Butik Muslimah Fatma Sofea | Usahawan PeDAS

April 4, 2020 by No Comments

Artikel “Butik Muslimah Fatma Sofea | Usahawan PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Menurut kajian, industri pakaian muslimah, atau modest fashion ware akan terus meningkat. Pada tahun 2017 sahaja, jualan pakaian muslimah di peringkat global sahaja dianggarkan bernilai USD 59.7 billion. Peningkatan ketara ini dapat kita lihat pada peningkatan permintaan terhadap pakaian-pakaian yang kebiasaannya menampakkan susuk badan dan telah diolah untuk menutup bahagian tersebut seperti pakaian renang dan pakaian sukan yang lain.

Semenjak e-commerce mula diperluaskan, lebih banyak permintaan untuk pasaran pakaian konservatif muslimah ini. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan fesyen-fesyen tertentu walaupun dari satu hujung dunia ke hujung dunia yang lain dengan adanya internet dan kemudahan global delivery shipping.

Di Malaysia sahaja, pasaran untuk fesyen ini dijangka akan mencapai sehingga US$ 402 billion menjelang tahun 2024! Jadi, tidak hairanlah jika banyak yang menjadi usahawan yang mengkhususkan pakaian muslimah ini.

Salah satu usahawan PeDAS kita juga adalah pemilik butik muslimah. Jom berkenalan dengan mereka!

Butik Muslimah Fatma Sofea

Butik Muslimah Fatma Sofea-1

Fatma Sofea adalah jenama fesyen pakaian yang dikhususkan untuk golongan yang gemar akan berpakaian konservatif dan cantik walaupun agak simple di mata. Ianya dimiliki oleh Puan Siti Fatma Sofea Binti Mohamed Sudin di bawah syarikat beliau, Urduga Sofea.

Fesyen pakaian muslimah yang paling menonjol pada jenama Fatma Sofea adalah pada pakaian jenis blouse nursing friendly. Fatma Sofea juga mengeluarkan produk shawl instant serta seluar labuh jenis palazzo dan kain telekung pelbagai warna. Penekanan pada stail fesyen jenama ini adalah ‘Simple tapi Mewah’


Ingin melihat dengan lebih dekat rekaan-rekaan serta promosi-promosi semasa dari usahawan PeDAS Fatma Sofea? Layari laman-laman media sosial ini untuk pertanyaan lebih lanjut:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Jika berkesempatan, anda yang ingin melihat busana dari Fatma Sofea dengan lebih dekat boleh mendapatkan alamatnya di sini:

NO 12A, JLN TPS2/2, TMN PELANGI SEMENYIH 2, 43500, SEMENYIH, SELANGOR

Entri ketiga|| Tips Memilih Pakaian Muslimah | FS:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.