wanita hebat ini iaitu ‘I am Me’ yang diupload di Youtube KRU telah ditonton sebanyak 5,894,750 views sehingga hari ini.

Dikatakan sekarang, beliau sedang menulis buku beliau.
Apakah yang beliau cari? Kongsi beliau dari atas pentas – beliau mencabar dirinya sendiri dari perasaan takut.

Saya sendiri turut tertawa apabila Sifu Jamal (FB Ads) mengusik Dato di atas pentas mengenai wajah beliau menjadi iklan sebagai ais kacang. Mahkotanya umpama percikan susu Dairy Champ.Dato Seri Vida

Iklan ini terpampang di signboard di tepi lebuhraya.

Dan saya malu (sendiri) apabila Dato Seri Vida menjawab, beliau melakukan ini semua kerana menghargai apa sahaja idea kreatif oleh anak bangsa.
Bukan kerana duit ataupun mahu glamour. Ini waktunya kekreatifan diraikan.

Kita perlukan lebih ramai insan sebegini di Malaysia dan salah seorang daripadanya ialah diri kita sendiri!

Diceritakan didalam sebuah akhbar, beliau datang dari keluarga yang susah yang kehilangan ayah sebagai tempat bergantung semasa masih kecil.
Ibunya berusaha tulang empat kerat membesarkan beliau dan dua orang adiknya.

Menyedari kesusahan ibu, beliau menjual kacang dan nasi bungkus di sekolah untuk menampung pendapatan.

Melanjutkan pelajaran ke USM dalam bidang Kesusasteraan Bahasa, minat berniaga diteruskan.
Kali ini beliau berniaga kain pasang dan juga keropok kepada kawan-kawan sekuliah dan juga pensyarah.

Dalam masa yang sama beliau bekerja di kilang berhampiran universiti dan juga pernah bekerja secara part-time di restoren makanan segera.

Selepas habis belajar, beliau ditugaskan mengajar di SJK (C) Poi Lam di Ipoh.

 

Minat sungguh berniaga, beliau membuat pinjaman bank sebanyak RM100,000.
Dengan gaji RM3000, beliau perlu membuat bayaran pinjaman sebanyak RM2000 termasuk bayaran kereta dan keperluan harian.

Kesemua wang pinjaman digunakan untuk menyewa sebuah lot kedai sebagai pusat kecantikan (beauty salon).

“Kelakar sangat ketika itu, salon nya dah ada tapi barang-barang pula tak ada”
Ternyata RM100,000 belum cukup untuk membuka sebuah kedai!

Beliau mencari wang lebih dengan cara berniaga di pasar malam untuk membeli stok barang di salonnya.
Apa sahaja akan dilakukannya — jangan putus asa!

12 tahun bertugas sebagai guru dan beliau berhenti kerja.
Selepas itu beliau bekerja di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) mengajar mendandan rambut dan merias wajah.

Sebagai tenaga pengajar, beliau merasakan aktiviti memotong rambut dan mencuci muka (facial) sesama pelajar adalah belum mencabar.

Cabaran yang diberikan kepada pelajar ialah berbekalkan sebuah kerusi RM15, pelajar perlu memotong rambut dan membuat facial kepada pelanggan di pasaraya secara PERCUMA!

Permintaan sangat bagus ketika itu dan pelanggan mula bertanyakan dimana mereka boleh mendapatkan produk yang digunakan untuk membuat facial itu.

Daripada situlah timbul idea untuk memiliki rangkaian produknya sendiri iaitu VIDA BEAUTY….

 

Perkara ketiga yang saya pelajari #3
Penuhkan hati dengan kasih sayang

Dalam gurau dia berkata “Dalam lagu saya ada ayat I am pretty, I am beautiful”
Walaupun orang kata saya tak beautiful pun? Tapi saya mahu kecantikan hati saya dilihat oleh semua orang.

Muah muah muah dalam lagu saya ialah tanda kasih sayang saya kepada semua.
Saya mahu ianya sampai kepada semua rakyat Malaysia dan satu dunia.

Kita perlukan lebih kasih sayang untuk disebarkan dan dikongsikan sesama kita kan?

Ini video Dato Seri Vida ketika program bersama Sifu Jamal Missing Chapter pada Ogos 2017. 

Untuk menonton video penuh I am Me Dato Seri Vida disini

Kisah Ustaz Ebit Liew disini


Log out of this account

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.