Tips Memilih Pakaian Muslimah (Bhgn. 2) | Fatma Sofea:PeDAS
Artikel “Tips Memilih Pakaian Muslimah | Fatma Sofea:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.
Laporan tentang pasaran untuk industri modest fashion atau busana muslimah sangat memberangsangkan saban tahun. Jadi, tidak hairanlah jika nama-nama gergasi di dalam bidang industri fesyen terkenal dunia juga mula memberi perhatian dan menampilkan fesyen-fesyen sebegini di dalam barisan busana mereka.
Namun, walaupun ikhtiar itu ada daripada pengeluar pakaian fesyen untuk menambah koleksi pakaian lebih konservatif sebegini, tidak kurang juga ada yang akan tidak berpuas hati. Antara komen yang paling biasa adalah seperti ‘tidak cukup liputan untuk bahagian yang tidak patut terdedah.’
Sebelum ini, LunaStory ada mengeluarkan topik yang sama di bawah “Tips Memilih Pakaian Muslimah.” Jadi, penambahan informasi baru akan dibuat selepas sedikit re-cap sebagai peringatan untuk asas berfesyen muslimah.
Tips Memilih Pakaian Muslimah
Re-Cap (Bahagian 1)
[1] Wanita Muslim wajib menutup aurat mereka. Bahagian bukan aurat adalah muka dan dua telapak tangan.
[2] Bahagian aurat tidak boleh terdedah, iaitu:
[2.1] Pakaian tersebut tidak lutsinar atau lut cahaya sehingga menampakkan warna kulit.
[2.2] Tidak terlalu ketat sehingga susuk badan terlalu ketara.
[2.3] Tidak berhias dan tidak menggunakan wangi-wangian dengan tujuan menarik perhatian lelaki. Yang ini lebih kepada niat utama untuk berfesyen.
[2.4] Tudung yang dipakai seeloknya melepasi paras dada.
Tips Berfesyen (Bahagian 2)
Kalau tak silap lah kan, daripada zaman sekolah menengah lagi dah ada disentuh tentang pemilihan corak yang sesuai untuk bentuk badan. Subjek Kemahiran Hidup rasanya.
Bagaimana untuk menggunakan corak tertentu untuk menghasilkan optik ilusi yang sesuai untuk ‘menutup’ bentuk badan anda?
:x: Jika bentuk badan kurus :x:
- Corak dengan motif yang besar
- Jika memilih motif garisan, pilih juga garisan melintang
- Gunakan warna-warna terang dan cerah. Cuba guna warna dari seleksi warna-warna panas.
- Sesuai untuk menggayakan pakaian yang beropol atau beralun seperti skirt kembang, seluar palazzo
–
:x: Jika bentuk badan gempal :x:
- Corak dengan motif yang kecil
- Jika memilih motif garisan, pilih garisan menegak. Juga sesuai untuk nampak tinggi (jika anda juga seorang yang rendah daripada biasa)
- Gunakan warna-warna gelap atau lembut. Warna lembut ini ada dua jenis tau; (1) soft and cool, atau (2) soft and warm. Kalau rasa warna gelap bukan citarasa anda, pilih warna lembut.
- Sesetengah kain bertekstur lycra melekap di badan dan membuatkan bentuk badan nampak terlalu ketara. Jadi, berhati-hati memilih tekstur fabrik kain anda juga.
Kebanyakan baju-baju fesyen untuk muslimah terutamanya di Malaysia juga mengalami evolusi sesuai dengan gaya hidup zaman kini. Contohnya, lengan berzip untuk kemudahan mengambil wuduk, baju mudah untuk ibu menyusu, ataupun baju labuh ready solat.
Busana muslimah Fatma Sofea mempunyai rangkaian fesyen muslimah ke pejabat seperti blouse nursing friendly, seluar palazzo dan sebagainya.
Ingin melihat dengan lebih dekat rekaan-rekaan serta promosi-promosi semasa dari usahawan PeDAS Fatma Sofea? Layari laman-laman media sosial ini untuk pertanyaan lebih lanjut:
Jika berkesempatan, anda yang ingin melihat busana dari Fatma Sofea dengan lebih dekat boleh mendapatkan alamatnya di sini:
NO 12A, JLN TPS2/2, TMN PELANGI SEMENYIH 2, 43500, SEMENYIH, SELANGOR
Sekian sahaja untuk edisi siri usahawan PeDAS Fatma Sofea. Jika anda ingin membaca profil penuh pemilik busana Muslimah ini, anda boleh membacanya di link di bawah ini:
Entri pertama|| Butik Muslimah Fatma Sofea | Usahawan PeDAS
Jumpa lagi di siri pengenalan usahawan PeDAS lain yang akan datang ya!
Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]