Yes Good Pharmacy, Farmasi Berdekatan Lumut Perak
Ada pembaca Lunastory yang tinggal di Lumut? Sudah tahu belum farmasi berdekatan Lumut, Perak di mana? Jika belum tahu, jom sama-sama Cik Luna kita kenali Yes Good Pharmacy yang telah bertapak di Lumut lebih dari sedekad dalam menjual keperluan kesihatan kepada penduduk sekitar sana.
Tentang Yes Good Pharmacy | Farmasi Berdekatan Lumut Perak
Farmasi berdekatan Lumut, Perak ini yang dikenali sebagai Yes Good Pharmacy ini terletak di No. 40 Taman Lumut Indah, 32200 Lumut,Perak. Farmasi ini beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari kepada semua pelanggan dalam memenuhi keperluan peribadi dalam aspek kesihatan.
Sejarah Penubuhan Yes Good Pharmacy
Ditubuhkan pada 20 Januari 2013, Yes Good Pharmacy atau akronimnya YGP, telah bertapak di Lumut Perak yang ketika itu adalah sebuah kawasan yang masih baru penubuhanya. Dengan hanya bermodalkan sekitar RM200,00, farmasi ini berjaya dibuka dan meneruskan legasinya sehingga kini dalam menyediakan kepelbagaian keperluan kesihatan kepada penduduk Taman Lumut Indah.
Penubuhan Yes Good Pharmacy yang masih baru ketika itu telah banyak membantu penduduk setempat dalam mendapatkan produk kesihatan dan ubat-ubatan terkawal dengan lebih dekat dan efisien. Ini kerana pada ketika itu, penduduk perlu mendapatkan keperluan kesihatan yang penting di kawasan yang lebih jauh, iaitu Bandar Seri Manjung.
Pada mulanya, Yes Good Pharmacy diselia oleh Puan Hairuniza binti Mohd Fazil selama empat tahun sebelum diambil oleh oleh Puan Umi Binti Mohd Asmawi, pemilik baru farmasi berdekatan Lumut, Perak ini. Sehingga kini, Puan Umi menguruskan farmasi ini dalam menjadikan ia farmasi utama kepada 40 ribu penduduk sekitar Lumut.
Yes Good Pharmacy yang terletak dikawasan strategik dimana ia berdekatan dengan pantai terkenal iaitu Pantai Teluk Batik dan pekan Lumut ini menarik kepelbagaian pelanggan yang terdiri daripada penduduk sekitar dan pelancong luar. Antara pelanggan setia yang sering mengunjungi farmasi ini adalah penduduk sekitar Kampung Padang Temak, taman perumahan sekitar, ahli keluarga warga tentera Laut Di Raja Malaysia dan lain-lain lagi.
Tarikan Sekitar Yes Good Pharmacy | Farmasi Berdekatan Lumut Perak
Untuk mereka yang bakal mengunjung ke Lumut, selain dari Pantai Teluk Batik yang berdekatan dengan Yes Good Pharmacy ini, terdapat beberapa lokasi yang menjadi tarikan utama pelancong yang anda boleh kunjungi!
1. Frenzy Water Park Marina Island
Bagi mereka yang lebih menyukai ketenangan tasik dan aktiviti yang tidak terlalu memenatkan, Frenzy Water Park Marina Island adalah tempat utama untuk anda. Aktiviti yang disediakan kepada pengunjung adalah aktiviti kayak dan paddle boat di mana anda dapat menikmati keindahan tasik ini.
Jaraknya juga tidak jauh dari farmasi berdekatan Lumut, Perak ini. Ia hanya mengambil masa selama 7 minit sahaja dengan bantuan aplikasi Waze. Bayaran yang dikenakan untuk kedua-dua aktiviti di atas adalah seperti berikut:
- Kayak – RM20
- Paddle Boat – RM25
2. Pulau Pangkor
Apabila sudah sampai ke Lumut, pastilah Pulau Pangkor menjadi destinasi utama untuk melancong. Dari Yes Good Pharmacy, anda boleh mengunjung pulau popular ini dengan menaiki feri di Kompleks Jeti Marina dengan jarak hanya 7 kilometer dari farmasi ke jeti. Perjalanan dari jeti ke Pulau Pangkor pula hanya mengambil masa 10 minit sahaja.
Sampai sahaja di Pulau Pangkor, anda boleh memilih untuk menaiki van atau menyewa motosikal untuk bergerak kemana sahaja di dalam pulau ini. Jika anda seorang pencinta coklat, jangan lupa untuk mendapatkan coklat kegemaran anda disana!
3. Taman Paya Bakau Lumut
Bagi pencinta alam sekitar, Taman Paya Bakau Lumut adalah destinasi yang anda harus kunjungi. Dengan jarak 1.3 kilometer sahaja dari farmasi bedekatan Lumut, Perak ini, anda boleh menikmati keindahan hutan paya bakau yang dijaga ini. Taman Paya Bakau Lumut sentiasa dan masih dipelihara dengan baik oleh Majilis Perbandaran Manjung, jadi hargailah kebersihannya ketika berkunjung ke tempat ini.
Mencari Farmasi Di Sekitar Kawasan Lumut, Perak?
Yes Good Pharmacy yang menumpang tuah bandar Lumut setelah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim pada April 2009 ini telah menjadi farmasi pilihan utama kepada pengunjung yang menghadiri pelbagai aktivit dari pihak Maritim dan juga penduduk setempat.
Pada saat ini, Yes Good Pharmacy telah memasuki tahun yang ke-12 sejak penubuhannya, dan telah menapakkan diri dalam memberi perkhidmatan yang baik untuk para pelanggan seiring dengan moto “Kembalikan Kesihatan Anda”. Dibawah, kami menyediakan info-info untuk anda yang ingin menghubungi Yes Good Pharmacy jika mempunya sebarang soalan kesihatan.
- Whatsapp: https://wa.me/601155882082
- Alamat: No. 40 Taman Lumut Indah, 32200 Lumut,Perak.
- Email: Yesgoodpharmacy1@gmail.com
Bagi anda yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Yes Good Pharmacy seperti yang tertera.
Website | Facebook | TikTok | Instagram | Shopee
Setakat ini sahaja perkongsian dari Cik Luna dalam artikel ini. Sekiranya anda mahukan artikel-artikel yang lebih banyak daripada kami, anda boleh layari laman portal Lunastory.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.