Serunding Borong Kampung Laut | Dah Beli Pasti Repeat Lagi

May 17, 2022 by No Comments

Ishhh, kenapa susah-susah nak masak serunding sendiri? Serunding Borong Kampung Laut dari Kelantan kan ada?

Haaa, Tuan/Puan sedang mencari pembelian serunding secara borong ke tu? Kalau ya, Tuan/Puan boleh dapatkan serunding borong di Kampung Laut tau, hihi… Harga berpatutan dengan kualiti yang terjamin, itulah jemana terbaik daripada HajiWan Serunding!

Dimanakah Lokasi HajiWan Serunding?

Serunding borong kampung laut
Sumber: Google Map

Ini yang nak habaq mai kat Tuan/Puan, HajiWan Serunding merupakan jenama yang terkenal dengan produk serundingnya. Brand ini sendiri telah menghasilkan serunding asli, dari Kampung Laut tau! Bukan itu sahaja, HajiWan Serunding pun ada kilang sendiri… Hahhh! Bukan biasa-biasa HajiWan Serunding ni. Kilang HajiWan Serunding pun bertempat di Tumpat, Kelantan. Senang le nak cari nanti kalau dah tahu ye dak?

Untuk pengetahuan Tuan/Puan, serunding merupakan makanan asli masyarakat Kelantan. Kiranya, kalau tiada serunding ni, maka tidak lengkaplah kehidupan mereka! Ibarat, “mandi tak basah, tidur pun tak lena”… Selain itu, Kampung Laut juga turut terkenal dengan tempat penghasilan serunding secara borong dan banyak! Apa yang lebih hebat ialah, semua produk serunding HajiWan telah dihasilkan menggunakan resepi asli Kampung Laut, yang diwarisi turun-temurun sejak tahun 1976.

Kan Cik Min dah cakap… HajiWan Serunding ini bukan jual serunding yang biasa tau! Tetapi, memey luar biasa! Almaklumlah, masakan serunding menggunakan resepi yang sudah berusia lebih 30 tahun kan… Cik Min pun belum lahir lagi waktu tu, hihi

Apaaaa? Tuan/Puan tak percaya?! Takpa, Tuan/Puan boleh lihat di HajiWanSerunding untuk maklumat yang lebih detail ya. Tapi, pastikan Tuan/Puan baca sampai habis dulu cerita Cik Min ni!

Apakah Antara Produk HajiWan Serunding Borong Kampung Laut Tawarkan?

Cik Min ni duk sibuk cakap pasal serunding HajiWan je kan? HajiWan ni jual serunding apa sebenarnya? Haaa, mesti Tuan/Puan nak tahu kan…

Ha, ni la Cik Min nak share kat Tuan/Puan tentang keistimewaan HajiWan Serunding, di mana brand ini telah mengeluarkan pelbagai jenis serunding yang sedap dan berkualiti! Antaranya ialah, serunding daging yang memang menjadi pilihan ramai terutama, Cik Min lah!

Kemudian, ada juga serunding ayam dan serunding ikan. Tetapi, apa yang lebih menarik ialah, HajiWan Serunding turut mengeluarkan serunding yang jarang dibuat orang iaitu, serunding daging kambing! Menarik bukan?! Cik Min pun baru tahu ada serunding daging kambing rupanya… Tuan/Puan memang kena rasa la kalau macam ni!

Selain itu, apa yang Cik Min gemarkan juga adalah bab harganya. Kita ni, apa-apa pun mesti nak tahu pasal harga, betul tak? Elehhh, Cik Min kenal sangat Tuan/Puan semua, hihi… Tapi jangan risau sebab brand HajiWan sememangnya menawarkan produk berkualiti dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula, Tuan/Puan boleh custom pembelian juga sekiranya Tuan/Puan tidak mahu beli ikut kuantiti gram yang tersedia. Memang gempak servis HajiWan Serunding sebagai salah satu pemborong serunding di Kampung Laut!

Ini merupakan rakaman iklan HajiWan Serunding yang dimuat naik ke dalam youtube HajiWan serunding borong Kampung Laut. Kalau Tuan/Puan berminat untuk rasai sendiri atau ingin dapatkan maklumat lanjut berkaitan produk HajiWan Serunding, boleh klik sini.

Tuan/Puan Pernah Beli Serunding yang Berbau Hapak dan Tidak Tahan Lama?

Serunding borong kampung laut

Masalah ini merupakan antara yang sering dialami oleh pembeli-pembeli borong serunding tau! Ada antaranya yang share sendiri pengalaman mereka kepada Cik Min. Sekali beli memang dalam kuantiti yang banyak, harga memang murah, tapi serunding berbau hapak dan tidak tahan lama! Ish, ish, ish… Kalaulah Cik Min berkongsi awal-awal tentang HajiWan Serunding ni, mesti perkara ni tidak akan berlaku kan? Sebab itu kali ni, Cik Min sharekan juga di mana Tuan/Puan boleh dapatkan serunding borong kampung laut dengan jaminan kualiti yang terbaik!

Secara ringkas, HajiWan Serunding ni memang dah berjinak dalam dunia perniagaan sejak tahun 2016, dan menggunakan resepi yang berusia lebih dari 30 tahun! Pemilihan rempah ratus yang berkualiti dan bahan mentah yang segar juga merupakan salah satu benda yang wajib ditekankan dalam penghasilan Produk HajiWan Serunding ni… Kemudian, proses penghasilan serunding pula telah dijalankan mengikut prosedur, bagi mengelakkan serunding daripada berbau hapak dan tidak tahan lama.

Berapa Lama Serunding HajiWan Boleh Bertahan?

Untuk pengetahuan anda, Serunding HajiWan ni boleh bertahan lebih sehingga 1 tahun, dalam suhu bilik! Cik Min pasti, ini adalah salah satu perkara yang sangat digemari oleh para usahawan makanan.

Jadi, buat para usahawan di luar sana… Elakkan mencari harga yang murah semata, tanpa melihat pada aspek kualiti ya! Tapi, carilah produk yang menawarkan harga berpatutan, sejajar dengan kualiti yang terbaik, bagi menarik lagi banyak pembeli-pembeli baru untuk mencuba produk anda okay? Ingat serunding borong Kampung Laut, ingat juga HajiWan Serunding ya!

Oh ya, sebelum Cik Min terlupa! Tuan/Puan boleh dapatkan serunding sample taster secara PERCUMA yang disediakan khas oleh HajiWan Serunding, untuk Tuan/Puan tau! Boleh klik di sini untuk dapatkannya sekarang juga. Siapa cepat, dia dapat!

Bagi yang ingin mendapatkan serunding daripada HajiWan, Tuan/Puan boleh layari website HajiWan Serunding untuk membuat sebarang pembelian. Jika Tuan/Puan ingin bertanyakan sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552.

Sampai di sini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Serunding Borong Kampung Laut” pada kali ini ya! Untuk lebih banyak artikel menarik, boleh dapatkan di portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.