Cara Guna Touch n Go Apps TGV

November 9, 2019 by No Comments

Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara guna Touch n Go Apps untuk beli tiket TGV Cinemas. Sekarang ni beberapa TGV dah tak buka kaunter untuk beli tiket jadi kita kena terus ke mesin.

Pertama kali guna mesin untuk beli tiket di TGV ni gabralah juga sebab kalau di kaunter boleh tanya soalan tentang promosi. Tapi kalau di mesin macamana nak tanya kan?

Semalam dua kali dalam sehari kami menonton movie bagi tujuan review LunaStory. Kali pertama guna mesin ni tak tahu nak dapatkan promo Touch n Go Apps.

Kali kedua beli rasa tak puas hati sebab nak beli yang twinseat tu RM17 satu seat. Kalau dua orang dah RM34. Tapi kalau guna Touch n Go Apps baru RM10 seorang. Dapatlah jimat RM14 dan boleh beli popcorn duit tu kan.

Tak puas hati punya pasal, kami tanyalah pada adik yang kerja di sini. Dia besar hati je nak bantu. Kerja dia pun lagi senang kalau kita pandai guna mesin. Lepas tu pula tulis kat blog untuk orang lain pandai cara guna Touch n Go Apps di TGV.

Jadi langkah-langkahnya kami kongsikan disini ya.

Langkah Pertama Cara Guna Touch n Go Apps untuk Beli Tiket TGV Cinemas

Install Touch n Go apps terlebih dahulu di telefon kita. Masukkan details yang perlu.

Lebih mudah jika kita buat auto reload jadi bila baki kita semakin kurang, ia akan auto topup.

Touch n Go Apps ini juga kita guna untuk RFID setiap kali lalu di tol. Lain kali kita cerita tentang RFID ini ya.

Langkah Kedua Guna Touch n Go Apps untuk Beli Tiket TGV Cinemas

Cara Guna Touch n Go Apps
Klik pada bahagian Pay

Sebelum tu pastikan baki kita mencukupi terlebih dahulu maksudnya lebih dari amount barang yang kita mahu beli.

Kemudian klik pay.

Hanya letakkan QR Code yang keluar berhampiran dengan tempat yang diarahkan bagi tujuan scanning.

Bayaran akan ditolak dan resit akan keluar tanda transaksi berjaya.

Tonton video YouTube di bawah untuk lebih faham ya. Like dan Subscribe channel LunaStory.com

Ikut sahaja step yang LunaStory tunjukkan ya

Baca review filem Hero disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.