Tingkat Selera Makan Anak Bawah 6 Tahun

February 15, 2021 by No Comments

Ibu bapa mencari jalan untuk tingkat selera makan anak-anak kecil? Jom baca tips ini bersama.

Antara mungkin penyebab anak kurang selera makan adalah:

  • Anak diperkenalkan dengan makanan pepejal lambat

Menurut pakar, rata-rata bayi boleh diperkenalkan dengan makanan pepejal seawal 6 bulan lagi. Susu ibu masih digalakkan untuk diteruskan sehingga anak berumur 2 tahun. Hal ini kerana susu ibu masih susu yang terbaik kerana susu ibu membekalkan nutrien-nutrien penting pada 6 bulan pertama kelahiran bayi tersebut. Cumanya, selepas tempoh 6 bulan tersebut, amaun nutrien masih signifikan tetapi berubah.

Daripada Garis Panduan yang ditetapkan, makanan pelengkap diperlukan seiring dengan susu ibu untuk memenuhi keperluan amaun nutrien bayi yang berumur lebih 6 bulan supaya mereka dapat membesar dengan optimum.

Jadual pemberian susu sama ada susu ibu mahupun susu rumusan perlu diberi perhatian.

  • Anak terlebih minum susu daripada jumlah yang optimum untuk kumpulan umurnya

Bagi anak yang berumur 2 tahun dan ke atas, jika kanak-kanak ini minum susu lebih daripadda jumlah optimum untuk kumpulan umur tersebut ( 2-3 botol besar atau 500ml – 720ml), selera makannya akan merudum sebab mereka kekenyangan. Alah, macam orang dewasa jugalah kan. Terlebih makan, kenyanglah. Kita pun tak larat nak sumbat makanan lagi dalam mulut kan kalau dah kenyang macam ular sawa?

  • Minum susu sebelum waktu makan penting pagi/tengahari/malam)

Kalau dah minum susu sebelum waku makan pun sama kan? Mestilah anak itu kekenyangan kalau ajak makan sejurus selepas mereka habiskan satu botol susu. Haha.

  • Terlalu memilih makanan

…Lis pun dulu tak suka makan ikan. Tapi bila dah besar rasa biasa sahaja dan boleh makan seperti orang lain. Jadi, cerewet jenis ini boleh menjadi satu fasa haha.

Namun disini, Lis hanya menyentuh isu fussy eater ya. Bukan picky eater. Banyak pendapat dan pandangan yang berlegar-legar dan ada diantaranya yang mengatakan picky eater boleh menjadi satu indikator kepada masalah lain yang hanya boleh disahkan melalui pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak. Rujuk masalah ini kepada doktor terlebih dahulu untuk penjelasan yang lebih tepat.

  • Tidak memberi tumpuan kepada aktiviti makan

Banyak sangat aktiviti lain yang ada di tangan anak-anak. Pegang gadget tu mesti yang paling biasa ibu bapa nampak, kan? Mata khusyuk menonton televisyen atau rancangan di dalam gadget tersebut. Tangan sibuk main permainan dalam apps gadget itu.

  • Anak-anak pernah mengalami pengalaman negatif semasa makan
  • Berpenyakit, menyebabkan kurang selera makan

Cara untuk tingkat selera makan anak yang berumur 6 tahun kebawah

  • Ambil perhatian amaun makanan mengikut kumpulan umur anak

Apa yang penting sebenarnya adalah untuk anak-anak mendapatkan nutrien yang mencukupi dan sesuai dengan kumpulan umurnya. Saranan pengambilan nutrien dan tenaga yang sesuai mengikut panduan daripada Saranan Pegambilan Nutrien Malaysia.

Jadi, dalam sesetengah kes, kita mungkin nampak anak macam tak cukup makan sebab tak makan sama banyak dengan kita atau kanak-kanak seusianya. Selagi menepati piawaian saranan keperluan makanan harian, berat badan ideal untuk kumpulan umur tu, tidak ada masalah ya. Melainkan jika dinasihati oleh pakar perubatan di dalam bidang ini sendiri.

  • Latih anak untuk beri tumpuan semasa makan

Kalau anak asyik dengan gadget untuk bermain, maka simpan gadget tersebut bila waktu makan. Jika mereka merajuk atau meragam, tunggu sehingga mereka reda. Kita yang lebih dewasa seharusnya tunjukkan emosi yang lebih matang, walaupun bertegas. Dan tegas tidak perlu untuk meninggikan suara atau berkelakuan agresif dengan anak kecil. Nanti jadi lain pula penyebab utama anak kurang selera makan, iaitu anak ada pengalaman negatif.

Bagaimana nak bertegas? Terangkan yang masa makan adalah untuk makan, dan bukannya bermain. Dan duduk bersama keluarga di meja makan. Ahli keluarga lain juga perlu menunjukkan contoh teladan yang baik dengan duduk bersama di ruang makan.

Jika ingin membentuk habit yang baik untuk anak anda, jadikan pengalaman makan bersama ini suatu pengalaman yang positif, gembira dan boleh diteladani oleh mereka. Berbuallah dengan anak-anak tentang hari mereka seperti kita memberikan tumpuan kepada mereka.

  • Jika anak makan memilih

Jenis anak yang tolak makanan yang pernah dicuba sekali, makanan kegemaran yang bertukar-tukar, tak nak makan bila mood tak baik, apa kata cuba tingkat selera makan anak dengan cuba membuat resepi-resepi yang boleh menarik minat anak makan? Selagi ianya sesuai dengan kalori yang mereka perlukan di usia mereka, selagi itulah ibu bapa boleh mencuba sampai kita boleh take note makanan kegemaran mereka.

Nak topup minum anak-anak 6 bulan ke atas, 6 tahun ke bawah dengan susu formula? Susu formula atau susu rumusan (susu tepung) mula diperkenalkan kepada bayi yang normal selepas 6 bulan, dimana pada usia ini bayi juga boleh diperkenalkan kepada makanan pepejalnya yang pertama.


Ada ibu bapa yang berminat untuk mencari susu formula atau susu tepung untuk anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang disukai dan dipercayai dapat meningkatkan selera makan anak? Jom cuba susu formula kambing dari Nouqman.

Baca artikel “Susu Kambing Formula Terbaik? Baca dahulu disini”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.