Book Excess Amcorp Mall ialah Kedai Buku Pilihan

May 14, 2017 by No Comments

Fenomena Kedai Buku Book Excess

Kedai buku Book Excess berada di Tingkat 3 Amcorp Mall.
Mula beroperasi sejak tahun 2012 di bangunan ini selepas fenomena Big Bad Wolf melanda Malaysia.

Alamat penuh ialah :

L3-60, Amcorp Mall 18 Persiaran Barat, off Jalan, Lorong Timur, 46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Dibuka setiap hari : 10AM–9:30PM

No telefon: +60 3-7956 0455

Book Excess

Ini tempat favourite saya setiap kali mengunjungi Amcorp Mall.
Ataupun sebenarnya saya mengunjungi Amcorp Mall hanya kerana nak pergi kedai buku Book Excess?
Haa sekarang dah keliru dengan diri sendiri haha.

Book Excess

Kalau nak cari buku untuk anak-anak, mesti cari buku disini.
Ada pelbagai pilihan!

Sangat pelbagai dan yang paling penting ianya affordable!
Harga bermula RM2.90 sampai RM59.90.

Kesemua buku adalah dalam Bahasa Inggeris.

Book Excess

Buku-buku ini disusun dengan sangat teratur.
Buku untuk Young Adult pun ada banyak!

Penyiasatan, kisah cinta, kekeluargaan. Rasanya semua ada.

Book Excess

Buku orang dewasa pun ada sangat banyak!
Travel, parenting, self-help pun ada!

Buku bisnes juga ada banyakkkkkkk!
Dah semuanya tanda seru sebab teruja!

Book Excess

Ada membership dan kalau beli guna kad member, ada diskaun.

Nak beli buku secara online, klik sini ya!

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.