Sambung Belajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

June 27, 2023 by No Comments

Jika anda masih tercari-cari tempat untuk sambung belajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, sini Cik Min kongsikan dimana anda boleh capai cita-cita tersebut.

Posting Cik Min kali ini bersempena Hari Raya Aidiladha yang telah berlangsung semalam. Jadi, masih belum terlambat untuk Cik Min ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat islam.

Untuk pengetahuan tuan puan, di Malaysia terdapat sebuah organisasi pendidikan di Malaysia yang menawarkan kursus Diploma Pengurusan Haji dan Umrah khas untuk mereka yang ingin menjadi mutawwif yang bertauliah.

Organisasi ini juga menawarkan pelbagai kursus yang selaras dengan permintaan pekerjaan masa kini agar graduan kekal relevan sehingga masa akan datang.

“Menariknya Cik Min, organisasi apa tu?”

YEG Academy Wujudkan Platform untuk Sambung Belajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

Organisasi tersebut ialah Your Education Guidance atau dikenali sebagai YEG Academy. Organisasi ini menawarkan kursus dalam dua bentuk pendidikan iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma MQA.

Sambung Belajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
Sumber: FB Page YEG

Kursus yang ditawarkan pula adalah berdasarkan permintaan pasaran kerja yang tinggi dan releven pada masa akan datang. Maka, ianya sesuai bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran bagi mereka lepasan SPM kepada peringkat Diploma.

Untuk pengetahuan tuan puan, organisasi YEG Academy ini telahpun berkolaborasi bersama dua insan hebat dari program realiti pencetus ummah iaitu Haris (PU Riz) dan Amin (PU Amin) sebagai pensyarah kanan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah dengan kerjasama Fakulti Pengajian Antarabangsa, Innovative International College.

Kejayaan Pengasas YEG Academy

YEG Academy adalah hasil usaha dua orang usahawan yang berkaliber iaitu Encik Hassan Ithnin dan Encik Azizul Hakim Suhaimi yang telah memulakan kerjaya mereka sebagai penceramah motivasi dan program.

Sambung Belajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

Dengan kerjasama dua orang usahawan ini pada tahun 2018, wujudnya YEG Consultant dengan objektif untuk membantu golongan belia dalam mendapat pendidikan dan akses latihan bagi sebuah kerjaya.

Pada tahun 2019, syarikat ini berjaya melebarkan sayapnya dan mengubah jenis perniagaannya daripada ‘Enterprise’ kepada Sendirian Berhad dan kini telah mempunyai pekerja tetap seramai lebih daripada 30 orang dan mempunyai 8 syarikat rakan kongsi yang bergerak dalam sektor pemasaran.

Sambung Belajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
Sumber: FB Page YEG

Baru-baru ini, iaitu pada tarikh 16 Jun 2023 yang lalu, YEG Academy telah mendapat anugerah SMEs BestBrands Award 2023 yang dianugerahkan oleh The World Brands Foundation. Pengikitrafan ini telah membuktikan pihak YEG Academy telah berjaya menyediakan pendidikan berkualiti tinggi kepada pelajar.

Ketahui Maklumat Lanjut Berkenaan YEG Academy

Kini, anda sudah ketahui di mana tuan puan boleh sambung belajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di Malaysia. Maka ini adalah peluang tuan puan untuk mengambil langkah seterusnya untuk mendaftar dengan YEG Academy dan mendapat pengiktirafan mutawwif/mutawwifah yang sah.

Untuk info lanjut, anda boleh layari media sosial YEG Academy di:
Talian:  03-6143 5073
Laman web: youreducationguidance.my
Facebook page: facebook.com/youreducationguidance
Instagram: instagram.com/yegacademy.official

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Sambung Belajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik di Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.