Crispy Peria Berperisa Wanz Bites |PeDAS

February 18, 2020 by No Comments

Siri usahawan PeDAS ini diteruskan lagi dengan artikel keduaCrispy Peria Berperisa Wanz Bites |PeDAS.” Buat pembaca Crispy Peria Berperisa Wanz Bites dan bagi yang baru pertama kali mendengar tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membaca sedikit penerangan tentangnya di nota kaki artikel ini di bawah nanti.

Terlepas membaca artikel pertama siri usahawan ini? Anda boleh membaca profil usahawan ini di link di bawah ini ya.

Entri pertama|| Wanz Bites: Pengusaha Kerepek Peria Pahang |PeDAS


Perihal Peria

Peria dan Pahit berpisah tiada. Orang putih pun panggil peria sebagai bitter melon. Ada juga versi lain; bitter gourd. Yang pasti, bitter [pahit] itu ada.

Crispy Peria Berperisa Wanz-1

Walau pahit macam mana pun, kalau pandai masak peria ni, akan jadi sedap dan berkhasiat juga. Ada bermacam-macam resepi peria untuk anda berperang di dapur. Google sahaja.

Tapikan, dah berpuluh cara dan resepi peria yang kita dah penat sediakan, anak-anak kecil masih tak mahu sentuh masakan kita. Lalu larinya si tukang masak ke bucu katil, sendu mengadu di bantal dek pilu. Eh. (。ŏ_ŏ)

Bukan kata budak-budak sahaja, ada juga orang baya-baya Cik LIS pun tak suka hidangan peria juga, walaupun tahu khasiat yang ada padanya. Cumanya, orang dewasa play it cool – telan je, kesian kat si tukang masak. Sebabnya satu sahaja – RASA PAHIT.

Jadi, penyelesaiannya?

Crispy Peria Berperia Wanz Bites

Kalau dalam bentuk kerepek berperisa, mesti budak-budak suka punya lah. Bukan kata budak sahaja, orang tua macam Cik LIS pun suka (*≧▽≦)

Ada 5 perisa Crispy Peria Berperisa Wanz Bites yang viral di pasaran – original, spicy, salted egg, cheese, dan kari!


Kata peminat, rata-ratanya puji produk ini sedap dan hadap sampai licin! Testimoni dipetik dari Facebook rasmi Wans Har Enterpise:


Terliur nak krup krap krup krap dengan kerepek ini? Dapatkan stok anda dari link-link berikut:

Facebook – link

Instagram – link

WhatsApp – link

Alamat kedai:

KAMPUNG BUKIT BETONG,
27200 KUALA LIPIS, PAHANG.

Nak order kat Shopee pun boleh ni haa! – link

Crispy Peria Berperisa Wanz-2

Dah bersedia nak cuba kerepek selain daripada kerepek peria? Jom cuba kerepek bayam pula! Reviu tentang kerepek bayam di link dibawah ya (。•̀ᴗ-)✧

Entri ketiga|| Wanz| Bayam Brazil Goreng Rangup |PeDAS


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.