Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN

November 18, 2021 by No Comments

Usahawan di luar sana, tahu tak tentang Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN? Program ini dilakukan untuk membantu usahawan wanita yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Usahawan wanita khususnya, tidak mengira golongan ibu tunggal atau suri rumah perlu diberikan perhatian dalam meningkatkan taraf hidup golongan wanita.

Pelbagai bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan atau agensi lain untuk membantu meringankan beban usahawan wanita. Dalam pembentangan Bajet 2022 juga, kerajaan telah mengumumkan tentang bantuan kepada usahawan wanita. Menerusi entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan usahawan tentang Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapat daripada portal Edu Bestari.

Skim pembiayaan ini dapat membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan. Usahawan wanita yang memerlukan modal perniagaan boleh ikuti perkongsian maklumat di bawah.

Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN
Sumber: Portal TEKUN

Jumlah dan Tempoh Pembiayaan

  • Pembiayaan pertama dari RM1,000 sehingga RM10,000.
  • Pembiayaan seterusnya sehingga RM20,000.
  • Tempoh pembiayaan adalah antara 6 bulan sehingga 5 tahun

Kelebihan Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN

Antara kelebihan mendapatkan Skim Pembiayaan Program TemanNita ialah:

  • Caj perkhidmatan yang terendah 4% setahun di kalangan Institusi Mikro Kredit di Malaysia.
  • Ahli khusus untuk wanita sahaja.
  • Perjumpaan mingguan dibuat di lokasi yang berdekatan dengan tempat perniagaan dan dalam tempoh yang singkat.

Syarat Permohonan

Permohonan boleh dibuat oleh usahawan wanita sekiranya menepati syarat-syarat yang berikut:

Syarat Kelayakan Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN

  • Bumiputera & Wanita.
  • Berumur 18 – 60 tahun.
  • Telah menjalankan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  • Mempunyai lesen/permit/Daftar Perniagaan (SSM) yang sah.
  • Kebenaran menggunakan lesen/permit yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran bagi pembiayaan RM5,000 dan ke bawah sekiranya pemohon gagal menyediakan pendaftaran perniagaan (SSM) di Sabah dan Sarawak.
  • Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada dengan institusi kewangan lain tidak melebihi RM50,000.
Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN
Sumber: Portal TEKUN

Syarat Pembiayaan

  • Membentuk kumpulan lima (5) orang usahawan (WANITA) dari kenalan/rakan perniagaan yang boleh dipercayai, ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan dalam satu kumpulan.
  • Ahli kumpulan merangkumi pelbagai jenis aktiviti perniagaan yang sah di sisi undang-undang.
  • Perniagaan ahli kumpulan hendaklah berdekatan antara satu sama lain dalam lingkungan KURANG daripada 10 kilometer dan bergantung kepada lokaliti perniagaan kumpulan.
  • Membayar balik secara mingguan/Dwi mingguan/Bulanan/PD Cheque.
  • Menghadiri perjumpaan setiap minggu di tapak perniagaan/ Pejabat TEKUN Cawagan-Cawangan/tempat yang bersesuaian bersama pegawai TEKUN.
  • Pembiayaan Bertindih secara berkumpulan selepas 1 tahun dan separuh baki pembiayaan dibenarkan.
  • Menghadiri Seminar Asas Keusahawanan (SAK) TEKUN Nasional.
  • Perlindungan di bawah Insuran Takaful (Pembiayaan) dan Insuran Hayat & Kemalangan.
  • Caj Pengurusan TEKUN 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan.
  • Simpanan wajib 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun.

Cara Mohon Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN

Sekiranya usahawan berminat dengan skim pembiayaan seperti yang ditawarkan, usahawan boleh buat permohonan melalui kaedah berikut:

Secara Manual

Usahawan boleh hadir ke pejabat cawangan TEKUN yang berdekatan. Semak senarai pejabat cawangan TEKUN di pautan di bawah.

Secara Online

Permohonan juga boleh dibuat melalui atas talian di pautan berikut:

Talian HOTLINE TEKUN Nasional: 03 9059 8888

Kaedah Bayaran Balik Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN

Kaedah bayaran balik adalah seperti berikut:

  • Berkonsepkan jaminan dan kerjasama di antara ahli kumpulan.
  • Kutipan dilaksanakan semasa perjumpaan kumpulan setiap minggu.
  • Ikrar dibaca secara individu atau berkumpulan pada setiap perjumpaan mingguan.

*Tertakluk kepada terma dan syarat pembiayaan TEKUN Nasional.

Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN
Sumber: Instagram TEKUN Nasional

Untuk info lanjut, usahawan boleh hubungi Talian Khidmat Pelanggan 03 9059 8888 atau boleh terus ke laman web rasmi TEKUN Nasional.

Baca juga entri terbaharu tentang Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.