Resepi Burned Cheese Cake Guna Airfryer
Ini resepi Burned Cheese Cake Guna AirFryer yang sangat mudah dan boleh dibuat dirumah. Boleh dihidang semasa minum petang ataupun untuk majlis istimewa keraian keluarga. Resepi asal saya dapat di Facebook kemudian ubahsuai mengikut kemahuan sendiri.
Ada dua kali burned cheese cake ni saya buat. Yang pertama ni rasa macam puding dan lebih lembut. Menggunakan cream cheese jenama Philadelphia. Yang satu lagi ada kepingan coklat tu guna creem cheese jenama Tattura.
Selain itu yang macam puding ni, kami guna 1/2 cup gula kastor manakala yang ada kepingan coklat guna 1/4 gula kastor. Dalam video Youtube pula saya tulis 1/3 gula kastor sebab tawar pula bila sikit gulanya.
Nak kata mana lagi sedap cream cheese Philadelphia atau Tattura pun susah nak habaq. Dari segi harga Philadelphia lagi mahal.
Dua dua pun sedap rasanya namun ada kelainannya. Maybe Tuan Puan kena buat dua kali dan rasai perbezaannya kan?
Ini adalah bahan-bahan dalam resepi burned cheese cake :
250 gram cream cheese
3 biji telur
125 ml whipped cream (kami gantikan susu full cream)
2 sudu tepung gandum
1/3 gula kastor
2 titik esen vanila
Masa mula-mula ambil gambar terlupa bawa keluar esen vanilla. Guna dua titik ja. Macamana kalian nak menitikkannya kena pandai-pandailah ya.
Kesemua bahan-bahan dalam burned cheese cake guna airfryer dicampurkan didalam mixer. Jenuh juga nak memukul sendiri menggunakan kudrat yang ada jadi guna mixer ya.
Siapa nak masam sikit, boleh tambah perahan lemon.
Siapa suka variety iaitu kelainan dalam cheese cake beliau, boleh tambah oreo, atau raspberry ke dalam bancuhan sebelum dimasukkan kedalam air fryer.
Bancuhan ini boleh dimasukkan kedalam airfryer guna suhu 180 darjah selama 25 minit.
Anak-anak memang teruja sebab dapat buat kek yang confirm sedap dan habis dimakan. Mak pula kena basuh cuci peralatan yang telah digunakan.
Sebagai ibubapa yang mengendalikan anak-anak dirumah dalam musim ini, aktiviti buat kek cheese ini memang mudah lagi-lagi menggunakan resepi dari LunaStory ni.