Cara Buat Baja Organik – Penyediaan Bekas Sisa Makanan
Satu hari semasa sedang skrol FB, lalu cara buat baja organik di Thailand yang menunjukkan bagaimana penduduk kampung tersebut menyediakan bekas untuk sisa makanan mereka.
Menarik kan? Cara buat bekas buang sisa makanan. Dalam gambar diatas, penduduk kampung guna tong sampah dan bekas berjaring yang besar untuk penduduk kampung buang sisa makanan. Namun untuk sekeluarga seperti kita dengan jumlah penghuni rumah tak sampai sepuluh orang, bakul sampah kecil dan baldi sudah memadai.
Lagipun tak dapat bayangkan berapa dalam yang perlu dikorek untuk memasukkan bekas berjaring tersebut.
Langkah Pertama : Penyediaan Langkah Pertama Cara Buat Baja Organik #1
Beli Barang yang DiperlukanKami beli barang-barang yang diperlukan di Kedai RM2.10 berhampiran. Barang diperlukan ialah 1 bakul sampah, 1 baldi hitam, cable tie, gergaji kecil (jika belum ada).
Kos dalam RM8.40 untuk 4 barang ini. Ianya tak campur kos driller yang memang sudah ada dirumah.Ini adalah cable tie
Gambar dari tepi : Cara Buat Baja OrganikLangkah Kedua Cara Buat Baja Organik #2
Buat Bukaan Bawah BaldiRujuk gambar diatas ya dimana bukaan bawah baldi menjadi bahagian atas compost bin kita ini.
Gambar dari bahagian atas compost bin Langkah Ketiga Cara Buat Baja Organik #3
Korek Tanah untuk Masukkan Separuh BahagianBukan senang nak korek tanah ni kan jadi kami buat batas. Compost bin ini diletakkan diantara dua batas. Jadi ini dapat buat baja organik berterusan sebagai bekalan kepada pokok-pokok sayur kami.
Compost bin dimasukkan kedalam batas sayur Sisa makanan akan dimasukkan ke dalam compost bin ini Saya kongsikan bagaimana anak-anak memasukkan sisa makanan setiap hari kedalam compost bin untuk tips cara membuat baja organik.
Bila kami kongsikan gambar bayam yang gemuk-gemuk dan tinggi lampai ini di Facebook, ramai yang minta gambar dan cara buat compost bin ini jadi kami kongsikan dalam post ini.
Ini entri Puan Suraya Ali didalam FB beliau:
Ini sayur bayam yang benihnya dibeli di Mr DiY dan sekarang dah setinggi pinggang saya! Tanam terus atas tanah. Sisa-sisa makanan akan dibuang setiap hari ke dalam tong di bahagian tepi batas.
Tong itu ada dua bahagian. Bahagian bawah ialah tong sampah yang diikat bersama dengan baldi. Bahagian belakang baldi dipotong dengan gergaji untuk buat penutup supaya setiap kali buang sisa makanan, ianya boleh ditutup semula untuk elakkan kucing dan lalat.
Bahagian tong sampah lah yang di tanam di dalam tanah.
Kalian cubalah bayangkan ya.Setiap pagi sebelum keluar mesti siram pokok atau minta bantuan anak-anak.
Begitu juga waktu petang.
Menginjak ke bulan ketiga umur mereka, dah beberapa kali juga dituai.Dalam banyak-banyak benih sayur yang kalian mahu cuba tanam, pilih bayam, kangkung dan pak choy.
Ianya paling mudah tumbuh dan besar.Dua minggu sekali saya tabur baja sambil mendoakan kesejahteraan mereka.
Modal:
Benih RM1.60 untuk setiap jenis sayur
Tong sampah RM2.10
Baldi hitam RM2.10
Baja RM2.10
Pengalaman dan kepuasan adalah priceless. Tiada harga.Tips tambahan dalam penyediaan compost bin untuk cara buat baja organik:
Pertama #1
Semasa gergaji bahagian belakang baldi, mesti selari tak boleh bengkok-bengkok supaya tiada ruang untuk lalat atau serangga lain masuk.Kedua #2
Semasa tanam bakul sampah tersebut pastikan keseluruhan bakul masuk ke dalam tanah dan tiada ruang keluar kerana bimbang boleh dimasuki lalatKetiga #3
Untuk bukaan baldi bahagian atas, pastikan tenaga kucing tak mampu membukanya. Apabila hujan akan ada air yang bertakung, namun compost bin ini dibuka tutup setiap pagi dan petang jadi air tak bertakung lama.Keempat #4
Taburkan effective microbes (EM) yang boleh dibeli di nursery pokok. Gula merah juga membantu kompos atau baja organik cepat terhasil.Kelima #5
Tabur racun siput babi disekeliling batas untuk mengelakkan serangan serangga dan untuk bahagian daun, kami buat racun organik daripada cili padi dan sabun basuh pinggan.Selamat mencuba.
March 8, 2019 / Cik Luna / 0
Categories: Lunakids
Tiada Tajuk Filem Terbaru Mawi Tiada Tajuk Filem Mawi – Lima Sebab Utama Kenapa Perlu Menontonnya
Tentang LunaStory.com
Lunastory.com adalah sebuah blog oleh kumpulan penulis dan blogger Malaysia mengenai lifestyle, produk dan servis yang ditulis untuk berkongsi manfaatnya kepada pengguna Internet di Malaysia.
Ditulis dalam Bahasa Melayu dan berpengalaman selama hampir 20 tahun dalam penulisan blog dan SEO.
Blog ini mempunyai servis untuk menulis mengenai produk dan events yang bersesuaian.
Sebarang pertanyaan untuk quotation servis boleh emel ke lunastory.com@gmail.com
Arkib Artikel
- December 2020
- November 2020
- October 2020
- April 2020
- March 2020
- February 2020
- December 2019
- November 2019
- October 2019
- September 2019
- August 2019
- July 2019
- June 2019
- May 2019
- April 2019
- March 2019
- January 2019
- December 2018
- November 2018
- October 2018
- May 2018
- April 2018
- March 2018
- February 2018
- January 2018
- December 2017
- September 2017
- August 2017
- July 2017
- June 2017
- May 2017
- April 2017
- March 2017
- February 2017
- December 2016
Top Posts & Pages
- Petua Sambal Tahan Lama Daripada Seri Nenda |PeDAS
- Resepi Ayam Penyet yang Mudah disediakan
- Cara Tukar Kad Pengenalan Baru
- Harga Poslaju : Senarai Harga Kotak dan Sampul Poslaju yang Terkini
- Ebit Liew : Seorang Da'ie Yang Menginspirasi
- Pati Delima Organik Terbaik Dunia - Olive House
- Cara Buat Baja Organik - Penyediaan Bekas Sisa Makanan
- Tips Membuat Kuih Frozen | Aizan:PeDAS
- Dokumen Penting Dalam Perniagaan - AR Success
- Resepi Burned Cheese Cake Guna Airfryer