Bahasa “Short Form” yang Perlu Anda Tahu

May 10, 2022 by No Comments

Bahasa singkatan atau “short form” sering digunakan pada masa kini, baik dalam percakapan atau penulisan. Terkadang, tanpa kita sedari, kita telah menggunakan bahasa short form tanpa mengetahui maksudnya, kan?

Selain itu, kebanyakan bahasa short form juga adalah dalam bahasa Inggeris. Ini kerana, terdapat lebih daripada 100 perkataan bahasa Inggeris yang digunakan sebagai short form tau… Kebanyakan dari kita, sering menggunakan bahasa short form ini dalam percakapan seharian. Namun adakalanya, kita sekadar mengetahui untuk apa short form itu ditujukan, tanpa mengetahui makna sebenarnya.

Bahasa Short Form
Sumber : Fb Technical Qasar

“Biasa guna, tapi tak tahu apa maksudnya”. Pasti ada yang akan mengeluarkan ujaran seperti tersebut, apabila ditanyakan apakah maksud di sebalik short form yang digunakan itu.

Sebagai contoh, “Eh, cantiklah DP WhatsApp kau tu”. Ia menggambarkan bahagian gambar profil yang diletakkan di aplikasi WhatsApp. Tapi, tahukah anda bahawa maksud disebalik kata “DP” itu adalah Display Picture?

Di sini, Cik Min kongsikan sedikit info daripada Technical Qasar. Beliau telah membuat posting berkaitan bahasa short form beserta maksud di laman sosial Facebook miliknya! Anda boleh ke laman Facebooknya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Penting ke untuk ambil tahu tentang bahasa short form ni?

Bahasa Short Form
Sumber : Fb Technical qasar

Dalam konteks ini, ia tidaklah terlampau penting, terutamanya kalau kita mudah ‘tangkap’ apa yang dimaksudkan. Tapi sekiranya tidak, adalah lebih baik untuk kita ambil tahu walaupun pada asasnya sahaja. Tak perlu secara terperinci sampai terpaksa hafal satu persatu maksud tersebut, tetapi, cukuplah kita tahu apa yang ia tujukan!

Sebagai contoh “ATM” yang bermaksud Automated Teller Machine. Tak perlu hafal perkataan panjang dalam bahasa Inggeris pun sebenarnya… Cukuplah apabila ada yang menyebut “ATM”, kita tahu bahwa ia menuju kepada sebuah mesin pengeluaran wang tunai.

Bahasa Short Form
Sumber : Fb Technical Qasar

Kesimpulannya, begitu juga dengan penggunaan bahasa short form yang lain seperti “Wi-Fi”. Cukuplah kalau kita tahu apa yang ia tujukan, dan tak perlu hafal maksudnya. Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi ayat-ayat short form menarik yang biasa digunakan, beserta maksudnya, boleh klik sini.

Jadi, setakat ini sahajalah perkongsian daripada Cik Min. Semoga selepas ini tidak lagi terpinga-pinga bila mendengar seseorang mengunakanbahasa short form apabila bercakap dengan anda. Semoga artikel yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat berkongsi informasi dan memberi manfaat kepada semua pembaca.

. . .

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.