Mengapa Memilih Perniagaan Produk Makanan

December 28, 2022 by No Comments

Sejak akhir-akir ini, ramai dari kalangan usahawan mula menunjukkan minat untuk menceburi perniagaan berasaskan produk makanan. Industri ini mempunyai peluang yang lebih terbuka dalam merebut peluang dimana peniaga kecil juga boleh berjaya dan mendapatkan keuntungan yang besar. Jadi, mengapa memilih perniagaan produk makanan merupakan pilihan terbaik?

Dalam artikel ini, Cik Min akan menceritakan tentang beberapa faktor dan kelebihan yang terdapat pada perniagaan produk makanan yang juga menjadi titik tolak tuan puan memulakan bisnes dalam industri ini.

Faktor Mengapa Memilih Perniagaan Produk Makanan

1. Keperluan

Mengapa Memilih Perniagaan Produk Makanan

Keperluan kepada makanan adalah antara keperluan asas yang tidak boleh dipisahkan daripada manusia. Makanan diibaratkan seperti bahan bakar yang membekalkan tenaga serta melibatkan proses pertumbuhan, pemulihan dan kesihatan dalam kehidupan seharian manusia.

Dengan itu, kebergantungan individu kepada produk makanan amat kritikal dalam memenuhi keperluan terutamanya makanan yang sihat kepada tubuh badan.

2. Permintaan

Mengapa Memilih Perniagaan Produk Makanan

Produk makanan beku adalah barangan yang sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna hari ini. Hal ini telah membuka potensi pasaran kepada perniagaan produk-produk makanan untuk terus berkembang dengan lebih stabil.

Justeru, walau apa jenis sekalipun makanan yang dijual, permintaan terhadap produk makanan tersebut akan sentiasa ada. Yang penting ialah produk itu mestilah lazat, harga yang berpatutan serta mengandungi gizi seimbang.

3. Gaya Hidup

Mengapa Memilih Perniagaan Produk Makanan

Dapat diperhatikan, gaya hidup sekarang telah berubah ke arah lebih pantas oleh kerana kesibukan kerja harian. Rata-rata pengguna mempunyai masa yang terhad untuk menyediakan makanan di rumah. Oleh itu, produk makanan beku dibangunkan untuk menyelesaikan masalah seperti yang dinyatakan.

Mengapa Memilih Perniagaan Produk Makanan?

1. Pelbagai jenis pilihan

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pilihan makanan yang boleh didapati dengan mudah. Usahawan juga boleh memperkenalkan produk baharu yang unik dan menyelerakan. Ini bermaksud, perniagaan produk makanan tidak hanya tertumpu kepada satu jenis sahaja malah ianya boleh diubah-suai mengikut kreativiti.

2. Pasaran lebih luas

Kewujudan internet membolehkan usahawan meraih kelompok pelanggan dengan segmen pasaran yang lebih luas. Hal ini kerana, capaian internet adalah tanpa had dan sempadan. Permintaan makanan setiap hari adalah adalah sebab mengapa perlu memilih perniagaan produk makanan berbanding industri lain.

Jadi boleh dikatakan, industri makanan mempunyai pelanggan dengan jumlah yang ramai dan segmen juga terdiri daripada banyak kumpulan.

3. Keuntungan yang lebih besar

Kebiasaanya, perniagaan makanan lebih bergantung kepada tenaga dan masa yang dicurahkan. Walau bagaimanapun, modal juga memainkan peranan tetapi ianya tidak memerlukan jumlah yang besar untuk permulaan.

Justeru, keuntungan dari hasil jualan akan menjadi lebih besar oleh kerana kos pembuatan yang rendah.

4. Perniagaan berisiko rendah

Meskipun perniagaan produk makanan mempunyai persaingan yang tinggi, akan tetapi peluang untuk berjaya juga masih terbentang luas. Ia bergantung kepada kreativiti usahawan untuk menyerlahkan kelebihan produk yang dijual di pasaran.

Tambahan lagi, pemasaran yang dibuat secara digital juga dapat merendahkan lagi risiko yang ditanggung usahawan.

5. Inovasi | Mengapa Memilih Perniagaan Produk Makanan

Jika dilihat pada dunia hari ini, produk makanan sentiasa didatangkan dengan gabungan berbeza untuk menjadi viral di sosial media. Ia akan menjadikan makanan tersebut lebih menjadi perhatian ramai. Malah, mendapat permintaan yang tinggi dari masyarakat Malaysia sendiri.

Oleh kerana Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum dan mempunyai citarasa berbeza, terdapat pelbagai jenis makanan dan hidangan yang boleh dicuba dan divariasikan menjadi satu produk baharu.

4

Tuan puan juga boleh membaca artikel di sini untuk mengetahui tentang 15 perniagaan makanan yang paling menguntungkan dengan modal kecil.

Bagi tuan puan yang ingin memulakan perniagaan dan masih buntu dan tertanya-tanya, apakah jenis peluang perniagaan mendapat permintaan tinggi saban hari. Jelas, perniagaan berasaskan produk makanan antara pilihan yang terbaik untuk dipertimbangkan.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Mengapa Memilih Perniagaan Produk Makanan”. Semoga perkongsian ini dapat memberi serba sedikit info pada usahawan untuk mencuba jenis perniagaan yang mempunyai peluang luas dan menguntungkan.

Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.