Waspada Taktik Scammer Guna Nombor Pejabat LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru-baru ini telah memberi peringatan melalui laman media sosial Facebooknya kepada orang ramai untuk lebih waspada taktik scammer yang guna nombor pejabat LHDN untuk memperdaya mangsa! Individu yang tidak bertanggungjawab ini semakin bijak dan licik menipu orang ramai.
Jadi, orang ramai diminta untuk sentiasa berhati-hati setiap kali memberi maklumat kepada mana-mana individu melalui panggilan telefon. Sudah ramai yang terkena dengan panggilan palsu oleh scammer yang berpura-pura menjadi LHDN ini. Mana tidaknya, nombor telefon yang digunakan benar-benar nombor pejabat LHDN!
Mari ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui taktik penipuan yang digunakan oleh scammer serta senarai nombor telefon yang anda perlu berjaga-jaga. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Edu Bestari.
Penipuan dalam Talian | Waspada Taktik Scammer Guna Nombor Pejabat LHDN
Taktik Scammer Kononnya LHDN
Menurut perkongsian beberapa orang pengguna di Twitter, antara taktik yang digunakan oleh scammer yang menyamar sebagai LHDN untuk menipu mangsa adalah:
- Guna nombor pejabat dan memaparkan lokasi Putrajaya untuk meyakinkan mangsa.
- Gunakan suara operator seperti urusan pejabat rasmi.
- Lengkap menyatakan butiran maklumat mangsa.
- Ada suara operator “suara diarakam untuk menambah baik sistem kami.”
- Menyatakan anda mempunyai tunggakan cukai dan minta tekan nombor tertentu untuk bercakap dengan pegawai.
- Menyatakan anda mempunyai hutang atau belum menjelaskan cukai.
- Nota: Menurut orang ramai yang biasa berurusan dengan LHDN, mereka menyatakan bahawa pihak LHDN biasanya menghantar surat atau email sahaja bagi sebarang urusan rasmi dan meminta untuk hadir terus ke pejabat LHDN.
- Oleh itu, bagi mengelakkan anda menyalurkan maklumat kepada pihak yang salah, anda dinasihatkan untuk terus hadir ke pejabat untuk memberi sebarang butiran yang diperlukan.
Maklumat yang Tidak Patut Didedahkan | Waspada Taktik Scammer Guna Nombor Pejabat LHDN
Berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda JANGAN SESEKALI kongsikan kepada sesiapa sahaja termasuk kenalan terdekat:
- Nombor TAC yang didapati melalui SMS.
- Kata laluan akaun terutamanya bagi perbankan online.
- Nombor kad pengenalan.
- Nombor kad bank.
Senarai Nombor Scammer Menyamar LHDN
Berikut adalah senarai nombor yang biasa digunakan oleh scammer menyamar jadi LHDN seperti yang dikongsikan oleh orang ramai melalui laman facebook dan twitter:
03 8322 6663 – Putrajaya
03 6209 9787 – Kuala Lumpur
03 8861 9409 – Putrajaya
012 509 3461 – Malaysia
03 6156 2442 – Kuala Lumpur
012 293 9206
03 2920 2676
03 8876 6103 – Putrajaya
03 8764 3540 – Semenyih
03 8727 3028
03 8244 1826
03 8322 6971 – Putrajaya
03 8227 4761
03 6234 35 38
03 8322 8169
03 2024 8866
03 2210 7007
03 8322 9215
03 6209 6387
03 8322 8471 – Putrajaya
03 6209 9787
Cara Semak Nombor Scammer Secara Online | Waspada Taktik Scammer Guna Nombor Pejabat LHDN
Ramai tak tahu, anda sebenarnya boleh cek sama ada nombor telefon/akaun yang diterima adalah nombor telefon/akaun scammer atau bukan dengan beberapa kaedah berikut:
- Aplikasi Truecaller
- Aplikasi Whoscall
- Portal SSO PDRM
- Portal CCID
Setakat ini sahaja, perkongsian daripada Cik Min tentang waspada taktik scammer guna nombor pejabat LHDN kali ini. Diharapkan artikel ini dapat memberi maklumat supaya anda semua lebih berhati-hati ketika menjawab panggilan telefon.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.