Apa itu Diet Ketogenik? | Diet Sihat Berkesan

May 13, 2022 by No Comments

Apa itu diet Ketogenik? Adakah ia diet yang sihat dan terbaik? Betul ke?

Haaa, Cik Min tahulah… Mesti ramai yang nak diet, tapi tak tahu diet sihat mana yang patut diikuti kan? Ramai yang ingat, diet ni tak perlu makan nasi atau makanan berat, dan hanya perlu makan sayur je… Ada juga yang nak diet, tapi tak rujuk mana-mana pakar atau cara yang betul. Kesannya, ada yang mendapat penyakit lain kerana gaya pemakanan yang salah! Ish…ish…ish… Takkan nak sakit dulu, baru nak beringat!

Tapi jangan risau, hari ni Cik Min akan kongsikan sedikit tentang diet sihat terbaik yang boleh anda cuba.

Ketahui Diet Low-Carb | Apa itu Diet Ketogenik?

Apa itu diet ketogenik
Sumber: Pexels.com

Diet low-carb (low carbohydrate) ini dikenali sebagai diet rendah karbohidrat di dalam Bahasa Melayu. Diet ini mengehadkan pengambilan karbohidrat seseorang individu dalam pemakanan. Selain itu, diet ini juga merupakan diet yang terkenal dalam kalangan masyarakat yang ingin menurunkan berat badan tau! Terdapat beberapa jenis diet low-carb yang sering digunakan untuk menurunkan berat badan iaitu:

1) KETO

2) Atkins

3) Dukan

4) Whole30

5) LCHF

6) Paleo

Kenali Diet Ketogenik | Apa itu Diet Ketogenik?

Apa itu diet ketogenik
Sumber: Pexels.com

Apa itu diet Ketogenik? Haaa, sabaq sat! Cik Min nak cerita la ni…

Diet Ketogenik atau dikenali sebagai diet Keto, merupakan salah satu diet low-carb. Diet ini merupakan satu diet yang ketat bagi orang yang mengamalkannya. Fokus diet ini adalah:

– Tinggi lemak

– Sederhana protein

– Rendah karbohidrat

Jumlah karbohidrat dihadkan sebanyak 50 gram sehari! Kadangkala, jumlah karbohidrat hanya diambil dalam anggaran 20 hingga 30 gram sahaja sehari tau…

Diet Ketogenik Ada Jenis ke?

Jadi, apa itu diet Ketogenik? Haaa, anda tahu tak bahawa diet Ketogenik ni ada bermacam jenis? Meh sini Cik Min kongsikan…. Ini antaranya:

1) Diet Ketogenik Standard

Diet jenis ini mengamalkan pemakanan Ketogenik (Keto) yang konvensional. Pemakanan Ketogenik konvensional merupakan pengamalan pemakanan yang seimbang mengikut fokus diet.

2) Diet Ketogenik Sasaran

Bagi diet jenis ini pula, pemakanan yang diamalkan adalah penambahan sebilangan kecil karbohidrat ketika bersenam.

3) Diet Ketogenik Kitaran

Diet ini pula melibatkan kitaran antara diet Ketogenik pada kebanyakan hari, dan diet tinggi karbohidrat selama satu hingga dua hari seminggu.

Mesti ada yang tertanya, apa beza semua jenis diet Ketogenik ni, Cik Min? Haaa, bezanya adalah cara pengambilan pemakanan dalam satu hari tersebut… Menarik kan topik ‘Apa itu Diet Ketogenik’ ni?

Apa Kebaikan Mengamalkan Diet Ketogenik?

Setiap pengamalan makanan diet sihat sudah pasti akan mendatangkan kebaikan buat seseorang. Begitu juga, jika anda mengamalkan diet Ketogenik ni! Anda bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, tetapi akan ada lagi banyak kebaikan yang boleh anda perolehi! Antara kebaikannya ialah:

1) Berkesan menghilangkan lemak dan sangat sesuai untuk membina badan.

2) Selera makan akan berkurang dalam skala yang besar.

3) Memberi faedah dalam penyakit kronik seperti epilepsi refraktori pada kanak-kanak, diabetes jenis 2, gangguan saraf lain dan lain-lain.

Jadi, anda dah mula rasa nak cuba amalkan diet Ketogenik tak tu? Kalau belum, boleh sambung baca dulu perkongsian Cik Min tau… Jangan lari dulu!

Makanan Diet Ketogenik Sedap Ke? | EATSLIM LIFESTYLE

Apa itu Diet Ketogenik
Sumber: Website EATSLIM LIFESTYLE

Makanan diet Ketogenik ni sebenarnya mengikut cara pemakanan negara luar. Tapi Cik Min nak bagitahu satu berita yang best iaitu, dekat Malaysia pun dah ada satu organisasi yang sangat sesuai untuk korang ikuti kalau nak mulakan diet Ketogenik ni tau! EATSLIM LIFESTYLE nama diberi.

Kalau korang nak tahu, EATSLIM LIFESTYLE telah membuat penambahbaikan terhadap makanan diet Ketogenik. Paling best tu, EATSLIM LIFESTYLE telah berjaya menukar makanan diet Ketogenik daripada citarasa negara luar, kepada selera orang Malaysia! Penambahbaikan ini dilakukan untuk membantu orang yang ingin diet agar lebih bersemangat gituuu.

Siapa EATSLIM LIFESTYLE?

EATSLIM LIFESTYLE merupakan satu jenama (brand) yang menambah baik makanan diet anda. Penambahbaikan terhadap makanan diet ini adalah bagi menepati citarasa dan selera masyarakat Malaysia, berdasarkan saranan pakar. EATSLIM LIFESTYLE juga bukan sahaja memberi info pemakanan untuk menurunkan berat badan, malahan info untuk anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan pengambilan makanan yang betul pun ada!

Akhir kata daripada Cik Min, untuk kekal sihat ketika berdiet, anda perlulah mengamalkan diet yang betul ya! Jangan disebabkan nak turunkan berat badan, anda tersalah mengamalkan gaya pemakanan. No no no! Jika anda tekad untuk menurunkan berat badan, pastikan anda merujuk dengan pakar atau laman web yang sahih perkongsiannya seperti EATSLIM LIFESTYLE.

Untuk sebarang info lanjut, klik Linktr.ee ini sekarang!

Sampai di sini dahulu perkongsian daripada Cik Min tentang ‘Apa itu Diet Ketogenik’ pada kali ini. Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh dapatkan di Lunastory


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.