Susu Kambing Formula Terbaik? Baca Dahulu Disini
Sebelum kita sentuh tentang tajuk topik susu kambing formula yang terbaik, mari kita baca sedikit mengenai susu formula secara amnya.
Umum ramai yang tahu jika kita sebut tentang susu formula, ianya merujuk kepada susu rumusan, seperti mana maksudnya di dalam bahasa Melayu.
Sesungguhnya, susu ibu adalah susu terbaik untuk anak tidak kira spesies pun. Bayi manusia memerlukan susu ibu seawal 1 jam sejak kelahirannya lagi. Ibu-ibu disarankan untuk menyusu secara ekslusif (menyusu badan) sehinggalah bayi sekurang-kurangnya berumur 6 bulan. Namun, ada beberapa keadaan tertentu yang unik tetapi tidak terpencil yang menyukarkan seseorang ibu untuk memberi susu badan.
Hanya selepas ibu dan bapa mendapatkan khidmat nasihat yang betul daripada pakar dalam bidang ini seperti pakar perubatan, pakar laktasi dan sebagainya barulah anda mungkin akan diberi beberapa opsyen beberapa produk tersenarai untuk makanan bayi.
Menurut sumber, definisi Makanan Bayi adalah merangkumi “rumusan bayi, rumusan susulan, rumusan khas dan makanan yang dpasarkan untuk bayi sehingga umur 6 bulan serta makanan pelengkap.
Dan di dalam sumber yang sama, kategori susu rumusan secara tidak langsung diterangkan lagi di bawah definisi Produk Tersenarai iaitu:
- rumusan bayi (bagi bayi berumur 0-12 bulan) termasuk rumusan sedia diminum
- rumusan susulan (bagi bayi 6 bulan hingga 3 tahun) termasuk rumusan sedia diminum
- rumusan khas (rumusan bayi atau susulan bagi keperluan dietari atau perubatan yang khusus) termasuk rumusan sedia diminum;
Keliru lagi tentang susu rumusan atau formula? Sedikit ringkasan:
- Rumusan bayi dihasilkan daripada susu haiwan yang boleh dimakan atau tumbuhan yang terbukti sesuai bagi bayi sebagai alternatif kepada susu ibu.
- Rumusan khas pula adalah susu rumusan yang diproses khas untuk memenuhi keperluan diet yang spesifik dan diakui timbul kerana sesuatu gangguan fizikal atau/dan fisiologi. Contoh bagi keadaan ini adalah
- bayi pramasabayi rendah berat lahir hipersensitiviti susu lembukekurangan toleransi terhadap karbohidrat dan gangguan metabolik lain
- Rumusan susulan merujuk kepada makanan di dalam bentuk cecair diet untuk bercerai susu untuk bayi yang berumur 6 bulan ke atas serta kanak-kanak kecil. Ianya dihasilkan daripada susu haiwan yang boleh dimakan atau tumbuhan yang terbukti sesuai bagi bayi berumur 6 bulan ke atas.
Dekat sini secara tidak langsung, kita akan faham yang hanya bila bayi berumur selepas 6 bulan sahaja barulah boleh makan atau minum selain daripada susu ibu kecuali di dalam keadaan tertentu yang diperakui oleh pakar yang berkaitan. Lepas 6 bulan inilah ibu-ibu dah siap nak cuba anak bagi makan makanan pejal puri, bubur dan sebagainya kan. Dan tidak lupa juga, susu rumusan susulan.
Namun malangnya, mungkin ada di kalangan anak-anak yang disahkan mempunyai alahan dengan protein sesetengah susu haiwan seperti susu lembu. Ataupun, anak tersebut mempunyai masalah intelorans laktosa.
Ada perbezaan di antara alahan protein susu lembu dengan masalah intolerans laktosa.
Alahan susu lembu – terjadi disebabkan tindak balas sistem imun tubuh terhadap protein susu lembu
Intoleransi laktosa – puncanya adalah badan kekurangan enzim laktase.
Simptom bagi kedua-dua keadaaan ini juga ada perbezaan yang ketara.
Baca Tentang Susu Kambing Terbaik: Ada Apa Dengan Kambing disini
Jika ada alahan dengan protein susu lembu, maka susu kambing antara yang terbaik di antara susu haiwan yang lain. Hal ini kerana protein yang terkandung dalam susu kambing tidak alergenik seperti protein dalam susu lembu.
Tetapi, jika ada masalah intoleransi laktosa, susu kambing juga ada juga sejumlah laktosa (atau gula susu), walaupun lebih kecil daripada susu lembu. Hanya selepas berbincang dan mendapatkan konsultansi daripada doktor, pakar nutrisi kanak-kanak atau individu yang berkaitan sahaja barulah ibu bapa boleh pertimbangkan untuk memberi anak produk daripada susu kambing.
Jadi, ada tak diantara ibu bapa mencari produk susu kambing formula terbaik? Cuba susu formula dari Nouqman.
Terdapat 3 jenis perisa susu formula Nouqman yang berada di pasaran. Perisa Asli boleh diambil untuk bayi seawal 6 bulan ke atas. Manakala perisa Vanilla dan Coklat boleh diambil untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas.
Sudah ramai ibu bapa yang sudah mencuba dan berpuas hati dengan susu formula Nouqman.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh rujuk dan tekan link-link Nouqman di bawah ini.
Facebook Nouqman | Laman Web Nouqman | WhatsApp: Puan Anis (60193605242)
Sumber dan bacaan lanjut (tidak mengikut turutan tertentu):
- Intoleransi Laktosa (Pengenalan, Punca & Simptom) – MyHealth[dot]gov[dot]my
- Alahan Protein Susu Lembu – MyHealth[dot]gov[dot]my
- Tata etika pemasaran makanan bayi dan produk berkaitan – nutrition[dot]moh[dot]gov[dot]my
February 10, 2021 / Cik Lis / 0
Categories: Advertorial
Susu Kambing Terbaik | Ada Apa Dengan Kambing Tingkat Selera Makan Anak Bawah 6 Tahun
Tentang LunaStory.com
Lunastory.com adalah sebuah blog oleh kumpulan penulis dan blogger Malaysia mengenai lifestyle, produk dan servis yang ditulis untuk berkongsi manfaatnya kepada pengguna Internet di Malaysia.
Ditulis dalam Bahasa Melayu dan berpengalaman selama hampir 20 tahun dalam penulisan blog dan SEO.
Blog ini mempunyai servis untuk menulis mengenai produk dan events yang bersesuaian.
Sebarang pertanyaan untuk quotation servis boleh emel ke lunastory.com@gmail.com
Arkib Artikel
- February 2021
- December 2020
- November 2020
- October 2020
- April 2020
- March 2020
- February 2020
- December 2019
- November 2019
- October 2019
- September 2019
- August 2019
- July 2019
- June 2019
- May 2019
- April 2019
- March 2019
- January 2019
- December 2018
- November 2018
- October 2018
- May 2018
- April 2018
- March 2018
- February 2018
- January 2018
- December 2017
- September 2017
- August 2017
- July 2017
- June 2017
- May 2017
- April 2017
- March 2017
- February 2017
- December 2016
Top Posts & Pages
- Petua Sambal Tahan Lama Daripada Seri Nenda |PeDAS
- Harga Poslaju : Senarai Harga Kotak dan Sampul Poslaju yang Terkini
- Cara Tukar Kad Pengenalan Baru
- Pati Delima Organik Terbaik Dunia - Olive House
- Cara Buat Baja Organik - Penyediaan Bekas Sisa Makanan
- Resepi Ayam Penyet yang Mudah disediakan
- Pejabat Pos Mid Valley dibuka pada hari Sabtu dan Ahad
- Review Filem Paskal The Movie - Bangganya Dengan Filem Malaysia
- Hilangkan Kesan Peluh Pada Tudung Dengan Niqa Hijab Wash
- Ebit Liew : Seorang Da'ie Yang Menginspirasi