LunaStory.com

Blog Malaysia

 
  • Home
  • Blogger Review Filem Malaysia
  • Blog
  • Advertorial
  • Retail
    • Restoren
Menu
  • Home
  • Blogger Review Filem Malaysia
  • Blog
  • Advertorial
  • Retail
    • Restoren
  • Ebit Liew : Seorang Da’ie Yang Menginspirasi

    ebit liew

    Perkongsian tentang ilmu ustaz Ebit Liew

    Sebelum ini saya mendengar tentang beliau di IKIM.fm dan membaca tulisan Ebit Liew di Facebook.
    Kali pertama menghadiri sesi 2 jam mendengar kata-kata beliau secara live sewaktu menghantar Zikry ke kem.

    Saya catatkan buat perkongsian bersama kawan-kawan.

    Sebelum itu, siapakah Ebit Liew?

    Nama penuh beliau adalah Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau. Masa kecil katanya dia bangga ingatkan saudara mara Nanyang Siang Pau!

    Mempunyai 12 orang adik beradik, 6 Buddha dan 6 Islam.
    Ayahnya juga berbangsa Cina.

    Ayahnya pernah bernikah dengan wanita Cina dan mempunyai 6 orang anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama. Kemudian mereka bercerai.
    Seterusnya, beliau bertemu jodoh dengan seorang wanita beragama Islam lalu menukar agamanya kepada Islam. Namun begitu ,mereka sekeluarga jauh dari Islam, tidak mengamalkan ajaran Islam.

    ebit liew

    Ketika Ebit Liew kecil

    Beritahu ustaz Ebit Liew ketika kecil, beliau tidak dibesarkan dengan ajaran Islam sepenuhnya.
    Di sekolah juga, dia seorang murid yang nakal, selalu mencari pasal dan menjadi murid yang tidak digemari oleh guru-guru. Nakal sangatlah pendek katanya.Hinggalah pada suatu hari, ketika berusia 12 tahun, seorang guru matematiknya telah berjaya mengetuk pintu hatinya berkaitan tentang tak solat dan membuatkan dia menangis dan menginsafi dirinya .

    Alhamdulilllah, berkat usaha guru itu dan izin Allah, dia yang tak pernah solat mula belajar solat dan mendekati Allah. Tidak setakat itu, perubahan Elbit Liew rupa-rupanya bagai suatu ‘pembuka’ yang seterusnya mendorong seluruh keluarganya, termasuk ibu dan ayahnya juga mendekati Islam. SubhanaAllah.

    Kini beliau menjadi seorang penceramah yang sangat di segani, ramai yang sangat suka bila mendengar cerita Ustaz Ebit Lew lagi-lagi soal Rasullulah. Cerita yang di bawakan jelas dan penuh pengajaran di samping di selitkan unsur-unsur jenaka.

    – Dari laman blog www.akupenghibur.com (dan saya tambah sedikit-sedikit)

    Nota yang saya salin dalam kertas namun dipindahkan ke blog untuk perkongsian.

    Bagaimanakah ciri seorang pemimpin

    Ini kisah Rasulullah dan Abu Hurairah. Dalam kelaparan, susu ada hanya sedikit. Abu Hurairah enggan minum susu tersebut. Nabi suruh juga Abu Hurairah minum sampai kenyang.
    Dalam rasa serba salah, Abu Hurairah menuruti permintaan Nabi.

    Begitulah ciri seorang ketua. Jika waktu makan, beri orang lain dahulu.
    Jika bahaya dan susah, Nabi akan berada di hadapan.
    Dua-dua dalam kelaparan, namun Nabi dahulukan Abu Hurairah.

    Nabi ajar makan berjemaah – makan dalam dulang. Ianya sunnah.
    Suami suap isteri dapat pahala macam bersedekah. Begitu juga bila suap anak-anak.

    Sunnah makan bersuap. Ia jadi syifa (penawar). Benda baik disebelah kanan. Masuk rumah beri salam.
    tutup telefon, berbual dengan mak ayah. Orang yang meluah perasaan akan rasa tenang.
    Berdisiplin untuk simpan phone atau charge sewaktu dirumah.

    Sayangilah ibubapa – Ebit Liew

    Berkhidmatlah untuk mak dan ayah selagi mereka ada usia.

    Picit kaki dan cium kaki mereka.
    Orang yang paling baik pada mak dan ayah ialah orang Islam. Semakin kita kenal Allah, kita akan semakin sayang mak dan ayah.

    Bila kita basuh berak anak, kita selalu doa supaya anak anak kita sentiasa terpelihara walaupun jika kita tiada.
    Dan bila kita basuh berak mak, kita doa supaya Allah ampunkan dosa mak ayah kita.

    Bagaimana nak berjiran dengan Nabi?

    Bagaimana jika kita nak rumah kita di akhirat nanti dekat dengan Nabi dalam syurga?

    Yang pertama —
    Berakhlak dengan baik.

    Dunia ini boring. Hari-hari baju sama, kita akan rasa bosan. Tapi bila dalaman kita rasa bahagia, kita akan rasa gembira dan nikmat bertambah-tambah.
    Syurga akan dikongsi dengan pasangan hidup dan bukan mak atau ayah. Syurga paling kecil 10 kali dunia dan pintunya dikatakan sangat indah. Itu baru pintu, belum ruang tamu!

    Yang kedua —
    Buat baik dengan pasangan.

    Ramai orang baik dengan orang lain tapi bukan dengan pasangan. Kita tak kesian pada pasangan.
    Isteri atau suami ni pinjaman dari Allah. Kita mudah naik marah dengan ahli keluarga.
    Sebab itulah susah nak buat baik dengan pasangan ni sebenarnya. Allah tahu ia susah.

    Orang yang paling baik ialah orang yang baik dengan keluarga.

    Jika bapanya lembu, anaknya juga lembu.
    Islam bukan agama yang menyuruh anak atau suami tapi mengajak melakukannya bersama.
    Macamana diri kita, begitulah cucu cicitnya.
    Akhlak — sifat ini menurun.
    Jangan risau anak tak dengar cakap kita kerana dia sedang melihat perbuatan kita.

    Pintu agama sebuah keluarga ialah ayah.
    Pintu agama kepada anak-anak ialah ibu.
    Nabi Nuh berdakwah 950 tahun. Semasa bahteranya terapung, Nuh lihat anaknya mencari perlindungan.
    Beliau pujuk anaknya untuk naik bot bersama-sama.
    Anak kaya, mak kata ada bukit tinggi disana yang boleh dipanjati.
    Isteri Nabi Nuh tidak menyokong perjuangan beliau.

    Usah tinggal solat. Satu waktu solat bersamaan 80 tahun di neraka.

    Membesar sebagai anak-anak, mereka boleh tidak cukup duit atau tidak cukup makan.
    Asalkan ibu dan ayahnya tidak bergaduh dihadapan anak-anak.
    Ianya kasih sayang yang besar efeknya kepada emosi mereka.

    Allah yang bawa kita kemari.
    Allah yang bawa kita sujud didahi.
    Dia sayang pada kita. Dia mahu beri kita syurga.
    Syukur dapat hidup dan mati didalam Islam.

    Bacalah kalimah Bismillah dan didalamnya penuh maksud Allah sayangkan kita.
    Dia sahaja yang tahu apa didalam hati kita.
    Sebut selalu dengan nama Allah, saya serahkan semua urusan.

    Bila Allah ambil, Dia sentiasa gantikan dengan lebih baik.
    Macam kisah cinta Hafsah binti Umar yang dirisik Nabi Muhammad selepas suaminya meninggal dunia didalam perang.
    Dia dapat lelaki yang paling baik.

    Jangan pernah putus asa. Nabi Ibrahim dapat anak sewaktu usianya 70-an dan anaknya seorang hamba yang soleh iaitu Nabi Ismail!
    Nabi Zakarian mempunyai anak ketika usia 80-an.
    Nah mereka pun tak pernah putus asa kan — ujar Ustaz Ebit Liew menghabiskan perkongsian.


    Apa yang saya pelajari

    Banyak yang saya pelajari sepanjang mendengar perkongsian Ustaz Ebit Liew.
    Ada suara yang berkata — Ebit Liew bukan terus-terus jadi begini. Beliau melalui banyak perkara dalam kehidupannya.
    Pernah suatu ketika ceritanya ketika ibunya sakit, dia tidak dapat menjaga ibunya.

    Ebit Liew mintamaaf dengan ibunya. Katanya “Mak, Ebit minta maaf tak jaga mak. Ebit belajar Mak”
    Ketika itu beliau masih belajar dan dapat pulang hanya sekali sekala tambahan lagi kekangan kewangan.
    Dalam senyuman, ibunya menjawab “Tak apa Ebit, bila mak sakit, ada abang Ebit yang bantu Mak. Tapi kalau Ebit tak buat apa yang Ebit buat sekarang, nanti siapa nak sambung perjuangan Rasulullah untuk berdakwah?”

    Ianya kisah yang menginspirasikan buat saya.
    Kita ibu kerana bukan anak itu milik kita.
    Kita seorang ibu kerana tugasan kita untuk mendidik generasi seterusnya untuk terus berdakwah dan mengajak kita saling berkasih sayang.
    Ameen.

    Layari laman web perkongsian tentang penyusuan susu ibu di Lunatots.

    Nak kongsikan dengan kawan?

    • Click to share on Facebook (Opens in new window)
    • Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
    • Click to share on Twitter (Opens in new window)

    December 28, 2016 / Cik Luna / 1

    Categories: Kisah Inspirasi

    Tags: ebit liew, Inspirasi

    Panjat pokok : Perkara yang jarang dilakukan Projek Batch#1 Telekung Wakaf untuk Jepun

    One thought on “Ebit Liew : Seorang Da’ie Yang Menginspirasi”

    • Raymond says:
      February 17, 2020 at 10:24 am

      Ebit Lew anak ke-10, ibunya isteri kedua.
      Ibu beragama islam.

      Reply

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tentang LunaStory.com

Lunastory.com adalah sebuah blog oleh kumpulan penulis dan blogger Malaysia mengenai lifestyle, produk dan servis yang ditulis untuk berkongsi manfaatnya kepada pengguna Internet di Malaysia.

Ditulis dalam Bahasa Melayu dan berpengalaman selama hampir 20 tahun dalam penulisan blog dan SEO.

Blog ini mempunyai servis untuk menulis mengenai produk dan events yang bersesuaian.

Sebarang pertanyaan untuk quotation servis boleh emel ke lunastory.com@gmail.com

Facebook Page

Facebook Page

Arkib Artikel

  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • December 2016

Top Posts & Pages

  • Petua Sambal Tahan Lama Daripada Seri Nenda |PeDAS
  • Resepi Ayam Penyet yang Mudah disediakan
  • Harga Poslaju : Senarai Harga Kotak dan Sampul Poslaju yang Terkini
  • Ebit Liew : Seorang Da'ie Yang Menginspirasi
  • Cara Tukar Kad Pengenalan Baru
  • Pati Delima Organik Terbaik Dunia - Olive House
  • Cara Buat Baja Organik - Penyediaan Bekas Sisa Makanan
  • Review Filem Motif
  • Tips Membuat Kuih Frozen | Aizan:PeDAS
  • Hati-Hati Ubat Kurus Online - Sila Ambil Perhatian!
Milk Booster

Categories

  • Advertorial
  • Akaun
  • Aktiviti Parenting
  • Bakery
  • Beauty
  • Blog
  • Charity
  • Event Management
  • Hiking /Trailing
  • Hotel
  • Kisah Inspirasi
  • Lunakids
  • Malaysia
  • Morocco
  • Online Marketing
  • Parenting Tips
  • Penulisan
  • Places
  • Poslaju
  • Produk Kesihatan
  • Resepi
  • Restoren
  • Retail
  • Review Filem
  • Selebriti
  • Sports Massage
  • Tips
  • Travel

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 3 other subscribers

 

Statistik

Total7797569720
Today22
This Week29211995
This Month105752987

Artikel Terkini

  • Huruf Hijaiyah Al Quran Dengan Flashcard
  • Kelas Mengaji Online Beana Online Class
  • Neelofa Dirisik PU Riz dan Pelancaran Susu Perisa Mangga
  • Review Mael Totey The Movie
  • Kelas Mengaji Personal Kanak-kanak Dan Dewasa
  • 5 Tempat Makan Viral di Johor Bahru 2020 – Mesti Rasa Kalau ke JB

Pages

  • Blog Review Filem Malaysia
  • Kelas Belajar SEO

Categories

  • Advertorial
  • Aktiviti Parenting
  • Bakery
  • Beauty
  • Blog
  • Charity
  • Event Management
  • Hiking /Trailing
  • Hotel
  • Kisah Inspirasi
  • Lunakids
  • Malaysia
  • Morocco
  • Parenting Tips
  • Penulisan
  • Places
  • Poslaju
  • Produk Kesihatan
  • Resepi
  • Restoren
  • Retail
  • Review Filem
  • Selebriti
  • Sports Massage
  • Tips
  • Tips Perniagaan
    • Akaun
    • Online Marketing
  • Travel

Copyright © 2017 Luna StoryTheme created by PWT. Powered by WordPress.org