Ceriakan Rumah Terbuka Bersama KidsterActive

May 11, 2023 by No Comments

Raya kan sebulan! Jadi tak terlambat untuk tuan puan menganjurkan majlis rumah terbuka di saat ini. Sudah pasti tuan puan ingin mengusahakan majlis yang dapat menggembirakan tetamu dan anak-anak. Oleh itu, ceriakan rumah terbuka bersama KidsterActive hasil cetusan idea dari usahawan yang kian melonjak naik, Puan Elis Suhaili.

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dianjurkan bagi memeriahkan lagi mood para tetamu yang hadir. Dengan lebih banyak aktiviti tambahan, ia sudah pasti dapat menjayakan aura rumah terbuka di mata para tetamu, sekali gus dapat memberikan kepuasan hati.

Di sini, KidsterActive menawarkan servis hiburan kanak-kanak yang pasti dapat mengukir senyuman kebahagiaan anak-anak dan mencipta momen yang mereka tidak akan lupakan.

Sewa Bouncy Castle KidsterActive

Ceriakan Rumah Terbuka Bersama KidsterActive

Sekiranya tuan puan mahu mengadakan majlis rumah terbuka mahupun majlis sambutan hari jadi anak-anak boleh dapatkan servis rental atau sewa Bouncy Castle. Memang terbukti dapat menggamatkan lagi suasana rumah terbuka.

Untuk tuan puan yang ingin mendapatkan servis sewa Bouncy Castle di sekitar Lembah Klang, Cik Min sarankan untuk mengambil khidmat daripada KidsterActive dalam memeriahkan lagi rumah terbuka tuan puan. KidsterActive menyediakan perkhidmatan sewa Bouncy Castle Malaysia sejak 2012 dan sangat dipercayai dalam memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan.

Harga sewa Bouncy Castle yang ditawarkan pun adalah serendah RM350 sahaja. Sangat-sangat berbaloi dan dapat menambahkan keceriaan anak-anak sewaktu rumah terbuka.

Sewa Maskot Didi & Friends | Ceriakan Rumah Terbuka Bersama KidsterActive

Ceriakan Rumah Terbuka Bersama KidsterActive

Anda pernah mendengar tentang Didi & Friends? Didi & Friends yang merupakan siri animasi buatan Malaysia yang disukai ramai kanak-kanak. Pada pendapat Cik Min, hiburan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan menjemput maskot Didi & Friends untuk membuat kemunculan di rumah terbuka tuan puan.

Cik Min yakin, dengan kemunculan Didi & Friends ini, pasti dapat lebih ramai kanak-kanak akan lebih teruja hadir bersama ibu bapa mereka ke majlis rumah terbuka. Yelahkan, bukan mudah nak jumpa karakter animasi kegemaran mereka secara depan mata.

Ia merupakan impian buat mereka untuk menyanyi, menari dan beraktiviti bersama maskot Didi, Jojo dan Nana dengan lagu dan gelagat lucu. Malah, tuan puan pun boleh turut sama bergembira dengan anak-anak ceriakan rumah terbuka bersama KidsterActive.

Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang Servis Rumah Terbuka Bersama KidsterActive?

Haaa, menarik kan? Semua jenis aktiviti yang KidsterActive tawarkan sememangnya tepat untuk pelbagai jenis tema rumah terbuka. Jadi, tunggu apa lagi?

Jika tuan puan berminat untuk menyewa Bouncy Castle dan maskot Didi & Friends, tuan puan boleh layari laman rasmi KidsterActive dan lihat katalog penuh mereka di sini.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Ceriakan Rumah Terbuka Bersama KidsterActive”. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.