5 Tempat Makan Viral di Johor Bahru 2020 – Mesti Rasa Kalau ke JB
Kalau ke mana-mana lokasi samada dalam atau luar negara, kita mesti cari tempat makan sedap kan? Cik Luna pun macamtu. Dah sampai JB, terus Google tempat makan viral di Johor Bahru 2020. Dari jauh kita datang, mestilah nak makan yang sedap sampai termimpi-mimpi kan?
Bagi yang berkeluarga, masa ni lah nak makan sedap dekat luar. Nak reward isteri atau suami sebab berkorban sama-sama besarkan anak-anak. Bercuti dari masak di rumah, alangkah bestnyaaaaaaa. Syurga dunia kata orang!
Kalau jalan-jalan dengan kawan-kawan, mesti usaha juga cari tempat makan viral di JB kan. Tak lengkaplah sebuah perjalanan kita tanpa makan di tempat-tempat viral tersebut. Jadi kenangan pula kita dengan kawan-kawan especially time nak raikan habis belajar samada di kolej atau universiti.
Tempat Makan Viral di Johor Bahru 2020
Waktu sarapan adalah waktu terbaik memulakan hari dengan makanan yang terbaik di Johor Bahru.
Makanan yang pertama ialah nasi lemak. Walaupun di seluruh Malaysia ada menjual nasi lemak, namun beberapa kedai yang penulis pergi semuanya menyediakan nasi lemak dengan nasi yang berlemak dan wangi baunya.
Nasi lemak digandingkan dengan telur dan ikan bilis serta timun memang terbaik. Sambal dia pun just nice tak pedas dan sedap digaulkan bersama dengan nasi.
Soto Patoni
Soto yang menjadi sebutan bila datang ke Johor Bahru ialah Soto Patoni. Patoni ialah nama pemiliknya tau. Kalau nak makan Soto Patoni kena datang awal pagi sebab pukul 8 pagi biasanya dah habis. Lepas solat Subuh terus datang ke :
SOTO WARISAN HJ. PATONI (LARKIN SENTRAL)
FOODCOURT LARKIN SENTRAL ARAS 2
GERAI WARISAN FOOD ( ATAS PASAR IKAN )
FB Soto larkin
Mee rebus Hj Wahid
Peminat mee rebus boleh singgah makan mee rebus Hj Wahid yang merupakan salah satu makanan tradisi yang resepinya telah menjadi turun-temurun semenjak 100 tahun yang lepas.
Datang Johor Bahru kena makan mee rebus Hj Wahid yang menyelerakan beralamat di
L1.2 Plaza Angsana,
Pusat Bandar Tampoi,
81200, Johor Bahru, Johor
Asam Pedas Wak Dol
Warung Wak Dol, Kampung Pasir adalah pilihan bagi yang gemarkan asam pedas kari untuk makan tengahari. Harganya juga berpatutan.
Warung Wak Dol juga ada ikan siakap goreng dan siput sedut waktu makan tengahari. Kena datang awal sebab nanti beratur panjang.
Jalan Dato’ Musa, Kampung Pasir, Tampoi (Closed on Fridays)
Tempat Makan Viral di Johor Bahru 2020 – Selera Johor Larkin
Nak tempat yang selesa dan ada banyak pilihan, Selera Johor Larkin adalah pilihannya. Ada laksa, mee rebus stulang, kacang pool, sate, ais kacang dan macam-macam lagi pilihan. Kena datang banyak kali baru boleh makan semua makanan.
Lokasi beralamat di
2, Jalan Garuda,
Taman Dato Onn Jaffar,
80350 Johor Bahru, Johor
Resepi ayam penyet disini