Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan

January 27, 2023 by No Comments

Kerajaan Negeri Sembilan akan meneruskan inisiatif permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bagi tahun 2023, dengan jumlah nilai sebanyak RM3 juta. Inisiatif ini merupakan usaha kerajaan Negeri Sembilan untuk tahun kelima pada tahun ini bagi membantu usahawan kecil di Negeri Sembilan.

Apa itu Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan?

Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) merupakan usaha kerajaan kepada penjaja kecil di Negeri Sembilan dengan bantuan pembiayaan sebanyak RM3000 sehingga RM15,000. Tujuan bantuan ini adalah untuk menambah lebih ramai usahawan pada skala kecil dengan pemberian inisiatif tersebut.

Bukan itu sahaja, objektif bantuan ini juga adalah untuk meningkatkan taraf perniagaan sedia ada usahawan ke tahap yang lebih tinggi, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di Negeri Sembilan.

Jenis Bantuan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan

Terdapat beberapa jenis bantuan yang ditawarkan iaitu TUNS dan TUNS Plus. Berikut adalah penerangan jenis bantuan yang diberikan:

1. TUNS

TUNS merupakan geran yang diberikan maksima sehingga RM3,000 dan disasarkan kepada para penjaja kecil. Untuk setiap permohonan, penerima yang berjaya juga tidak perlu membuat pembayaran semula kepada Kerajaan Negeri Sembilan.

Permohonan dibuka pada 16 Januari 2023 mengikut syarat-syarat permohonan yang perlu dipatuhi seperti berikut:

  • – Warganegara Malaysia dan anak Negeri Sembilan/ pengundi di Negeri Sembilan.
  • – Pendaftaran perniagaan di SSM sebelum 1 Oktober 2022.
  • – Penjaja atau peniaga kecil yang mencatatkan jualan kurang daripada RM100,000 setahun.
  • – Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.
  • – Tidak berstatus muflis.
  • – Tidak pernah menerima TUNS.

2. TUNS Plus

Manakala untuk bantuan TUNS Plus pula, ia merupakan pinjaman tanpa faedah yang berjumlah sehingga RM15,000 dan disasarkan kepada usahawan mikro di Negeri Sembilan. Setakat tahun 2021 sehingga tahun 2022, seramai 417 usahawan mikro telah menerima manfaat TUNS Plus ini.

Bagi tarikh permohonan TUNS Plus ini, ia bermula pada 3 April 2023. Usahawan perlulah mematuhi syarat-syarat permohonan berikut bagi memastikan kelulusan permohonan seperti berikut:

  • – Warganegara Malaysia dan anak Negeri Sembilan/ pengundi di Negeri Sembilan.
  • – Pendaftaran perniagaan di SSM sebelum 1 April 2022.
  • – Berstatus Mikro yang mencatatkan jumlah jualan kurang daripada RM300,000 setahun.
  • – Berumur di antara 21 – 55 tahun.
  • – Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.
  • – Beroperasi di premis/tapak perniagaan & mempunyai lesen/ permit PBT.
  • – Akaun perniagaan yang sah dan aktif sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • – Tidak berstatus muflis.
  • – Tidak pernah menerima TUNS Plus.

Cara Memohon

Tuan puan boleh mendapatkan borang permohonan dengan melayari laman web Tabung Perbadanan Usahawan Negeri Sembilan melalui link ini, Mohon TUNS.

Setelah permohonan diluluskan, pemohon perlulah membuat pembelian seperti yang diluluskan dan menyerahkan resit kepada urus setia dalam tempoh satu bulan. Jika pemohon gagal bertindak sedemikian, pemohon berisiko untuk disenarai hitam dari sebarang bantuan oleh Kerajaan Negeri.

Inginkan Mendapatkan Pertanyaan dan Maklumat Lanjut?

Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)

Alamat: 23h, Jln Zaaba, Bandar Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.
No tel: 06-601 5686
Laman web: TUNS

Jadi, tuan puan tunggu apa lagi? Jom rebut peluang ini sebagai medium untuk membantu kembangkan lagi perniagaan anda. Bak kata pepatah, “Hasil tidak akan mengkhianati usaha.” Semoga berjaya!

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan”. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.